Cara Jimat Duit PTPTN

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat IPTA atau IPTS pasti tidak asing lagi dengan ‘PTPTN’. Ianya merupakan tabung bantuan pendidikan yang diberikan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran dengan syarat memenuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan. Jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan haruslah dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jimat Duit PTPTN
Jimat Duit PTPTN

Dengan adanya skim bantuan kewangan ini, ianya dapat mengurangkan beban kewangan pelajar sama ada untuk tujuan membeli buku atau bahan rujukan, wang perbelanjaan semasa tempoh pengajian dan sebagainya. Jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada kos yang diambil, tempoh pengajian dan lain-lain. Sebanyak mana pun jumlah yang diterima, cara pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam memastikan perbelanjaan kita sentiasa mencukupi dan tidak melebihi jumlah kewangan yang kita ada. 

Bagaimana Jimat Duit PTPTN

Terdapat pelbagai cara yang boleh diikuti oleh individu untuk memastikan PTPTN yang diterima sentiasa mencukupi bagi setiap sem. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu untuk mengurus PTPTN mereka :

  1. Memastikan jumlah yang diterima setiap sem.

Pelajar haruslah memastikan jumlah PTPTN yang diterima pada setiap sem supaya boleh menyediakan budget seharian. Setelah mengenalpasti jumlah yang diterima, pelajar perlu membahagikan jumlah tersebut dengan bulan pengajian dalam setiap sem. Dengan cara ini, pelajar akan mengetahui berapakah peruntukan kewangan yang ada untuk setiap bulan. Dengan erti kata lain, pelajar akan tahu berapa jumlah yang ada untuk dibelanjakan pada setiap bulan. 

2. Senaraikan one-time expenses.

Apa yang dimaksudkan dengan one-time expenses adalah perbelanjaan yang hanya perlu dibayar sekali dalam satu sem seperti buku, yuran dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk menyenaraikan setiap buku yang perlu dibeli dan jumlahnya agar pelajar tahu berapa yang perlu diperuntukkan untuk one-time expenses ini. Selalunya, bulan pertama adalah bulan yang struggle dimana banyak duit yang perlu dikeluarkan berbanding bulan-bulan lain. Jadi, pelajar perlulah bijak berjimat pada bulan pertama ini. Walau sukar bagaimana sekalipun, perbelanjaan ini haruslah diselesaikan agar tidak mengganggu proses pembelajaran dan pengajian pada masa akan datang.

3. Senaraikan perbelanjaan harian.

Makan, minum, kenderaan adalah antara perbelanjaan asas bagi setiap pelajar. Pelajar perlu mengasingkan duit bagi tujuan perbelanjaan harian ini. Perbelanjaan harian ini lah yang membezakan peruntukan kewangan seseorang individu itu mencukupi atau tidak. Selagi boleh dikurangkan perbelanjaan harian ini, selagi itulah pelajar digalakkan untuk berjimat. Sebagai contoh, masak (bagi yang dibenarkan memasak) berbanding makan diluar ataupun makan di gerai-gerai biasa berbanding restoran fast food. Apa yang tidak disedari oleh pelajar, perbelanjaan seperti ini lah yang menyumbang kepada kekurangan wang perbelanjaan pelajar. Dengan pengaruh rakan, mereka membazirkan duit dengan membeli benda yang tidak berfaedah dan diluar kemampuan. Untuk lebih meyakinkan dan teratur, asingkan duit perbelajaan harian ini didalam sampul surat atau bekas lain dari duit-duit lain agar pelajar tidak terlebih berbelanja. Dengan cara ini, kita akan dapat melihat secara lebih jelas duit yang berbaki untuk dibelanjakan. Justeru, kita akan lebih beringat dan berjimat.

4. Emergency fund.

Dalam proses penyimpanan kewangan, kita mestilah ada mengasingkan duit untuk tujuan kecemasan seperti motor rosak, sakit atau keperluan pembayaran diluar jangkaan seperti denda dan sebagainya. Digalakkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya RM150 untuk emergency fund ini. Jika emergency fund ini tidak digunakan, duitnya bolehlah dibawa ke bulan hadapan jika jumlah PTPTN yang diterima sedikit. Jadi, bulan hadapan tidak perlulah mengasingkan emergency fund. Jika emergency fund ini tidak mencukupi, sekurang-kurangnya pelajar tidak terbeban untuk mencari wang selebihnya kerana sudah tersedia sekurang-kurangnya RM150.

5. Menabung untuk bulan akan datang.

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar semestinya tidak akan lari dari aktiviti berhibur bersama rakan seperti bercuti dan lain-lain. Jika anda dan rakan sudah merancang lebih awal untuk aktiviti seperti ini, anda akan lebih bersedia dari segi kewangan. Anda bolehlah menggunakan lebihan peruntukan bulan sebelumnya untuk perbelanjaan bulan akan datang semasa aktiviti bersama rakan itu. Apa yang penting adalah mengasingkan terus duit tersebut ke tempat lain agar tidak digunakan sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Ini lah yang dikatakan bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian. Jika anda lebih berjimat sekarang, anda akan dapat menggunakan duit tersebut pada masa akan datang.

Antara lain-lain cara yang boleh diambil untuk menjimatkan duti PTPTN adalah dengan kata kunci perancangan awal. Bagi yang duduk di rumah sewa, pilihlah kawasan yang berdekatan dengan kampus dengan sewa yang murah. Dengan ini, pelajar akan dapat menjimatkan perbelanjaan pengangkutan dan sewa. Kedua-dua perbelanjaan inilah yang membezakan baki duit PTPTN seseorang itu sama ada sikit atau banyak.

Selain itu, dari segi pengangkutan, digalakkan untuk menggunakan motor ataupun berkongsi kenderaan bagi menjimatkan duit minyak. Pelajar masa kini selalunya terbeban dengan perbelanjaan pengangkutan berikutan masing-masing sudah mempunyai kenderaan sendiri namun tidak berkongsi dengan rakan yang sama kelas dengan anda. Ini merupakan tindakan yang amat tidak bijak kerana pelajar telah membazirkan duit untuk minyak sedangkan anda boleh berkongsi dengan rakan. Namun anda harus memastikan untuk membayar duit minyak rakan anda dan rakan anda juga haruslah melakukan perkara yang sama bagi berlaku adil.

Perancangan kewangan merupakan perkara penting bagi pelajar kerana belajar memerlukan pengorbanan dan kewangan juga merupakan salah satu bentuk pengorbanan. Jadi untuk memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dengan masalah kewangan, rancanglah perbelanjaan secara berhemah. Selain itu, berkongsi dan kesederhanaan itu juga merupakan salah satu kunci kepada penjimatan kewangan.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of