Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN Penangguhan Bayaran Pinjaman

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kami ada menerima banyak pertanyaan bagaimana cara kemaskini pendapatan PTPTN. Kebanyakan peminjam PTPTN mula membuat kemaskini kerana tawaran PTPTN yang memberikan kemudahan penangguhan bayaran pinjaman bagi yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan syarat mengambil tindakan mengemaskini maklumat pendapatan terkini di Laman rasmi PTPTN.

cara kemaskini pendapatan PTPTN
cara kemaskini pendapatan PTPTN

Sebenarnya bukan sahaja perlu mengemaskini pendapatan terkini di laman rasmi PTPTN tetapi peminjam juga perlu memenuhi syarat pendapatan bawah RM 4000.

Syarat kemudahan penangguhan bayaran balik PTPTN :

  1. Kemaskini maklumat penting termasuk pendapatan terkini di laman rasmi PTPTN yang disediakan. ( sebelum 25 Julai 2018 )
  2. Pendapatan adalah bawah dari RM 4000

Untuk mendapat kemudahan penanguhan tersebut peminjam perlu memenuhi kedua-dua syarat yang dinyatakan diatas dan jika tiada kemaskini dibuat sebelum 25 Julai menunjukkan peminjam tidak berhasrat membuat penangguhan.

Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN

Untuk membuat kemaskini sangat mudah semudah beberapa langkah sahaja, apa yang paling penting adalah sambungan internet kerana segalanya memerlukan akses pada laman rasminya. Untuk membuat kemaskini peminjam perlu mempunyai nombor pinjaman PTPTN, no pinjaman ini boleh diperolehi dengan menghubungi PTPTN atau terus ke pejabat PTPTN berhampiran.

Langkah 1

Sila ke https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/

Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN Penangguhan Bayaran Pinjaman 1

Langkah 2

Sila taip no kad pengenalan dan no pinjaman masing-masing dan klik log masuk

Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN Penangguhan Bayaran Pinjaman 2

Langkah 3

Kemaskini maklumat anda termasuk alamat, pendapatan no telefon dan banyak lagi, setelah selesai anda boleh klik butang hantar. Perlu diingatkan peminjam perlu mengisi maklumat yang benar supaya tidak dikenakan sebarang tindakan memalsukan maklumat.

Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Dengan adanya kemudahan penangguhan ini diharapkan ia dapat membantu dan mengurangkan tekanan peminjam untuk membuat bayaran balik. Namun demikian, bayaran balik berjadual perlu dilakukan sekiranya peminjam sudah memenuhi syarat membayar pinjaman kerana pinjaman tetap perlu dibayar demi kelangsungan dana pelajar baru yang ingin meneruskan pinjaman.

Untuk memberi kemudahan bayaran balik pinjaman, terdapat 7 cara bayaran balik yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu :

  • Kaunter PTPTN (seluruh negara)
  • Kaunter Ejen, Bank Islam, Bank Rakyat, Pos Malaysia, CIMB Bank , Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Potongan Gaji
  • Direct Debit
  • Kiosk PayQuik
  • MOLPay Cash @ 7-11

 

One thought on “Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN Penangguhan Bayaran Pinjaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *