Cara Kira Gaji Baru SSM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Info ringkas ini bagi perkongsian bagaimana untuk mengira jumlah bayaran gaji untuk Sistem Saraan Malaysia SSM (Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia ). Jika sebelum ini, kerajaan memperkenal SBPA namun demikian kerana bantahan dan ketidakpuasan. Maka Sistem Saraan Malaysia masih dipakai kembali, namun demikian berlaku perubahan-perubahan dalam kenaikan serta kenaikan tahunan dari SSM yang lama.

Bagaimana Mengira SSM Terkini?

Sebenarnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun mengeluarkan sistem online yang boleh terus dikira kenaikan gaji seseorang kakitangan awam itu. Pengiraan adalah berdasarkan gaji akhir 31 Disember 2011 dan ia naik pada 7,8,9 dan 13 peratus mengikut gred gaji seseorang kakitangan itu.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Kenaikan Gred Gaji dan Peratus

  • VU 1 – VU 2 setaraf = 7 %
  • VU 3- VU 4 setaraf = 8 %
  • VU 5- VU 7 setaraf = 9 %
  • Gred 1 – 54 dan setaraf = 13 %

Cara Kira Gaji Terkini SSM Online

Untuk membuat pengiran, bolehlah terus ke :

[box type=”info” size=”medium” style=”rounded”]Sistem Pengiraan Gaji SSM Baru[/box]

  1. Pilih gred gaji masing-masing pada pilihan Kumpulan Perkhidmatan
  2. Taip jumlah gaji hakiki masing-masing iaitu gaji pada 31 Disember 2011
  3.  Klik Pada butang KIRA

Keputusan gaji pada 1 Januari 2012 akan dipaparkan, beza jumlah yang dipaparkan tersebut dikira sebagai tunggakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut jadual gaji dan juga pekeliling berkaitan anda dinasihatkan untuk terus ke portal JPA atau merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia ) .

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

[box type=”download” size=”medium” style=”rounded”]Muat Turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia )[/box]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top