Permohonan perpindahan guru e Gtukar telah dibuka, permohonan tersebut dibuka bukan sahaja untuk pemohon sahaja, malahan guru lain juga dinasihatkan untuk mengisi untuk memudahkan urusan perpindahan pada tahun-tahun hadapan. Ini bermakna setiap guru perlu mengisi walaupun tidak mahu berpindah. Bagi guru yang tidak ingin berpindah hanya perlu mengemaskini data peribadi didalam system e Gtukar tersebut untuk kegunaan masa depan. Bagi yang ingin berpindah pula perlu mengisi permohonan perpindahan di eGtukar selain mendaftar dan kemaskini maklumat peribadi di eGtukar tersebut.
Ringkasan pemohonan
- Tidak mahu memohon, perlu daftar dan kemaskini maklumat peribadi, tidak perlu mohon pemohonan.
- Hendak memohon ( kali pertama ) Perlu memohon dengan mendaftar dan kemaskini maklumat peribadi, selepas itu mengisi boring pemohonan.
- Hendak memohon ( kali kedua dan seterusnya ) tidak perlu mendaftar, hanya perlu kemaskini data dan membuat permohonan.
Cara Daftar ( untuk kali pertama menggunakan ) e Gtukar Permohonan Perpindahan Guru
- Pastikan anda masuk ke laman web e Gtukar http://apps.moe.gov.my/epgo/ Gunakan Internet Explorer
- Selepas itu klik “ daftar masuk “ seperti gambar 1.
- gambar 1
- Paparan seperti gambar 2akan muncul
- Gambar 2
- Isikan
- Nama : ( isi ikut nama di kad pengenalan )
- No kad pengenalan : ( isi seperti di kad pengenalan )
- No. Gaji : ( masukkan no gaji masing-masing boleh rujuk emis data, guru data, slip gaji )
- ID pengguna : ( boleh reka sendiri ID yang diminati cth: Minah, *pastikan anda mudah ingat )
- Kata laluan : ( boleh reka sendiri password yang diminati, pastikan 6 aksara atau lebih cth : 123456, *pastikan anda mudah ingat )
- Pengesahan Kata Laluan : ( Taip balik kata laluan tadi )
- Emel : ( isikan alamat email anda )
- Tarikh Lahir : ( isikan tarikh lahir anda cth 05/01/2011, tanda “ / “ adalah automatic keluar )
- Soalan keselamatan : ( Pilih Soalan Keselamatan yang diminati )
- Jawapan : ( isikan jawapan kepada soalan keselamatan tadi yang mudah anda ingat ) berguna jika anda lupa kata laluan nanti .
- Klik butang “ simpan “
- Selesai
Selepas selesai mendaftar paparan akan keluar seperti rajah 3 dibawah dan ia akan meminta supaya anda menyimpan kata laluan dan id dengan baik dan mengingatinya.
- Gambar3
Cara daftar dalam e Gtukar ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak terutama bagi pengguna pertama. Selepas mendaftar bolehlah cetak/simpan dan akses ke system eGtukar dengan mengisi “ laluan Masuk “ yang disediakan.
[…] Sistem e-Gtukar ini memerlukan pendaftaran untuk memohon. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja dan untuk tahun berikutnya hanya perlu kemaskini maklumat dan hantar permohonan. Bagaimana cara untuk mendaftar? Untuk mendaftar bolehlah merujuk maklumat xpresi sebelum ini Cara Daftar di e-Gtukar Permohonan Perpindahan Guru. […]
Thanks bro..membantu utk golongan yang lama2..
Xde masalah.. nanti ada lagi satu kne buat..kemaskini tu..diorg ada tnya..