Anda pencarum KWSP dan ingin mengetahui cara keluar KWSP ? KWSP atau nama penuhnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah ditubuhkan pada 1951 bagi membantu pekerja di Malaysia untuk menabung bagi persediaan persaraan pada masa akan datang. Persediaan untuk persaraan adalah amat penting bagi memastikan pekerja di Malaysia mempunyai simpanan yang boleh membantu meringankan beban kewangan mereka setelah tamatnya tempoh pekerjaan (bersara). Terdapat beberapa cara untuk mendaftar ke KWSP. Antaranya ialah :


Cara Keluar KWSP
Automatik
Anda akan automatik menjadi ahli KWSP jika pihak KWSP menerima caruman pertama dari majikan anda berdasarkan nombor kad pengenalan anda di borang KWSP 6 (Borang A). Pihak KWSP akan membuat pengesahan nombor kad pengenalan anda di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum meneruskan proses pendaftaran ahli KWSP anda.
Kaunter
Anda boleh mendaftar di kaunter KWSP yang berdekatan dengan anda dengan menggunakan kad pengenalan anda. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang KWSP 3 (Daftar). Sebaik sahaja pendaftaran telah diluluskan, anda akan menerima nombor ahli KWSP. Senarai cawangan KWSP KLIK SINI.
I-akaun Majikan
Jika anda sedang bekerja di mana-mana organisasi, majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP dengan menggunakan maklumat diri anda yang terdapat di simpanan syarikat. Anda akan menerima notis serta nombor ahli KWSP jika pendaftaran oleh majikan telah berjaya diluluskan.
Kiosk
Bagi memudahkan orang ramai untuk mendaftar KWSP, beberapa kiosk telah dibuka untuk pendaftaran. Anda boleh mendaftar di kiosk berdekatan anda dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari sahaja. Senarai kiosk KWSP KLIK SINI.
Bagi mengurangkan beban kewangan ahli KWSP semasa persaraan, pihak KWSP telah menawarkan dua jenis pengeluaran yang boleh dibuat oleh ahli KWSP iaitu pengeluaran penuh dan pengeluaran separuh.
PENGELUARAN PENUH
Pengeluaran Umur 55 dan 60
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sama ada separuh atau kesemuanya dari akaun 1 dan akaun 2 apabila anda telah mencapai umur 55 tahun. Jika anda memilih untuk bersara lebih dari umur 55 tahun, simpanan KWSP anda akan dimasukkan ke Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas dan pengeluaran boleh dibuat pada umur anda 60 tahun.
Hilang Upaya
Bagi yang hilang upaya (mental dan fizikal) sehingga mengganggu keupayaan bekerja, anda layak mengeluarkan simpanan KWSP sepenuhnya dan menerima bantuan RM 5,000 apabila telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai orang hilang upaya.
Meninggalkan Negara
Jika anda ingin meninggalkan negara Malaysia untuk berhijrah ke luar negera dengan melucutkan taraf kewarganegaraan, anda dibolehkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP secara sepenuhnya.
Syarat :
- Warganegara yang melepaskan taraf kewarganegaraan.
- Pekerja asing yang berhasrat untuk meninggalkan Malaysia.
- Mempunyai simpanan KWSP.
Kematian
Simpanan KWSP anda akan diberikan kepada ahli keluarga yang menjadi penama di dalam akaun KWSP anda bagi membantu mereka meringankan beban kewangan selepas kematian anda. Penama tersebut berhak mengeluarkan simpanan KWSP anda bagi menampung pembelanjaan mereka jika berlaku kesulitan ke atas mereka selepas ketiadaan anda.
Pekerja Berpencen dan Persaraan Pilihan
Anda diberi peluang untuk mengeluarkan KWSP sekali sebelum umur mencecah 55 tahun dengan syarat mendapat taraf Pekerja Berpencen.
Syarat :
- Umur 55 tahun kebawah
- Pekerja dalam sektor awam dan mencarum KWSP atau Pekerja dalam Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera
- Diberi taraf berpencen oleh JPA.
PENGELUARAN SEBAHAGIAN
Umur 50 tahun
Anda diberi peluang untuk mengeluarkan sebahagian atau kesemua (Akaun 2) simpanan KWSP sebelum umur 50 tahun sebagai persediaan sebelum persaraan.
Syarat :
- Warganegara dan bukan warganegara
- Berumur 50-55 tahun
- Mempunyai simpanan di Akaun 2.
Pendidikan
Jika anda atau anak ingin menyambung pelajaran di dalam atau luar negara yang diluluskan, anda boleh membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2.
Syarat :
- Warganegara dan bukan warganegara
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan di Akaun 2.
- Masih meneruskan / telah menamatkan diploma atau pengajian yang setaraf.
- Sedang belajar di dalam atau luar negara.
- Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian adalah dibenarkan.
Bina Rumah
Anda dibenarkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 jika anda ingin membiayai kos pembinaan rumah anda.
Syarat :
- Warganegara dan bukan warganegara.
- Berumur bawah 55 tahun.
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
- Membeli tanah/membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
- Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri.
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
- Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan diterima.
Mengurangkan atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Bagi mengurangkan pembiayaan perumahan, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu meringankan beban kos pembiayaan perumahan anda atau pasangan.
Syarat :
-
Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara.
-
Umur bawah 55 tahun
-
Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
-
Telah membeli atau membina rumah kediaman.
-
Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut.
-
Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran.
-
Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
-
Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya.
-
Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.
Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda untuk membayar sekurang-kurangnya 6 bulan ansuran atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Syarat:
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Umur bawah 55 tahun.
- Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2.
- Membeli atau membina sebuah rumah kediaman.
- Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
- Ansuran bulanan telah bermula.
Perumahan Fleksibel.
Anda boleh menggunakan simpanan KWSP anda bagi mengukuhkan kelayakan mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan.
Syarat :
- Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
- Umur bawah 54 tahun.
- Membeli atau membina rumah kediaman.
- Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP.
Perumahan PR1MA.
Anda boleh menggunakan simpanan KWSP untuk mendapatkan rumah PR1MA. Anda boleh menggunakan kaedah Ring-Fence supaya caruman seterusnya disimpan untuk rumah baru anda.
Syarat :
- Warganegara.
- Umur bawah 55 tahun.
- Pembeli rumah PR1MA.
- Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
- Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan atau pernah membuat pengeluaran perumahan tetapi sudah menjual atau melepaskan hakmilik harta.
Haji
Bagi yang berhasrat untuk menunaikan ibadah Haji, anda boleh menggunakan simpanan KWSP di Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan Haji anda.
Syarat :
- Umur bawah 55 tahun.
- Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh Lembaga Tabung Haji.
- Tidak pernah memohon pengeluaran haji.
- Simpanan di Lembaga Tabung Haji tidak mencukupi.
Kesihatan
KWSP membenarkan anda membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membantu anda menampung kos perubatan penyakit kritikal dan bantuan alat kesihatan yang dibenarkan.
Syarat :
-
Warganegara dan Bukan Warganegara.
-
Berumur 55 tahun ke bawah
-
Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
-
Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan.
-
Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
-
Tidak mendapat rawatan alternatif.
Simpanan Melebihi 1 Juta.
Bagi yang mempunyai simpanan melebihi 1 juta, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran dan menguruskan simpanan anda sendiri.
Syarat :
- Warganegara dan Bukan Warganegara.
- Umur bawah 55 tahun.
- Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.
Simpanan KWSP dilaksanakan bagi memudahkan ahlinya dalam pengurusan wang bagi persediaan persaraan. Kos sara hidup yang makin meningkat memerlukan setiap orang untuk membuat persediaan awal sebelum menjalankan kehidupan sebagai pesara. Walaubagaimanapun beberapa kelonggaran diberikan bagi sesetengah orang yang ingin membuat pengeluaran awal simpanan bagi membantu mereka meringankan beban kewangan.