Cara Daftar Pengaktifan Online I-Akaun Ahli KWSP

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
I-akaun
Disebabkan kini dunia hanya di hujung jari, I-akaun juga diperkenalakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ianya bagi memudahkan lagi urusan penggunanya. Justeru itu, pihak KWSP telah memperkenalkan I-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP untuk membuat urusan dengan pihak KWSP. 

TAHUKAH ANDA!!!

Aplikasi  ini telah diperkenalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 2014 lagi.

Disebabkan oleh pihak KWSP telah menyediakan kemudahan menerusi aplikasi I-akaun ini maka pihak KWSP menyarankan semua ahlinya mempunyai aplikasi ini. Ianya bagi memudahkan lagi urusan yang disediakan para pengguna. Bagi pengguna pertma kali, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP atau kiosk KWSP lalu mengaktifkannya.

Setelah membuat pendaftaran buat pertama kalinya, pengguna perlu mengaktifkan akaun ini dalam tempoh masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran.

Apakah itu I-akaun

I-akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP ahli mahupun majikan. Dengan menggunakan aplikasi ini, ianya memudahkan lagi urusan penggunan untuk menggunakan khidmat pihak KWSP hanya pada atas talian sahaja. Mereka boleh mengakses akaun di mana sahaja mereka berada dengan menggunkan peranti telefon bimbit atau komputer anda. Setiap ahli KWSP yang mempunyai ID ahli dan nombor KWSP LAYAK untuk mendaftar di I-akaun ini.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Cara Daftar Pengaktifan Online I-Akaun Ahli KWSP

 

Berikut adalah cara mudah untuk mendaftar dan mengaktifkan I-akaun ahli KWSP. Antara caranya adalah:-

1) Pendaftaran I-akaun KWSP menerusi pejabat/ kios KWSP 

a) Di kaunter/ kios KWSP itu anda akan mendapatkan ID dan kata laluan sementara sebelum anda membuat ID dan kata laluan anda.

b) Layari Portal Rasmi KWSP atau aplikasi I-Akaun

c) Pilih Log masuk di tab menu dan tekan I-akaun (ahli)

d) Masukan No Ahli yang diterima pada ruang ID pengguna dan tekan TERUSKAN

e) Masukan kata laluan sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan LOG MASUK

f) Baca terma dan syarat yang diberikan dengan jelas dan betul. Setelah selesai membaca tandakan betul pada kotak checkbox tersebut. Setelah itu tekan SETERUSNYA

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

g) Cipta ID pengguna yang baharu di ruang ID pengguna. Selepas selesai cipta ID pengguna, anda perlu cipta semua kata laluan yang baharu

h) Pilih imej Online

i) Seterusnya, anda perlu mengisi Fasa Rahsia bagi memudahkan urusan pengesahan identiti anda pada masa akan datang

j) Setelah selesai semuanya, skin pengaktifan berjaya akan ditunjukan sebagai papran. 

2) Pendaftaran I-akaun menerusi Email (Pendekataan baharu menerusi Norma Baharu dan PKP)

Cara Daftar Pengaktifan Online I-Akaun Ahli KWSP 1

a) Muat turun borang daftar I-akaun KWSP (Ahli) menerusi email

https://drive.google.com/file/d/1W7rxFIxP0wxYriJFYNcbrFGWvDTbsB7F/view

b) Lampirkan Kad pengenalan (MyKad) depan dan belakang

c) Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad

  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (bil telefon/ kontrak pendaftaran telefon/ resit pembayaran deposit)
  • Tangkap skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)

d) Salinan buku/ penyata akaun bank simpanan/ semasa yang aktif milik ahli

e) Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan

  • Menerima ID pengguna dan kata laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan I-akaun (Ahli)
  • Seterusnya, ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu

Sekiranya anda terlupa kata laluan yang telah dibuat, anda boleh melayari laman web Rasmi KWSP untuk membuat semula kata laluan anda.

Maklumat lanjut berkenaan dengan pendaftraan I-akaun KWSP ini boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi pihak KWSP di talian berikut;-

Telefon : o3- 8922 6000

Sebarang pertanyaan boleh terus sahaja bertanya dengan pihak KWSP. Pihak KWSP sedia untuk membantu anda bagi memudahkan lagi urusan anda.

Pada masa yang sama, bagi mengelakkan pengkumpulan secara beramai-ramai di kaunter KWSP yang bakal membahayakan pekerja dan orang ramai. Diharapakan perkongsian ini membantu anda yang sedang dalam kesulitan untuk mendaftar I-akaun bagi tujuan pengeluaran I-sinar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *