Cara dan Borang Tangguh PTPTN Online

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Borang Tangguh PTPTN Online
Borang Tangguh PTPTN Online

Terdapat beberapa kaedah untuk tangguh bayaran PTPTN, antaranya ialah dengan menggunakan borang tangguh PTPTN online yang secara rasminya disediakan di sumber rasmi PTPTN. Sebenarnya bukan mudah membuat penangguhan kerana ada syarat yang ditetapkan sebelum layak membuat penangguhan.

PTPTN merupakan satu tabung seliaan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan kewangan untuk sambung belajar ke pusat pengajian tinggi. Kemudahan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang kurang berkemampuan serta mampu membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

Setelah tamat pengajian, setiap peminjam yang tidak mendapat status biasiswa perlulah membayar semula secara ansuran mengikut jadual bayaran yang ditetapkan. Sekiranya anda mempunyai masalah tertentu, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik. Walaubagaimanapun demikian, untuk membuat penangguhan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Syarat Permohonan Penangguhan Bayaran PTPTN

  1. Pinjaman Ujrah;
  2. Peminjam yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa;
  3. Peminjam yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan peminjam menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian;
  4. Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman pendidikan.
  5. Peminjam yang berstatus gagal/ berhenti/ batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi peminjam yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  6. Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar kos guaman.
  7. Peminjam yang mempunyai pertindihan penajaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar amaun bertindih.
  8. Peminjam yang melanjutkan pengajian ke luar negara secara sepenuh masa;
  9. Peminjam yang mengikuti kursus PhD atau setaraf secara sepenuh masa;
Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Borang Tangguh PTPTN Online

Untuk makluman, PTPTN menyediakan borang tangguh PTPTN yang boleh dimuat turun secara online. Borang juga dilengkapi makluman syarat dan cara membuat penangguhan PLKN. Borang yang lengkap diisi perlulah dikembalikan pada PTPTN seperti alamat yang tertera pada borang.

Muat Turun Borang Penangguhan PTPTN

Permohonan yang tidak dipertimbangkan

PTPTN juga tidak akan mempertimbangkan permohonan seperti yang dinyatakan dibawah :

  1. Pinjaman Konvensional;
  2. Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
  3. Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
  4. Peminjam menyambung belajar secara sepenuh masa dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau menerima sebarang elaun semasa/sepanjang tempoh pengajian; PTPTN-P-04/2-2004 Pin.10
  5. Peminjam tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
  6. Peminjam telah bekerja.
Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

Sumber : PTPTN

Seharusnya pinjaman yang telah diguna di bayar semula demi kelangsungan generasi akan datang untuk menyambung pengajian

Kesimpulannya, kemudahan penangguhan yang diberikan PTPTN ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan dan kemudahan kepada golongan tertentu yang berkelayakan. Syarat yang dirangka merupakan satu usaha bagi meringankan golongan tersebut untuk membuat bayaran balik. Seharusnya pinjaman yang telah diguna di bayar semula demi kelangsungan generasi akan datang untuk menyambung pengajian.

1 thought on “Cara dan Borang Tangguh PTPTN Online”

  1. Pingback: Kemaskini Pendapatan ( PTPTN ) Untuk Penangguhan – Xpresi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top