Sebenarnya SSO ni boleh dikira baru diperkenal. Single Sign On SSO KPM ini adalah salah satu kemudahan kepada pengguna untuk login ke sistem-sistem yang ada dalam KPM. SSO ini digunapakai untuk kebanyakan sistem tidak kira sistem pengurusan atau permohonan melalui online sistem-sistem dibawah KPM.
Maksud Single Sign-On SSO
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.
Tujuan SSO KPM ini ialah membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password. Cara ini mampu memudahkan pengguna / warga pendidik dari mengingat banyak login detail untuk sistem-sistem yang ada.
Kandungan sistem dalam SSO KPM
SSO melibatkan 3 pengguna iaitu pelajar, guru dan sekolah:
Modul Pengurusan | Sistem Terlibat |
Pelajar | APDM
SSDM eSPBT |
Guru | eOperasi
eGtukar eGraduan eProfil ePrestasi ePangkat ePelepasan Tatatertib PTM |
Sekolah | EMIS |
Alamat URL SSO
Untuk menggunakan SSO KPM bolehlah terus ke https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
Bagaimana ingin mendaftar SSO KPM ( pengguna kali pertama )
Pengguna kali pertama perlu masuk ke eMIS/ APDM/ eOperasi dahulu:
- Log masuk ke dalam sistem menggunakan LoginID dan Katalaluan.
- Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.
Klik daftar SSO sekarang
Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.
Setelah anda seselai mendaftar, bolehlah login di https://sps1.moe.gov.my/ dengan klik log masuk
Setelah berjaya masuk menggunakan login tadi bolehlah anda memilih sistem yang dikehendaki melalui menu sebelah kiri SSO.
Soalan lazim
Adakah pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan SSO melalui URL asal ( laman utama) mereka?
Jawapan: Ya, pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan menggunakan URL asal. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati semua kemudahan yang disediakan dalam SSO sekiranya mereka menggunakan URL tersebut.
Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang sama tanpa melalui laman SSO?
Jawapan: Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO tidak boleh digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.