Cara-cara menyuruh anak ke sekolah (untuk kanak-kanak bawah 10 tahun)
Ibu bapa pastinya ada yang menghadapi masalah untuk menyuruh anak-anak ke sekolah terutamanya kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Mengapa anak-anak sukar disuruh kesekolah adalah berbeza sebabnya, ianya bergantung kepada cara hidup dia di luar. Anak-anak berusia begini masih dalam proses berkawan maka sekiranya mereka mempunyai ramai kawan untuk bermain di rumah pastinya mereka tidak suka ke sekolah. Namun, sekiranya kanak-kanak itu suka berkawan di sekolah, maka pastinya dia tidak sabar ingin kesekolah. Pada peringkat usia begini, kanak-kanak selalunya tidak punya masalah tidak kesekolah kerana malas, atau pun takut pada cikgu seperti anak-anak yang berusia belasan tahun. Namun, ibu bapa perlu terlebih dahulu pastikan sebab sebenar anak-anak tidak berminat ke sekolah untuk memastikan tiada gejala buli yang menjadi penyebab.
Cara-cara yang dinyatakan di bawah adalah cara-cara biasa yang tidak terlalu ekstrem oleh itu keberkesanannya adalah terletak kepada usaha ibu bapa itu sendiri.
- Bagi anak yang baru ingin menjejak kaki ke sekolah sama ada taska, tadika ataupun darjah satu, ibu bapa perlu menyediakan bakal pelajar tersebut dengan cara sentiasa bercakap dengan mereka mengenai persekolahan. Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum itu katakan pada mereka “Nanti adik masuk sekolah adik, belajar rajin-rajin tau”, “Adik dah nak masuk sekolah tahun depan”, “Nanti di sekolah ada ramai kawan, ada cikgu, best tau sekolah”. Kata-kata ini Nampak mudah dan biasa sahaja namun inilah yang menjadi pendorong untuk mereka. Anak-anak juga tidak akan terkejut dengan suasana baru nanti. Ibu bapa perlu sentiasa menceritaka perkara yang menyeronokkan tentang persekolahan. InsyaAllah anda tidak akan menghadapi masalah membawa anak-anak pada hari pertama mereka nanti.
- Kejutkan anak-anak bangun awal – pastikan anak-anak bersiap awal ke sekolah supaya mereka sempat makan sarapan dengan sempurna. Apabila anak-anak bersiap awal mereka akan lebih segar dan lebih seronok ingin ke sekolah.
- Pastikan anak anda sudah siap kerja sekolah mereka – mereka yang belum siap kerja biasanya banyak alas an untuk tidak ke sekolah. Caranya – pantau mereka semasa membuat kerja sekolah, dan sentiasa ingatkan “Kerja sekolah dah buat ke belum?” sehari sebelumnya. Bukannya pada waktu malam sebelum tidur.
- Pastikan juga pakaian dan alatan anak nak ke sekolah disiapkan awal. Kalau tidak, mak pun malas nak gosokkan baju anak kalau dah lewat pagi tu.
- Jika anak anda memang malas bersekolah, pujuk mereka dengan kata-kata seperti lepas sekolah kita jalan-jalan sekejap. Bawalah mereka ke pasar raya tetapi jangan pula setiap hari. Serta diingat jangan tipu mereka.
- Jika masih tidak mahu setelah dipujuk, ugut mereka – contohnya “Kalau adik tak pergi sekolah, cuti nanti tak payah balik kampung atau pergi mana-mana”.
Disediakan oleh: niaron
Pingback: Kesan Buli Dalam Kalangan Remaja