- Hilang
Bila musim memohon pekerjaan atau pendidikan pasti masalah hilang slip keputusan samaada sijil PMR atupun SPM akan timbul. Sewajarnya setiap dokumen keputusan peperiksaan disimpan dengan teliti kerana ia mencatatkan keputusan peperiksaan serta tahap pencapaian. Perkara yang ingin di kongsi hari ini ialah bekenaan bagaimana untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM yang telah hilang dari simpanan masing-masing.
- Untuk mendapatkan salinan sijil keputusan peperiksaan semestinya perlu menghubungi Lembaga Peperiksaan untuk kes hilang ataupun rosak.
- Untuk memohon perlu datang sendiri bagi berhampiran dengan pejabat Lembaga Peperiksaan ataupun dibolehkan untuk melalui Pos bagi yang jauh.
- Untuk memohon perlulah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06 yang mana boleh didapatkan di kaunter Lembaga Peperiksaan ataupun boleh download borang yang disediakan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Muat Turun SINI.
- Bayaran proses dikenakan sebanyak RM 10.00 boleh dibayar dikaunter secara tunai ataupun melalui wang pos diatas nama Pengarah Peperiksaan ( cek persendirian tidak diterima ) sekiranya menghantar borang permohonan melalui POS.
- Sekiranya ada salinan sijil atau slip keputusan digalakkan disertakan supaya memudahkan lagi urusan pengeluaran salinan sijil keputusan.
Untuk makluman, kaunter di LembagaPeperiksaan dibuka pada waktu pejabat sahaja iaitu dibuka 8.30 – 4.30 petang pada dari hari isnin ke hari khamis dan hari jumaat ia dibuka pada pukul 8.30 pagi – 12.00 tengah hari disambung 2.45 petang sehingga 4.30 petang.
Salinan Sijil SPM dan PMR tahun 1994 dan selepasnya akan dikeluarkan 1 Jam untuk permohonan di kaunter Lembaga Peperiksan. Manakala proses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira tempoh pejalanan pos diambil untuk permohonan melalui Pos.
Sijil asal boleh diambil di sekolah masing-masing bagi yang belum pernah mengambilnya dan sijil asal hanya ada satu di Lembaga peperiksaan hanya boleh diambil salinan sijil keputusan.
Alamat untuk maklumat lanjut, permohonan dan alamat untuk penghantaran POS :
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526/3528
Diaharapkan maklumat yang disediakan ini dapat membantu calon yang kehilangan atau rosak sijil keputusan peperiksaan masing-masing untuk memohon pekerjaan ataupun melanjutkan pelajaran.
assalammualaikum…maaf sy nk buat permohonan melalui pos..tp document x boleh dimuat turun..mcm mna ya??
ada cara lain tak??selain dr pergi ke putrajaya?
Saya lupa nombor angka giliran sya adakah saya masih boleh untuk memohon sijil pmr dan spm sya yg hilang?
minta maaf . saya kehilangan sijil vokasional malaysia . siapa yg saya patut hubungi ? harap dapat membantu .
sijil spm 2014 saya hilang. saya kena buat laporan polis ke? dan saya ada terbaca satu blog kena buat laporan polis serta surat dari mahkamah.. mohon penjelasan
Saya rasa xlah begitu.. mungkin saudari bleh cuba hubungi MPM atau PPD berdekatan, ada maklumat lanjut untuk mendapatkan salinan kembali.
Assalamukalaikum. Saya ingin bertanya satu soalan kepada LEMBAGA PEPERIKSAAN sama ada saya masih boleh mendapatkan slip keputusan UPSR saya bgi tahun 2012 ?
Saya nak tanya sahabat saya gagal dalam spm pada tahun 2004, dia memang tidak mendapat sijil.. pada tahun 2015 dia ada daftar spm sekali lagi tapi tak dapat menduduki spm berkenaan kerana beliau di masukka ke hospital atas sebab masalah kesihatan.. sahabat saya tengah mencari orang yang boleh membantu beliau untuk menyelesaikan masalah yang di hadapai iaitu nak adjust keputusan supaya dia mendapat sijil spm berkenaan.. boleh ke pihak tuan atau siapa2 dapat membantu sahabat saya yang dalam kesedihan dan tekanan..
Num sahabat saya 012xxxxxx
Hi i lost my spm certificate,now im 36 years old. Its many years couse i keep on moving to new home then now i relize its gone its almost 18 years can i get the certificate back. Pls tell what to do and how
Sijil SPM Saya Telah Hilang..Saya Nak Dapatkannya Semula..Tolong Saya
dah cuba baca dan bertindak seperti yg kami kongsikan dalam post diatas ke?
sy hilang sijil spm 2015,mcm mn nk dptkan?angka giliran sy xingat!!!!
admin boleh dapat kan salinan sijil pmr dan sijil spm..saya cuba semak cara sms tapi saya lupa angka giliran..
macam mna sya nak dpt semula sijil upsr kerana hilang dlm keragutan , nk dgn segera
Saya dan adik saya dahulu pernah bersekolah di Sabah karna mengikuti orangtua bekerja sebagai TKI. Adik saya bersekolah sampai tingkatan 3..sijil PMR asal adik saya hilang. Bagaimana adik saya bisa mendapatkan salinan asal sedangkan kami sekeluarga sudah kembali ke Indonesia. Mohon informasinya. Terima kasih.
Kebiasaanya perlu menghubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia, ada borang yg perlu diisi dan sedikit kos.
Salam 1 malaysia. Boleh kah saya dapatkan semua salinan sijil sijil saya yang hilang.dengan mudah dan cepat.
SIJIL SPM
SIJIL PMR
SIJIL UPSR
SIJIL AKEDEMIK
SIJIL SKM TAHAP 1 DAN 2
SIJIL CIDB G1 G2 PW4 DAN PWT5
bagaimana saya nak dapatkan salinan sijil spm yang telah hilang
macam mana untuk saya dapatkan salinan sijil SPM saya yang telah hilang?
Sijil spm saya hlng..bagaimana cra sya nk dptkn balik salinan sijil demikian…kmana sya hrus prgi untk mdptkn sijil itu smula???
Sijil spm saya hilang…bagaimana saya nak dapatkn balik sijil original saya?
SAYA telah menduduki PMR pada 1996 dan sijil keputusan tidak di ambil di sekolah SAMTTAR, BANTING Selangor. berikutan perpindahan keluarga ke JOHOR.
Maka dngan itu boleh kah saya mendapatkan kembali keputusan slip PMR saya kembali ?
Terim kasih
Salam…
Saya nak isi form untuk buat permohonan untuk mendapatkan salinan sijil SPM & PMR, tetapi lupa angka giliran,, boleh biarkan kosong tak??
Boleh..
Kat mne nk download borang utk dpatkn sjil spm tu???
admin,boleh sye tny??kalau melalui pos serta kan wang pos sekali dalam sampul surat yang sama ATAU lain2 sampul??
saya berasal daripada sabah tetapi menetap di johor bahru, adakah saya perlu balik ke sabah untuk mengambil semula slip pmr saya yang hilang?
saya ada terbaca dalam blog lain…kalau mahu dapatkan salinan secara pos mesti di sertakan degan satu laporan polis..betul ke?
saya telah membuat permohonan sijil pmr saya yg hilang, tp saya masih x terima salinan sijil saya sampai sekarang….boleh saya buat semakan, samada permohonan saya ada masalah atau tidak…?
bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula sijil spm saya yang dah hilang.