Cara Jadi Guru Institusi Kemahiran Awam dan Swasta

0
370

Ramai masih tertanya bagaimana cara untuk menjadi guru institusi kemahiran awam dan swasta. Sebenarnya ada cara untuk memohon dan pastinya perlu mencapai syarat yang ditetapkan. Setiap permohonan pula perlu melalui kursus yang disediakan oleh institusi berkaitan.

Guru Institusi Kemahiran
Guru Institusi Kemahiran

Untuk pengetahuan, perkara paling utama yang perlu ada adalah Sijil, Diploma, ijazah kemahiran dari apa sahaja institusi pengajian tinggi. Setelah tamat pengajian, barulah boleh memohon mengikut tahap pengajian anda sebelum ini. Dibawah adalah syarat umum untuk memohon sebagai guru di institusi latihan dan kemahiran :

  • Warganegara Malaysia berumur 20 – 35 tahun
  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas)

Mempunyai salah satu dari kelayakan dibawah :

  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan
  • Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta
  • Diploma daripada Universiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Institusi Latihan Kemahiran Swasta
  • Sijil daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam
Baca Juga :  Cara Cari Pekerjaan Tanpa Ijazah dan Berijazah

Bagaimana cara memohon Guru Institusi Kemahiran

Langkah 1

Pastikan anda memenuhi syarat umum seperti dinyatakan diatas.

Langkah 2

Anda perlu melanjutkan pelajaran selama 9 bulan di PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) untuk mengambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

Langkah 3

Setelah anda tamat pengajian anda boleh dan layak memohon sebagai guru di mana-mana institusi kemahiran bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Permohonan CIAST kini dibuka

Untuk makluman, pada tarikh post ini dibuat, permohonan CIAST sedang dibuka. Jika anda terlepas tarikhnya anda boleh juga menghubungi CIAST untuk bertanyakan tarikh seterusnya akan dibuka. Kebiasannya ia dibuka setiap tahun dan ada juga dwi tahunan.

Permohonan dibuka sehingga 25 September ini dan kemasukan adalah sekitar januari 2018. Permohonan boleh dibuat secara online (Mohon) dan pastikan anda meneliti dahulu Iklan penuh yang dikeluarkan.

Proses dan maklumat penting permohonan

Dibawah adalah maklumat dan  tarikh penting permohonan :

  • Tarikh Buka Permohonan : 31 Julai 2017 (Isnin)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2017 (Isnin)
  • Semakan panggilan temuduga boleh disemak melalui laman web mulai 06 Oktober 2017 (Khamis).
  • Tarikh temuduga : 23 Oktober 2017 (Isnin) hingga 27 Oktober 2017 (Jumaat).
  • Semakan keputusan tawaran kemasukan melalui laman web pada 08 Disember 2017 (Isnin).
  • Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan melalui portal CIAST
  • Bagi calon yang telah memohon dan ingin mengemaskini data permohonan, sila gunakan butang "KEMASKINI PERMOHONAN"
Baca Juga :  Maksud Seni Kulinari dan Kelebihannya

Belajar di CIAST sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dan kemudaha antaranya :

  • Elaun sara diri;
  • Yuran pengajian percuma
  • Latihan yang berkualiti dan;
  • Kemudahan pembelajaran yang selesa yang merangkumi makmal, bilik kuliah, bengkel, sukan dan riadah.

Jika anda berminat, boleh cuba hubungi maklumat dibawah untuk bertanya sebarang maklumat lanjut :
Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 ( Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru - UPPPB )

Kenapa perlu mengikuti kursus walaupun telah dianugerahkan sijil, diploma atau ijazah? Sebenarnya kursus jangka pendek yang diberikan adalah sebagai penyelarasan perlaksanaan dalam amalan pengajaran kemahiran. Setiap institusi dibawah pengurusan memang perlu diselaraskan termasuk budaya dan perlaksanaannya. Diakhir kursus biasanya calon akan dianugerahkan sijil tenaga pengajar yang boleh melayakkan permohonan ke institusi kemahiran.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Apa Komen Anda :