SSDM merupakan Sistem yang telah lama diperkenalkan di sekolah. Namun demikian SSDM terus dikemaskini dan ditambah baik dengan fungsi-fungsi baru yang lebih baik daripada sebelumnya. Jika sebelum ini SSDM sekadar merekod tetapi untuk penggunaan terkini ada banyak fungsi-fungsi lain yang mampu menjadikan sistem pengurusan disiplin pelajar lebih teratur dan berkesan.
SSDM kini mempunyai banyak kelebihan yang mana bukan sahaja merekod tingkah laku negatif tetapi juga memberi peneguhan positif kepada pelajar. Berikut ialah kelebihan menggunakan sistem ssdm Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kelebihan mengurus kesalahan disiplin
- merekod sejarah kes disiplin pelajar
- memudahkan urusan Guru untuk membuat aduan dalam sistem
- mengelakkan keciciran aduan
- menjadikan sistem tindakan secara lebih teratur
- setiap aduan melalui tindakan daripada disiplin, kaunseling dan pentadbir
- data boleh dicetak dan dianalisis
- mudah untuk guru mendapatkan maklumat terperinci tentang pelajar
- cetakan amaran dan makluman kes disiplin boleh terus dicetak mengikut format yang selaras
Kelebihan memberi ganjaran tingkahlaku
- Pelajar juga rekod untuk tingkah laku positif
- mudah untuk mengenalpasti pelajar yang melakukan tingkah laku positif
- memberi ganjaran dengan sijil tingkahlaku positif
- merekod sejarah tingkah laku positif pelajar
- membantu Guru untuk mudah mengenal pasti pelajar yang baik akhlak.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada pada sistem SSDM, oleh demikian ada baiknya jika guru-guru menggunakan sistem ini demi usaha untuk memperbaiki masalah disiplin dan juga memperbaiki tingkah laku pelajar. Selain itu juga pelajar yang baik juga mudah untuk diberi ganjaran dan juga mudah untuk dikenal pasti dalam usaha menggalakkan lagi tingkah laku positif di kalangan pelajar.
Cara Guna SSDM dan Cara Buat Laporan SSDM
Sebenarnya untuk menggunakan SSDM ini tidaklah terlalu sukar, namun demikian bagi guru yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan sistem ini mungkin menimbulkan sedikit masalah. Oleh yang demikian Kami ada menyediakan video tutorial bagaimana untuk menggunakan sistem ssdm ini untuk tujuan membuat laporan kes salah laku disiplin pelajar.
Untuk memelihara maklumat-maklumat penting pelajar kami telah kaburkan maklumat-maklumat penting supaya identiti pelajar tidak didedahkan dan juga video yang kami tunjukkan di bawah adalah contoh semata-mata dan ianya adalah video intro penggunaan SSDM.
h
Dengan penggunaan sistem ini secara meluas di sekolah diharapkan kes disiplin akan dapat terus dikurangkan. selain itu juga aduan kes pelajar lebih teratur dan tindakan disiplin juga akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.
2 thoughts on “Cara Buat Laporan Kes Disiplin di SSDM”
Terbaik dgn perkongsian..
Semoga bermanfaat