Cara Ingat Sifir Dengan Cepat

0
34

Satu teknik ingat sifir ada dikongsi pelawat, teknik yang diguna membolehkan kita cepat menyenaraikan sifir terutama sifir 7, sifir 8, sifir 9 dan sifir 12.  Empat sifir ini dipilih kerana ia agak sukar kerana jarang digunakan seharian. Sebenarnya ada banyak teknik mengingat sifir yang boleh digunakan, apa yang dikongsi mungkin salah satu teknik yang boleh digunakan kerana ia tidak perlu banyak mengingat, tetapi ia lebih kepada menyenaraikan turutan seperti teknik yang ditetapkan sehingga menzahirkan sifir yang lengkap.

Kira sifir
Kira sifir

Sifir 7

Sifir 7

Sifir 7 ini ditulis dengan turutan 1,2,3 terlebih dahulu pada kiri nombor ( rujuk pen biru ). Selepas itu tuliskan turutan 0, 1, 2 untuk digit puluh dan baris dibawahnya dimulakan 2,3,4 seperti pen merah. Hasil tulisan akan menunjukkan sifir 7.

Baca Juga :  E Penyata Gaji Slip Gaji Kakitangan Kerajaan

Sifir 8

Sifir 8
Sifir 8

Sifir 8 lebih mudah, tuliskan no berturutan 0,1,2,3,4 kebawah dan disambung dengan 4,5,6,7,8 ( pen biru ) untuk no di kiri tuliskan turutan gandaan 2 dari bawah iaitu 0,2,4,6,8 dan disambung dengan 0,2,4,6,8 secara menaik ( rujuk pen merah )

Sifir 9

Sifir 9
Sifir 9

Sifir 9 sangat mudah, anda hanya perlu menulis secara berturut 0-9 ke bawah untuk sebelah kiri ( pen biru dan menulis 0-9 ke atas untuk sebelah kanan ( pen merah )

Sifir 12

Sifir 12
Sifir 12

Sifir 12 agak sedikit sukar, tuliskan turutan kebawah gandaan 2 iaitu  2,4,6,8,0,2,4,6,8 nombor sebelah kanan. Untuk sebelah kanan perlu sedikit pengiraan. Untuk sebelah kiri perlu penambahan selepas 1-4 iaitu 5+1, 6+2 untuk mendapatkan digit puluh iaitu nombor sebelah kiri.

Baca Juga :  Strategi Betul Pilih Kursus Pengajian Tinggi Lepasan SPM dan STPM

Sebenarnya jika kitra melihat gambar lebih mudah faham dan teknik yang ada merupakan salah satu dari banyak teknik lain. Bagi sifir lain tidaklah begitu sukar kerana ia kerap digunakan dan boleh dikira dengan jari. Semoga berjaya. kredit  : Wahida Abu Bakar

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Apa Komen Anda :