Cara daftar MySalam Dan Cara Membuat Tuntutan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara daftar mysalam

Cara daftar mySalam masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Pasti kewujudan mySalam masih tidak ketahui bagi mereka yang kurang mengambil tahu akan isu semasa.

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan. Ianya memberikan perlindungan takaful kepada individu B40 yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Jangan lupa untuk ketahui cara daftar mySalam di laman web mySalam. 

“Skim mySalam adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia”

Golongan yang layak Menerima bantuan mySalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
> Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
> Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun (berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun)
> Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun (berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun).

INFO TAMBAHAN!!!

Manfaat bagi Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), sekiranya anda:-
• Didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal, anda akan dibayar (RM8,000) one-off (SEKALI SEUMUR HIDUP)
• Pembayaran sebanyak RM50 selama 14 hari sekiranya dimasukkan ke dalam hospital atau MAKSIMUM RM700/tahun

“Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus COVID -19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50/hari sehingga 14 hari setahun”

Cara daftar mysalam


Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID -19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.

Dimaklumkan bahawa peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat sementara waktu. Tetapi ianya akan di update dari masa ke masa. 

Info Tambahan :  SSPN-i Plus : 5 Langkah Mudah Untuk Membuka Akaun SSPN-I Plus

Cara permohonan dan cara daftar MySalam


Cara daftar mysalam


• Layari laman web mySalam 
• Masukkan no kad pengenalan (12 digit) tanpa sengkang
• Klik semak
• Dibawah sekali akan tertera samada anda layak atau tidak

Sekiranya anda layak mendapat bantuan mySalam, terdapat dua cara untuk membuat tuntutan mySalam sekiranya anda mempunyai penyakit yang tersenarai atau masuk ke hospital.

 

**Peringatan anda tetap perlu mendaftar mySalam dahulu**

1) Tuntutan melalui online

Layari laman web mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan.

Log masuk ke laman web mySalam (www.mysalam.com.my) dan klik ikon ‘TUNTUTAN HOSPITALISASI’ kemudian klik ikon ‘PENGHANTARAN TUNTUTAN’. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon ‘TUNTUTAN HOSPITALISASI’

“Klik tuntutan hospitalisasi sekiranya penerima mySalam masuk ke hospital, dan klik tuntutan pesakit kritikal sekiranya tuntutan dibuat untuk penyakit kritikal yang tertakluk pada 45 jenis penyakit yang disahkan oleh mySalam”

Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘MUAT NAIK’ untuk rujukan pihak mySalam. Format yang diperlukan semasa muat naik dalam bentuk .pdf atau .jpeg dan klik butang ‘HANTAR’ untuk melengkapkan proses permohonan tuntutan.

​Maklumat yang diperlukan sekiranya dimasukkan ke hospital adalah:-
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Info Tambahan :  KPT: 6 Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Pulang Ke Kampus Mulai 1 Mac

2) Tuntutan melalui kios mySalam

​Pergi ke mana- mana kiosk mySalam yang berdaftar
​Bawa copy Ic dan borang Annex 14&17 (didapati di laman web MySalam).
Serahkan saja document dikiosk, dan pihak kiosk akan membantu key in data.

Senarai kiosk di seluruh Malaysia:-

Wilayah Persekutuan

  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Ampang.Hospital Putrajaya
  • Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  • Institut Kanser Negara (IKN)

Selangor

  • Hospital Selayang
  • Hospital Kajang
  • Hospital Serdang
  • Hospital Sg. Buloh
  • Hospital Kuala Kubu Bahru
  • Hospital Banting.
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Hospital Tanjung Karang
  • Hospital Sabak Bernam
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perak

  • Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  • Hospital Seri Manjung, Manjung

Pulau Pinang

  • Hospital Umum Pulau Pinang
  • Hospital Seberang Jaya
  • Hospital Bukit Mertajam

Kedah

  • Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  • Hospital Kulim

Perlis

  • Hospital Tuanku Fauziah

Kelantan

  • Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

Terengganu

  • Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  • Hospital Besut

Pahang

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Johor

  • Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  • Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
  • Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Sarawak

  • Hospital Umum Kuching
  • Hospital Sibu
  • Hospital Bintul

Sabah

  • Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
  • Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
  • Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan cara daftar MySalam mata membuat tuntut MySalam anda boleh:-
E-mel: [email protected] 
Hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari.

Rujukan:-
1) https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM
2) https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments