Cara dan Kelayakan Permohonan PTPTN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan ke IPTA telahpun dikeluarkan sebelum ini, bagi yang tidak berkemampuan perlulah membuat permohonan pinjaman ke PTPTN. Bagaimana ingin memohon? Untuk info kali ini kami sediakan cara dan syarat permohonan PTPTN untuk mereka yang diterima ke IPTA/IPTS.

Permohonan Perlu Mengikut Tarikh dan Masa yang ditetapkan

Untuk pengetahuan, permohonan perlulah dibuat mengikut tarikh mengikut IPTA/IPTS masing-masing yang ditetapkan pihak PTPTN. Maksudnya setiap IPTA/IPTS mempunyai tarikh tersendiri dibuka untuk permohonan online. Untuk tarikh tersebut anda boleh rujuk maklumat dibawah :

Syarat Permohonan PTPTN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan;
  3. Telah ditawarkan tempat di IPTA / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pendidikan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus mengejar mesti mempunyai kelulusan pendaftaran dari Kementerian Pendidikan;
  5. Bagi pelajar IPTS, kursus mengejar mesti mempunyai Sijil Akreditasi daripada MQA dan masih sah pada tarikh permohonan;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan lain, pengesahan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Tempoh pengajian yang tinggal pada masa permohonan itu hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun;
  8. Tidak mempunyai penaja lain (s); dan
  9. Telah membuka SSPN-i akaun.
Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Apa itu no PIN PTPTN?

Untuk pengetahuan, sebelum membuat permohonan. Anda perlu membeli no pin PTPTN. No pin PTPTN juga fungsinya seperti permohonan lain iaitu sebagai syarat untuk permulaan permohonan. No pin akan diminta ketika mula ingin membuat permohonan. Berikut ialah maklumat berkaitan PIN PTPTN :

  • Diperlukan untuk membuat permohonan.
  • Boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00.
  • Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.

Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.

Cara Membuat Permohonan PTPTN

Sekiranya anda telahpun membeli pin PTPTN bolehlah anda mula membuat permohonan. Anda boleh membuat permohonan melalui  Permohona yang disediakan, sebelum itu pastikan anda tahu bila IPTA/IPTS anda dibuka untuk permohonan :

  1. Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  2. Memohon pembiayaan pendidikan secara online. Klik di sini.
  3. Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT. Klik di sini.
  4. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.
Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Semasa anda mula membuat permohonan, pastikan anda baca dengan teliti Maklumat penting yang terdapat di sebelah kiri screen anda.

PERHATIAN
PERHATIAN

Isilah permohonan online PTPTN anda itu dengan lengkap dan teliti supaya permohonan anda diterima dan sedikit sebanyak membantu anda untuk meneruskan pendidikan. Anda perlu membayar balik pinjaman yang dibuat apabila anda tamat pengajian anati untuk kegunaan mereka yang baru ingin memulankan pengajian ketika itu nanti. Biasiswa atau pembayaran separuh dari pinjaman PTPTN diberi kepada mereka yang cemerlang dalam pendidikan mengikut keputusan akhir pengajian mereka nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *