Cara Dapatkan Sijil MUET Yang Hilang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Musim permohonan UPU sedang bermula dan bagi lepasan STPM pastinya sijil MUET adalah amat penting untuk permohonan.   Sekiranya sijil MUET hilang, sebenarnya ada cara dapatkan sijil MUET yang hilang kembali. Untuk pengetahuan sijil MUET yang hilang perlu melalui proses permohonan kembali salinan atau sijil MUET daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Sijil MUET Yang Hilang
Sijil MUET Yang Hilang

Sebelum anda membuat permohonan mendapatkan  dokumen MUET yang hilang anda perlu tahu adakah anda ingin mendapatkan salinan sijil MUET ataupun anda ingin mendapatkan penyata keputusan MUET.  Untuk makluman peperiksaan MUET mempunyai dua dokumen yang berlainan iaitu salinan sijil MUET dan penyata keputusan MUET.

Untuk anda lebih faham Kami sediakan  maksud dua dokumen MUET di bawah :

Salinan sijil MUET

Salinan sijil MUET merujuk kepada salinan kepada sijil MUET yang asal

Penyata keputusan MUET

Penyata keputusan  MUET ialah penyata yang sah yang  mana dokumen mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian,  angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput.

Setiap dokumen yang dinyatakan di atas mempunyai borang tersendiri untuk diisi.

Cara mohon sijil MUET yang hilang.

  1. Calon yang kehilangan Slip Keputusan MUET/Sijil MUET boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET atau Penyata Keputusan MUET yang sah.
  2. Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang yang boleh memohon Salinan Sijil MUET. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00. Untuk mendapatkan MUET/S2, sila klik di sini.
  3. Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM20.00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga). Untuk mendapatkan MUET/S3, sila klik di sini.
  4. Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Berikut ialah peringatan dan alamat penghantaran permohonan dokumen MUET yang hilang :

  1. Permohonan salinan sijil STPM adalah bagi peperiksaan mulai tahun 1995, manakala permohonan salinan sijil MUET adalah bagi ujian mulai sesi November 2013.
  2. Wang pos/kiriman wang/bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia bernilai RM50.00 (permohonan salinan sijil STPM) dan RM40.00 (permohonan salinan sijil MUET) hendaklah disediakan sebagai caj perkhidmatan jika memohon melalui pos. Bagi calon yang datang ke kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), bayaran boleh dibuat secara tunai.
  3. Salinan sijil STPM/MUET yang asal hendaklah disertakan (jika ada).
  4. Salinan kad pengenalan calon yang terbaharu yang disahkan hendaklah disertakan. Salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  5. Permohonan melalui pos perlu disertakan dengan sampul surat berukuran 32.4cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00 beserta bar code Posdaftar dalam negeri bernilai RM2.20
  6. Salinan sijil tidak akan dikeluarkan jika didapati butiran yang diberi adalah tidak benar.
  7. MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya salinan sijil hilang semasa penghantaran melalui pos atau tidak sampai ke alamat pemohon.
  8. Permohonan hendaklah dihantar kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
  9. Permohonan yang tidak disertakan dengan perkara pada para (a) hingga (e) dianggap tidak lengkap.
Info Tambahan :  Tarikh SPM 2022 dan Cara Semakan

Alamat penghantaran :

Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia,

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,

68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan

(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top