Cara Cari Pekerjaan Tanpa Ijazah dan Berijazah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ijazah memang membantu dalam mencari pekerjaan, ada juga cara cari pekerjaan tanpa ijazah. Memang sukar mencari pekerjaan kini, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak memuaskan serta persaingan dalam merebut pekerjaan. Ini tidak termasuk pekerja yang terlalu memilih.

‘’Bosan dah bergelar penganggur terhormat yang hanya makan tidur manghabiskan beras di rumah.  Kerja oh kerja, marilah cepat datang kepadaku’’.

Cara Cari Pekerjaan Tanpa Ijazah dan Berijazah 1
Karnival Mohon Kerja

Masalah yang dihadapi oleh segeanap individu  di luar sana yang masih belum bekerja dan masih mencari pekerjaan yang sesuai. Mohon sana sini masih belum dipanggil. Usah berputus asa dengan mudah dan menyerah kalah. Di sini saya kongsikan tips dalam mencari pekerjaan. Semoga dengan perkongsian ini mampu membantu  anda mendapat pekerjaan yang dimohon.

Cari Pekerjaan Tanpa Ijazah dan Berijazah

  1. Hubungi rakan-rakan  yang telah bekerja.
  • rajin-rajinkanlah diri menghubungi rakan – rakan yang telah bekerja. Cubalah bertanya kepada mereka sekiranya tempat kerja mereka memerlukan pekerja. Sekiranya tempat kerja mereka memrlukan pekerja baru, anda amatlah berpeluang untuk memohon. Lebih-lebih lagi  anda punya rakan yang dikenali dalam syarikat tersebut. Ia dapat memudahkan lagi urusan anda  dan   mungkin dari situ dapat membantu anda dalam mendapat pekerjaan.
  1. Surat khabar
  • Cubalah untuk membeli surat khabar setiap hari dan membuka ruangan Lihat satu persatu pekerjaan yang diiklankan. Jika ada yang anda berminat dan sesuai dengan kelayakan yang anda miliki, mohonlah segera.
  1. Sosial media
  • Pastinya semua orang memiliki akaun facebook. Melalui facebook ini, terlalu luas peluang untuk anda menda[atkan perkerjaan. Anda boleh masuk group jawatan kosong di facebook ataupun anda boleh mengemaskini status  ‘’sedang mencari pekerjaan’’ agar rakan- rakan facebook anda tahu yang anda sedang mencari serta memerlukan pekerjaan sekaligus mereka dapat mencadangkan  tempat kerja yang mencari pekerja.
  1. Internet
  • Anda boleh melayari di internet laman-laman mencari kerja dalam sektor  kerajaan mahupun swasta seperti  jobstreet, jobs Malaysia, spa8, dan  lain-lain.
  1. Universiti / kolej
  • Rajinlah datang ke kampus university ataupun kolej anda. Kebiasaannya, syarikat-syarikat akan menampal  iklan mereka yang sedang mencari pekerja ataupun mencari pelajar untuk latihan praktikal di tempat mereka. tidak salah jika anda mencuba.
  1. Menghadiri temuduga terbuka
  • Cara ini juga merupakan cara pantas untuk mendapatkan pekerjaan secara cepat dan berkesan. Anda boleh terus menghadirkan diri ke temuduga temuduga yang dianjurkan oleh syarikat. Kebiasaanya, temuduga terbuka kerap dianjurkan oleh jobs Malaysia di setiap negeri.
  1. Menghadiri ekspo pekerjaan
  • Walaupun cara ini agak berisiko untuk anda mendapatkan pekerjaan, tetapi tidak salah sekiranya anda berusaha dan mengambil peluang untuk mencuba. Cara ini memudahkan anda untuk meletakkan resume anda di syarikat-syarikat yang membuka peluang pekerjaan.
Info Tambahan :  Kerja Remote di LinkedIn: 8 Langkah Untuk Success

Tidak susah untuk anda mendapatkan pekerjaan sekiranya anda rajin berusaha . dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Sanggupkah anda untuk terus menjadi penganggur terhormat dan membiarkan diri anda berterusan menjadi penghabis beras di rumah ?

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah, kerana disetiap masalah pasti punya jalan penyelesaian.

One thought on “Cara Cari Pekerjaan Tanpa Ijazah dan Berijazah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *