Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan UPU telah dibuka, namun demikian anda perlu tahu cara beli pin UPU 2024/2025. Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan bagaimana cara beli PIN UPU melalui saluran rasmi kami. Sebenarnya terdapat banyak cara bagaimana untuk membuat pembelian PIN UPU untuk permohonan ke UPU tahun 2024/2025 ini.

Apa itu PIN UPU dan bagaimana cara beli pin UPU

Seperti penerangan kami sebelum ini, PIN UPU adalah satu unik ID yang dijana komputer semasa anda membeli di BSN berhampiran anda. Pembelian unik ID itu bukan sahaja boleh dibeli melalui kaunter BSN namun demikian ia juga boleh di buat melalui kaedah :

  • Kaunter Bank Simpanan Nasional BSN
  • Pembelian di ATM ( Automated Teller Machine )
  • Perbankan Internet obline – MyBSN

Cara Beli Pin UPU 2024/2025 kaedah pembelian

Cara Beli Pin UPU

Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Pemohon boleh ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan duit RM 10.60 untuk membuat pembayaran.
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

ATM (Automated Teller Machine)

Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jika pemohon tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Langkah pembelian PIN UPU adalah seperti berikut:-

A. Masukkan kad ATM dan nombor pin

B. Pilih Urusan : “Beli Pin”

C. Pilih Jenis Permohonan : “IPTA”.D. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain

E. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan

F. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.

G. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

Perbankan Internet – myBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

Info Tambahan :  Kerja Remote: Panduan Lengkap dan 7 Platform Best

A. Log masuk ke dalam akaun

B. Kemudian, Klik “Pin Purchase”

C. Pilih Organization “UPU”

D. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”

E. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap

Panduan Membeli No Pin UPU Di BSN

Sebelum mengakses sistem  permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran  dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

  • Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan
  • Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN
  • Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM10.60 sahaja
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian
  • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.
  • BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
  • No Pin UPU adalah khas untuk anda sahaja, jangan sesekali dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana akses permohonan anda akan bermasalah jika diguna oleh orang lain.

Sebarang pertanyaan anda juga boleh merujuk facebook rasmi UPU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *