Cara Daftar KPT-PACE Baucar RM3000 Kepada Graduan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

KPT-PACE merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk para graduan atau pelajar universiti di dalam Belanjawan 2021. Sebanyak RM150 juta duit telah diperuntakkan di dalam Belanjawan 2021 untuk menjayakan program ini.

Apakah itu KPT-PACE

Cara Daftar KPT-PACE Baucar RM3000 Kepada Graduan

Jika ingin mendapat kemudahan, anda perlu tahu cara daftar KPT-PACE. KPT-PACE merupakan program kerajaan untuk pelajar tahun akhir atau para graduan baharu, RM150 juta bagi program KPT-PACE melibatkan 50,000 graduan. RM 3,000 diperuntukkan untuk mengikuti kursus sijil. Ianya adalah untuk membantu mereka mendapatkan kursus sijil profesional.

Tujuan program ini adalah untuk upskill dan reskill atau mempelajari kemahiran baru.

Cara Daftar KPT-PACE

Untuk cara daftar KPT-PACE perlu mengikut seperti yang dinyatakan dibawah

  1. Bagi pelajar tahun akhir, anda boleh menghubungi pihak universiti untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.
  2. Secara amnya, program ini menyediakan RM3,000 untuk mereka yang terlibat. Anda boleh memilih satu kursus persijilan yang berharga RM3,000.
  3. Lebih dari 1 kursus dibenarkan jika gabungan kursus itu tidak lebih dari RM3,000.
  4. Pelajar tahun akhir digalakkan untuk mendaftar. Anda boleh mendaftar kemahiran yang selaras dengan kursus anda atau menambah kemahiran baharu. Contoh, anda mempelajari bidang Perakauanan, jika anda berminat untuk menambah kemahiran anda dalam bidang Perakauanan atau contohnya bidang lain seperti kemahiran Adobe Photoshop, anda boleh mendaftar kursus tersebut.
  5. Pastikan sijil itu mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

Salah satu daripada tiga jenis pengangguran, dikaitkan dengan ketidakcocokan pekerjaan dan pekerja kerana kekurangan kemahiran atau hanya bidang yang salah yang diinginkan untuk bekerja.

Cara Daftar KPT-PACE Baucar RM3000 Kepada Graduan

Apa itu Sijil Professional?

Sebilangan besar profesion yang memerlukan atau menawarkan sijil ditadbir oleh negeri di mana pemegang sijil berlatih. Persatuan profesional anda akan membantu anda memahami syarat-syarat ini, tetapi anda juga boleh mendapatkannya di laman web kerajaan setiap negeri.

Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Program sijil profesional biasanya terdiri daripada latihan terfokus untuk kerjaya tertentu, seperti teknologi, penjagaan kesihatan atau mekanik. Sebagai alternatif, anda boleh memperoleh sijil di bidang yang akan meningkatkan kerjaya anda yang ada, seperti pengurusan keselamatan atau kajian komunikasi dan media.

Mengapa Sijil Itu Penting?

  • Pensijilan telah memasuki hampir setiap industri kerana:
  • Ia membantu memajukan profesion.
  • Persijilan membantu majikan menilai potensi pengambilan pekerja baru, menganalisis prestasi kerja, menilai pekerja, memilih kontraktor, perkhidmatan pasaran, dan memotivasi pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.
  • Pemegang sijil mendapat faedah juga. Pensijilan memberikan pengiktirafan kecekapan, menunjukkan komitmen terhadap profesion, dan membantu kemajuan pekerjaan.
  • Terdapat peningkatan eksplisit dalam pensijilan profesional.
Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Belanjawan 2021 bagi para graduan

Terdapat lapan (7) inisiatif belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan bagi membantu para graduan di Belanjawan 2021.

  1. RM100 juta untuk pembiayaan Skim BSN MyRinggit-I COMSIS, pinjaman komputer riba dengan kadar keuntungan serendah 2% setahun.
  2. RM50 juta untuk menaik tarkan talian akses My REN atau Malaysian Research & Education Network kepada 500Mbps hingga 10Gbps bagi memastikan keutuhan capaian internet di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mampu menyokong keperluan semasa terutama ketika pandemik COVID-19 dimana kebanyakkan kuliyah mengadakan pengajian di atas talian.
  3. RM50 juta untuk projek membaik pulih infrastruktur di universiti awam
  4. RM50 juta untuk peralatan, bekalan ujian makmal dan ubatan di Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)
  5. RM29 juta untuk melaksanakan program-program TVET di bawah KPT yang termasuk pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat kepada 15,000 di institusi tahfiz dan sekolah pondok.
  6. Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan sehingga tahun 2022.
  7. Galakan cukai bagi aktiviti komersial hasil Research and Development (R&D) oleh institusi penyelidikan awam diperluaskan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *