Cara Kira Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Seperti dijanjikan setelah mengetahui tangga gaji SBPA baru 2012, pengiraan perlu untuk mengetahui gaji sebenar atau kenaikan yang diperoleh dengan menggunakan skim gaji SBPA . Seperti yang diberitahu sebelum ini, tangga gaji T sekarang bukan boleh terus dirujuk pada jadual SBPA kerana T tersebut akan mengalami penurunan.

Dibawah adalah cara pengiraan bagi gred guru DG41, pengiraan dibawah juga digunapakai untuk gred-gred lain yang menggunapakai skim SBPA.

Jadual gaji SSM lama guru DG 41

T9

T10

T11

T12

T13

T14

2419

2509

2600

2690

2781

2871

 

 

Jadual gaji SBPA baru guru DG 41

SBPA DG 1-1

Langkah Pengiraan Gaji Baru

Cth Kes : Gaji Ali DG 41 sekarang ialah rm 2690 iaitu T12 rujuk jadual SSM lama diatas.

  1. Langkah pertama, naikkan ke T13 iaitu RM 2781
  2. Cari gaji yang berhampiran dengan RM 2781 di jadual SBPA DG 1-1 ( DG41 )
  3. Gaji berhampiran dengan RM 2781 di SBPA ialah T4 ( RM 2600 ) dan T5 ( RM 2825 )
  4. Pilih yang paling hampir ke depan, T5 ( RM 2825 )
  5. Jadi, gaji baru Ali ialah RM 2825 berbanding dahulu ialah RM 2620 dengan perbezaan RM 205 dari dulu.
  6. Sekian, dah tamat..xperlu nak pandai2 tambah lagi.. πŸ™‚
  7. Satu lagi lupa nak tambah..gaji lepas dikira tu RM 2825 tu ialah pada januari 2012..dia akan naik lagi ikut kenaikan tahunan SBPA mengikut bulan kenaikan masing-masing tahun 2012 tu..kalau kenaikan bulan 3 untung la..naik lagi rm 225..

Pengiraan diatas untuk gaji SBPA baru 2012 adalah yang ditaklimat kepada saya sebelum ini, mungkin ada kesalahan pemahaman dari saya dalam cara mengira diatas. Jika ada pembetulan atau informasi tambahan, silalah hubungi saya dengan segera, demi kebaikan bersama..

Β Update 7/3/2012 : Cara Kira diatas adalah tidak relavan lagi. Ia hanya untuk rujukan arkib, Hal ini kerana semakan baru telah dibuat dan bakal diumumkan Perdana Menteri pada 8/3/2012

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
87 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
4 years ago

[…] Mungkin ada yang tersenyum lebar jika melihat tangga gaji diatas, ada yang gembira kerana beranggapan jika sekarang telahpun berada di T10 maka dirasakan juga melihat tangga gaji SBPA baru di T10. Anggapan itu salah, berdasarkan apa yang difahamkan, sebenarnya dalam perkiraan gaji sebenar mengikut skim baru ini T tersebut akan diturunkan. Bagaimana mengira? Nanti saya sambung cara pengiraannya esok.Β Update : Cara Kira Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012 […]

fendi
fendi
Guest
7 years ago

saya nak tanya ni..sebab kerani saya cakap gaji saya melebihi satu tangga kenaikan dari yang sepatutnya.Jadi dia nak saya buat bayaran balik.Saya lantikan 1.11.2007 dan kenaikan gaji saya pada bulan oktober.Jadi disini berapakah gaji pokok saya pada bulan julai 2013 ini setelah dicampur dengan kenaikan yang diumumkan ole PM hari tu.sekian..terima kasih tolong selesaikan masalah saya

feminine
feminine
Guest
8 years ago

tak suka sbpa…tak adil..gaji sama dgn orang lain malaupun P3

ladydiana
ladydiana
Guest
8 years ago

SBPA tak adil saya berada di DG41 p3…gaji lebih dari kawan yang sama tahun kerana lulus ptk..saya berusaha keras untuk lulus..dan saya dapat P3..sekarang ni..kawan2 gelakkan saya kerana PTK lulus pun tak guna sebab akhirnya gaji sama jugak dgn mereka kerana SBPA…so SBPA tak adil…tak kiralah kalu diberi kenaikan Januari pun…tahun itu akan sama juga gaji nya dengan orang lain…

mind your own business
mind your own business
Guest
8 years ago

sekadar ingin suarakan.. mengapa perlu tau tangga gaji JUSA klu tidak ada kena mengena dgn urusan kita.. Klu pun gaji JUSA naik beribu2 pun, itu mmg setimpal dgn tugas dan beban yg ditanggung.. raykat malaysia perlu sedar..takkan selama-lamanya asyik nak harapkan gaji tinggi dari kerajaan.. klu nak gaji tinggi berusaha.. Mulalah bersyukur..Kurangkan complaint!

QStaff1
Editor
Reply to  mind your own business
8 years ago

Ia kata2 tuan ada asasnya.. sepatutnya kita perlu bersyukur dan menghormati mereka yang lebih lama dan terlebih dahulu menghadapi kesukaran dari kita.

dumsyik
dumsyik
Guest
8 years ago

slm..sy nk tye..klu sy DG41..t5..disember 2011…cmne nk kira kenaikan januari ni?trikh pergerkn gji thunan buln januari.

jendol
jendol
Guest
8 years ago

Macam ni…

gaji saya 2011 P2T12 = 2831.29
tahun 2012 P2T13 = 2925.91
gaji mengikut SBPA = 3050.00 (dg1-1 t6)

yg kat atas tu saya faham & jelas…

yg tak jelasnya ialah berkaitan dengan tarikh pergerakan gaji…

kalau ikut jadual kat sini http://azzaferoz.blogspot.com/2011/12/contoh-1-pemindahan-gaji-dg41-ssm-ke.html tarikh pergerakan gaji dg41P2T12 ialah pada April manakala DG41P2T13 ialah pada bulan Januari..
soalan saya: saya ni sepatutnya naik gaji januari atau april?

kalau ambil kira gaji 2011 (DG41 P2T12) : April
kalau ambil kira gaji 2012 (DG41 P2T13) : Jan

so.. yang mana satu??

terima kasih..

ini tidak adil
ini tidak adil
Guest
8 years ago

salam, dr contoh tuan, mengikut sbpa, gaji ali telah jatuh tangga berdebuk debuk dr t12 ke t5. patut nya kalau x naik tangga turun la ke tngga yg sama, kalau setakat naik rm200 x perlu lah nak tukar skim bagai, malah kenaikan yg pak lah bg pada 2007 jauh lebih byk. gaji e41 p1T12 ialah rm2337 & kenaikan pd 2007 ialah rm2688. beza rm350. yg untung hanya pengurusan tertinggi. gaji jusa melambung tinggi, x perlu dinafikan kerana dalam keluarga saya ada pemegang jusa. bukan tidak bersyukur, tetapi ini tidak adil. malah skala gaji juga dirahsiakan. sgt tidak telus. kenapa nak… Read more »

kak rose
kak rose
Guest
8 years ago

salam. saya nak tanya, gaji saya skrg ni dah mati di dinding dg52 sbyk rm6904.. dr pengiraan tuan patut nya dinaikkan satu tngga kemudian turun ke sbpa tangga yg terdekat. so dalam kes saya ni, dah tidak ada tangga dah nak naik, boleh tuan tunjukkan mcm mana nak kira? terima kasih

Fudhali
Fudhali
Guest
8 years ago

Salam, jika tangga gaji saya pada thn 2011 p1t12 RM 2690. Mengikut ssm 2012 p1t13 RM2781. Apabila dipindah ke spba RM2825, hanya kenaikan RM 43. Soalan saya adakah betul pengiraan ini. Bagaimana kenaikan gaji saya jika bermula bulan Jan.

azamil
azamil
Guest
Reply to  Fudhali
8 years ago

RM 2825 – Rm 2690 = rm 135, jadi kenaikan SBPA hanya Rm 135.00. Bagaimana pula dengan kenaikan tahunan, jika kenaikan tahunan adalah pada bulan januari. Adakah tunggakan akan diberikan.. terima kasih.

clya
Guest
8 years ago

Salam bro, saya ada kekeliruan dengan pemindahan gaji ke sbpa bagi mereka yang memegang pemangku DG44. Tahun lepas (Mac 2011) saya dilantik guru akademik memegang pemangku DG44 (sekarang menunggu pengesahan). Gaji masih berdasarkan hakiki DG41 + elaun pemangku. Kerani saya tak faham, jadi sayapun tak faham la pulak. Nak tanya, apa tangga gaji saya untuk SBPA di DG1-2 awal tahun 2012? (sebab saya difahamkan fungsi pemangku dan KUP sudah ditiadakan dalam SBPA – terus serap…)

Terima kasih banyak-banyak.

ruby
ruby
Guest
8 years ago

TAPI ADA YANG CAKAP SIAPA YG KENAIKAN BULAN JAN TAK NAIK DAH GAJI UTK SATU TANGGA LAGI TAHUN 2012 NI. KENA TGU TAHUN DEPAN PULAK UNTUK KENAIKAN. BETUL KE? KALAU BETUL ITU KAN TAK ADIL BG YG NAIK BLN JAN?

Ibrahim Ahmad
Reply to  ruby
8 years ago

cuba lihat pada surat tawarab opsyen, jumlah gaji pada 1 Jan 2012 telah siap2 diberikan gaji yg sepatutnya. MMg dh diberikan kenaikan gai tersebut dalam surat tawaran tu.

Ruby
Ruby
Guest
8 years ago

Utk kenaikan gaji jan akan dpt bln jan ni ker atau tunggakan. Aps rasionalnyer jpa tukar bln kenaikan gaji

Ibrahim Ahmad
Reply to  Ruby
8 years ago

rasional nya untuk membezakan antara org yang dapat T yang lebih tinggi dalam kumpulan gaji yang dibacket kan. katakan T1 = 1000; T2 = 1500; T3= 2000. semua nak gerak ke T1 dalam SBPA iaitu RM3000.
So, org yang yg berada di T1 akan naik bulan Jan, T2 bulan April, T3 bulan julai. kalau semua naik sama je, nti tak nampak perbezaan antara org lama dan org baru, yang membezakannya adalah tarikh kenaikan gaji wlpn gaji mereka sama dalam tahun tersebut

ruby
ruby
Guest
Reply to  Ibrahim Ahmad
8 years ago

dlm surat tawaran dia cuma tulis kenaikan gaji ke sbpa mengikut jumlah tertinggi yg terhampir. Itu belum dinaikkan ke gaji tahunan mengikut bulan kenaikan gaji….mcmana pulak u boleh kata gaji dah dinaikkan…..

ruby
ruby
Guest
Reply to  fiziesss
8 years ago

En fiziess…sori sy refer pd jawapan en ibrahim ahmad kt atas tuh bukan yg nih….sy trsalah reply comment….anyway tq for your answer..

cikgu t7
cikgu t7
Guest
8 years ago

assalamualaikum…
saya ade sedikit kekeliruan… dah tanye kerani, kerani pon x bape phm… tahun 2011 sy t7 (rm2238.55)… ikut sbpa sy akan ke t8 (rm2329.00) dan gaji terhampir di sbpa ialah rm2375… kenaikan gaji tahunan pd 1 januari… kemusykilan saya timbul apabila ade yg menyatakan gaji kumpulan kami pd tahun depan rm2375 tnpa sebarang kenaikan kerana kenaikan kami pd 1 januari… tetapi bg yg t6 ke t7, gaji same iaitu rm2375 tetapi kenaikan 1 april akn berganjak gaji ke rm2600… btol ke?.. kalau betul, kumpulan kami rugi la sbb junior (t6 ke t7) dh ke hdpn…

Ibrahim Ahmad
Reply to  cikgu t7
8 years ago

tuan dapat kenaikan terus ke rm2600 dalam gaji bulan jan ni. tetapi bergantung pada bracket. kalau hanya 2 gaji yang dibracket kan. tuan akan dapat gaji tu dalam bulan Jan ni. Junior tuan akan naik pada bulan April nnti ke 2600.

Si Pening Lalat
Si Pening Lalat
Guest
8 years ago

Salam
Briefing yg diberi oleh GB saya tak lengkap lansung jadi saya pun dah bingung.
Katakan saya berada di P2T8, dg41..pergerakan gaji Januari. Bagaimana dgn pengiraan yg baru? Dalam form yg diberi, gaji baru ialah rm2600.

JJ5
JJ5
Guest
8 years ago

Pening la saya..DG 32 tahun k-6 ,gaji pokok lbih kurg 3 ribu??
brapa prubahannya ya??

eden konpius
eden konpius
Guest
8 years ago

Assalamualaikum,

Maaf saya pohon sedikit pedoman dan penjelasan

Katakan kesnya begini:

Gaji SSM (P1 T5): RM2,050.69 – kenaikan gaji 1 Julai

Gaji SBPA pada 1.1.2012 : RM2,370 (T3) – kenaikan gaji 1 Jan

Jadi;

berapa gaji baru saya pada Januari 2012?? Adakah:
1) RM2,370 (T3), atau
2) RM2,595 (T4) *berdasarkan perubahan pergerakan gaji setiap 1 Jan

Terima kasih tuan!

guru 123
guru 123
Guest
8 years ago

Salam…nak tanya..sepatutnya januari 2011 sy patut dapat gaji T6 (2148.10) tp sampai sekarang sy masih mendapat gaji T5(2057.65).Adakah sy akan mendapat tunggakan ini? last week sy dh sign borang sbpa menyatakan gaji baru jan 2012 sebanyak rm2150 disebabkan slip gaji dec terkini rm2057.65. Sepatutnya sy mendapat rm2375. sy rasa frust sgt. Dalam borang sbpa juga menyatakan kenaikan bulan gaji sy ialah Januari. Sepatutnya kenaikan bulan April. Sy pun pening kenapa boleh jadi macam neh. Soalan saya: 1. Adakah sy akan mendapat tunggakan jan 2011-dec 2011 yg sepatutnya sy dpt selepas sign sbpa? 2. Adakah sy akan mendapat gaji SBPA rm2375… Read more »

Awangku
Awangku
Guest
8 years ago

Dlm ssm, tahun 2012 saya layak ke DG44 secra timebase berdasarkn formula 3+5 = 8 TAHUN (dlm DG41)……apakh saya layak ke dg1-2 dlm SBPA Pada thn 2012

Pendidik Pedalaman
Pendidik Pedalaman
Guest
8 years ago

Salam SBPA..saye nk tanya tenttang tunggakan gaji..klu di ikutkan SSM, kenaikan gaji saya pada bln januari tp apbila rujuk SBPA, knaikn gaji saya akan bermula pada bulan Julai..adakah saya akan dapat tunggakan gaji dari bulan Jan hingga Jun ikut SBPA? atau saya akan dapat gaji dr bulan Julai sahaja..harp beri pnjelasan..TQ

ADLINA
ADLINA
Guest
8 years ago

a’kum tuan. mintak tolong kirakan gaji sbpa sy. sy pening. tarikh lantikan tetap sy adalah januari 2009 dengan tangga gaji t4. tahun 2011 tangga gaji saya T6. Jadi berapakan gaji baru saya yg akan diterima januari 2012?Terima kasih

Hanny
Hanny
Guest
8 years ago

Salam sy DG44 P1 T3 mengikut SPBA berapa gaji sy akan dapat serta kenaikan….coz macam versi yg sy terima mohon penjelasan tq

ROSLAN SALLEH
ROSLAN SALLEH
Guest
Reply to  Hanny
8 years ago

P1T3 = RM3283.55, a)Naikkan kpd T4 jadi RM3433.83, b)Cari RM yg terdekat sikit atas dlm SBPA DG1-1 iaitu RM3500 (T8). Dapat untung (RM3500 – RM3283.55 = RM216.45 sebulan). Kenaikan gaji tahunan 2012 lagi mari ada ikut tarikh kenaikan tahun lepas.

moha amran
Guest
8 years ago

salam 1Malaysia,saya ada bwt pengiraan gaji untuk dg41 t10 t11 dan t12.
adakah pengiraan saya ini betul…….sbg cnth t10 2011 adalah RM2505.90 akan anjak ke t11 RM2600.35 kemudian diturunkan ke t4 sbpa iaitu RM 2600.00 ( jadi gaji saya dah kene potong sebanyak RM 0.35 ) dan akan dianjak lagi ke t5…….tapi untuk t11 akan ke t12 jadi 2690.80 dan akan juga dianjak ke t4 iaitu rm 2600.00 – jadi gaji kene potong RM 90.80 dan dianjak ke t5…..betul ke pengiraan saya ini..terima kasih

ROSLAN SALLEH
ROSLAN SALLEH
Guest
Reply to  moha amran
8 years ago

Dari DG41, gaji dipindahkan ke gaji yg sama dlm DG1-1. Kalau xada yg sama, dipindahkan ke gaji yg lebih tinggi sikit. Ia tidak dipindahkan ke gaji yg lebih rendah.

Pn. Soo
Pn. Soo
Guest
8 years ago

Gaji lama saya P1T7 RM2238.55 (3 tahun bekerja), gaji baru RM2375. Rakan saya P1T8 RM2329, gsji bsru RM2600(5 tahun bekerja). Dia mendapat kenaikan sebanyak RM271, sementara saya hanya mendapat kenaikan sebanyak RM136.45. Jika dibandingkan dengan skim gaji lama dengan skim gaji baru, saya hanya mendapat kenaikan RM46 sahaja. Rakan saya pula mendapat kenaikan RM180.55. Adakah perubahan ini adil?

Cikgu yana
Cikgu yana
Guest
Reply to  Pn. Soo
8 years ago

Rasanya puan soo dah tersilap kira. Saya sama je dgn puan soo. Guru dg41 dgn tgga gaji p1t7 rm2238.55. Mula2 anjakkan gaji ssm ke t8 iaitu rm2328.55. Selepas itu, lihat pada jadual gaji sbpa terhampir iaitu antara t3 ke t4. Pilih yg jumlah terhampir tinggi bukan yg rendah. Jadi gaji basic utk tahun 2012 ikut sbpa adalah rm 2600. Itu belum tmbah utk kenaikkan tahunan. Rasanya kalo sy x silap.

Shaiful
Shaiful
Guest
8 years ago

Apa yg sy faham dr surat penerimaan SBPA (dah sign semalam) tangga gaji asal dlm SSM tidak berubah ke T yg seterusnya. Penyelarasan ke gaji terdekat (yg lebih tinggi) dlm SBPA mengikut gaji yg diterima kini. Betul ke?

mamalila
mamalila
Guest
8 years ago

Kalau saya berada di P1T4 DG44 dan kenaikan SSM pada Julai..berapa gaji Januari saya dan bila pula kenaikan seterusnya?

mohd roslan
mohd roslan
Guest
8 years ago

Bbyk2 atas penerangan dan perkongsian maklumat ttg sbpa. sesuatu yg baharu mmg memeningkn kepala lbh2 lagi mlibatkn gaji. Soalan sya ialah; apabila bersetuju menandatangai opsyen sbpa, bilakah kita mula merasa nikmat gaji baharu ini? Adakah bermula hujung Januari? atau selepas itu? dan adakah diberi tunggakan ikut tarikh pergerakan gaji? Adakah dlm sbpa tarikh kenaikan gaji tahunan saya akan ikut SSM dahulu? Soalan kedua, saya sdh mnghdiri tduga kenaikan pngkt dg41 pd april 2010, slps spp membekukan urusan tduga yg utk permohonan baharu, sya tertanya2 bilakah pmbkuan ini akn ditarik balik? Adakah slps plksnaan sbpa? Soalan ketiga sya..bgmana dgn elaun2 yg… Read more »

mohd roslan
mohd roslan
Guest
Reply to  fiziesss
8 years ago

Alhamdudillah..skurang2nya dpt mmbntu mklumat yg diberikan.
T.kasih atas respon.

ADLINA
ADLINA
Guest
Reply to  mohd roslan
8 years ago

a’kum…td tuan ckp sesiapa yang kenaikan bulan gaji mei-dec perlu tambah T lagi. Bagaimana kalau dengan kenaikan bulan gaji januari?Perlu tambah T tak atau kekal?

riza
riza
Guest
8 years ago

assalam..

maaf yea sy masih x pasti, ikut sbpa tahun ke8 dlm dg1-1 telah layak utk kenaikkan dg1-2 jadi kalau thn 2011 ialah thn ke9 dlm dg41..mcmana nak kira tu skali dgn kenaikkan dg1-2??

salmi
salmi
Guest
8 years ago

assalamualaikum.
Kenapa tannga gaji guru diatas berlainan dengan yang lain. Contoh t5 – 2825. Satu lg t5-2845. Yg mana satu terkini?

nick
nick
Guest
8 years ago

Apa da jadi dgn prbincngn CEUPACS dgn PM yg dikatakan akan dibuat 19hb lepas?.. Ada info terkini tak Pizi?

87
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x