Cara Halau Monyet Yang Lebih Berkesan

0
1125

 

CARA HALAU MONYET
   CARA HALAU MONYET

Alkisah tersebutlah kisah sang monyet datang beramai-ramai melawat kawasan Kolej tempat belajar, menyerang ataupun nak berkawan dengan niat nak makanan ataupun ada niat lain.

Sebelum saya kongsi cara nak halau monyet, saya akan jelaskan spesis monyet ini apa, haaa

Dalam ilmu sains, monyet merupakan rumpun primat haplorin “berhidung kering”, iaitu rumpun yang umumnya berekor dan terdiri  daripada 260 spesis yang wujud masa kini. Kebanyakan spesis monyet mendiami pokok, tetapi ada juga spesis yang hidup bertumpukan tanah seperti babun. Kebanyakan spesisnya juga aktif pada waktu siang. Monyet umumnya disifatkan sebagai cerdas dan aktif.

Baiklah, sedikit tips yang boleh saya kongsikan disini cara untuk menghalau monyet tidak kira dimana jua keberadaan monyet, sama ada di kebun, rumah ataupun asrama mahupun kolej kediaman ,hehee

  1. Menggunakan belacan.
Baca Juga :  Cara Mengingat Pelajaran Agar Tidak Lupa

Bahan : Napthalene atau ubat gegat/moth balls, belacan dan plastik cup.

Cara  : Tumbuk belacan dan moth balls, gaul dan bulatkan sebesar bola ping pong. Masukkan ke dlm bekas cup size 22 yg sudah dilubangkan. Ikat dengan tali untuk digantung.

* baunya sama dengan hancing harimau..perggh bau yg lekat ditangan, marbeless . . ..

  1. Menggunakan patung harimau.

Bahan : Patung harimau, bukan harimau betul ,hehee

Cara  : Letakkan patung harimau menghadap tingkap ataupun atas locker(almari) dan juga lokasi perlu diubah selalu untuk meningkatkan tahap dan keberkesanannya. Monyet akan takut bila nampak patung harimau tersebut.

* Perasan tak kat restoran2 ada letak patung rimau, haaa

  1. Menggunakan pakaian.

Bahan : Pakaian yang lusuh (ada peluh manusia)

Cara : Peluh yang dibiarkan kering pada baju, seluar atau topi boleh diletakkan di beberapa lokasi yang mana sering berlaku sasaran monyet.

Baca Juga :  Tips Persiapan Sebelum Bekerja Perlu Tahu

*Tapi, penulis artikel sendiri belum cuba petua ini, hehee

Selebihnya petua yang dibawah ini adalah daripada hasil bacaan saya sebelum ini.

  1. Beli minyak kibas dari Mekah. Caranya adalah dengan menyapu minyak tersebut pada batang, kayu atau pagar tempat yang selalu menjadi sasaran monyet.
  2. Menggunakan KERIMO (kencing harimau), salah satu petua untuk menghalau monyet tanpa membunuh ,bersifat ekosistem.*kencing harimau yang bukan tiruan, boleh cari di google KERIMO.

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan, saja nak ingatkan, jangan cuba pula nak tunjuk hero heroin dengan monyet pergi kejar semula dengan berjalan kingkong siap ada bunyi ala goku ,hehee ..nanti monyet datang balik, mendengus tunjuk gigi , siaplah korang, hehee

Selamat mencuba.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :