Cara Kira Pencen Wajib Kakitangan Kerajaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kakitangan kerajaan pastinya akan melalui tempoh akhir perkhidmatan. Pencen akan diberikan dan cara kira pencen wajib perlulah diketahui untuk perancangan sebelum pencen. Pencen merupakan kemudahan kepada kakitangan kerajaan bagi menghadapi kehidupan selepas tamat perkhidmatan. Pencen ini dibayar setiap hujung bulan untuk kegunaan penerima pencen.

Bayaran pencen kakitangan kerajaan sebenarnya tidaklah seperti gaji akhir mereka. Kebiasaanya jumlah bayaran pencen adalah separuh dari gaji akhir. Namun demikian ada juga yang akan mendapat lebih kurang dari itu mungkin atas banyak sebab seperti berkhidmat tidak cukup lama atau banyak lagi faktor lain.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Untuk pengetahuan, jumlah bayaran pencen akhir adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut :

  • Tarikh lahir penerima pencen
  • Tarikh mula berkhidmat/ tempoh masa berkhidmat
  • Gaji akhir hakiki sebelum ini
  • Imbuhan tetap yang diterima
  • Gantian cuti rehat
  • Jumlah cuti tanpa gaji sebelum ini
  • Umur besara
Cara kira pencen
Cara kira pencen

Cara kira pencen wajib

Sebenarnya ada formula kursus untuk mengira jumlah akhir bayaran bulanan penerima pencen. Namun demikian JPA ada menyediakan aplikasi khas untuk mengira pencen wajib seseorang. Untuk menggunakan aplikasi tersebut anda boleh dapatkan secara percuma melalui online di http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html

Aplikasi ini memerlukan anda mengisi kesemua maklumat penting perkhidmatan sebelum ini untuk sistem automatik mengira. Setelah mengisi selengkapnya, klik butang kira dan sistem akan mengira automatik tahun/bulan anda bersara , tempoh perkhidmatan yang diambilkira, jumlah pencen sebulan, jumlah ganjaran yang diterima dan gantian cuti rehat.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Walaubagaimanpun demikian amaun adalah tertakhluk pada hutang kerajaan/majikan sekiranya ada dan pengiraan melalui aplikasi yang disediakan adalah anggaran sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *