Bagi graduan yang mahu bekerja di sektor Awam, mereka WAJIB mengisi borang permohonan SPA9 sebelum layak dipanggil untuk ditemuduga. Ini merupakan Sistem di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kini, pihak SPA telah membuat penambahbaikan dari sistem SPA8i dan kini dipanggil SPA9.
Permohonan melalui SPA9 masih lagi sama dengan permohonan SPA8i dan terdapat sedikit perubahan dalam sistem SPA8i kepada SPA9.
Cara Login ke permohonan SPA9 bagi pengguna baru
Sebelum anda memilih untuk memohon permohonan SPA9 anda perlu maklum SPA9 ini adalah laman web untuk anda memohon jawatan-jawatan dalam kerajaan. Jawatan yang ada dalam permohonan tidak semestinya ada kekosongan. Ia bergantung pada kekosongan semasa dan permohonan yang ada adalah dalam senarai menunggu.
Bagi pemohon yang pertama kali mendaftarkan akaun baharu, pemohon dikehendaki mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh (mengikut Ejaan di Kad Pengenalan). Maklumat perlu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID.
• MyID adalah no kad pengenalan pemohon • Kata Laluan mengikut apa yang di daftarkan oleh pemohon
3) Masukkan KATA LALUAN dan KLIK LOG MASUK
4) Isikan Semua Maklumat yang diminat
√ Maklumat Diri √ Pencapaian akademik bermula dari PMR sehingga ke peringkat pendidikan yang tertinggi
“Keputusan SPM akan dimasukkan secara automatik mengikut sistem pangkalan pelajar”
√ Kebolehan bahasa √ Bakat √ Pencapaian dalam bidang kokurikulum √ Penerima Bantuan / Kurang upaya
“Sekiranya sudah membaca semua terma dan syarat yang disediakan maka bolehlah Klik hantar. JANGAN lupa tick di kotak setuju sebelum Klik hantar”
Soalan ini akan keluar bagi mereka yang tidak bekerja di sektor kerajaan anda boleh klik tidak, manakala bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan boleh klik ya. Pihak SPA juga akan menanyakan soalan samaada anda bekas tentera atau tidak. Sekiranya ya, klik ya dan sebaliknya.
5) Permohonan boleh dibuat mengikut KELAYAKAN. Permohonan MAKSIMUM adalah 15 jawatan (termasuk latihan separa perubatan)
6) KLIK Hantar bagi pemohon yang sudah selesai mengemaskini permohonan.
INFO TAMBAHAN!!!
Bagi pemohon yang aktif semasa permohonan SPA8i , anda hanya perlu membuat PENDAFTARAN BAHARU bagi mendapatkan ID dan KATALALUAN yang baru. Selepas mendapat ID dan KATALALUAN, anda hanya perlu mengemaskini maklumat diri dan akademik serta maklumat berkaitan dengan dengan sistem SPA9
Lupa kata laluan
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan, mereka perlu:-
Pemohon adalah dikehendaki mengisi semula maklumat asas dan maklumat soalan keselamatan (nama ibu pemohon dan negeri lahir pemohon/ alamat seperti dalam kad pengenalan pemohon) untuk tujuan set semula kata laluan.
“PERINGATAN buat pemohon, pemohon WAJIB mengingati jawapan soalan keselamatan bagi memudahkan urusan set semula kata laluan”
Cara Pendaftaran Pekerjaan dan Kemaskini Pemohonan dalam SPA
√ Tempoh sah laku pendaftaran adalah selama satu tahun daripada tarikh pendaftaran.
√ Pendaftaran pekerja adalah menggunakan konsep “One Step Lower”
a) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda SAHAJA.
b) Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/vSTPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik SAHAJA.
c) Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
“Pendaftaran pemohon yang TIDAK MEMENUHI KRITERIA akan TERBATAL dan pemohon dikehendaki untuk mengemaskini semula permohonan dalam SPA9″
Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan:-
Alamat emel yang didaftarkan dalam SPA adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya.
Sudah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
Tips Trick Berjaya Permohonan SPA9
Seperti SPA8 sebelum ini, anda juga perlu sentiasa update permohonan anda tahun demi tahun. Hal ini kerana, pengalaman kerja anda mungkin berubah setiap tahun menyebabkan ia boleh menjadi salah satu nilai tambah dalam penerimaan majikan untuk menerima anda bekerja.
4 thoughts on “Cara Membuat Permohonan SPA9 dan Kemaskini Data”
Nawa
macam mana nak ubah bahagian Maklumat Pegawai yang Sedang Berkhidmat? sebab saya bukan lantikan tetap tapi saya pernah isi bahagian tu dan sekaran tak dapat ubah. Mohon pertolongan
macam mana nak ubah bahagian Maklumat Pegawai yang Sedang Berkhidmat? sebab saya bukan lantikan tetap tapi saya pernah isi bahagian tu dan sekaran tak dapat ubah. Mohon pertolongan
Kalau tersilap isi maklumat mcm mana ? i punya silap isi maklumat stpm 😴
sama sis. sis dh boleh tukar ke maklumat stpm tu ?
Nanti nk grad saya cuba…
Terima kasih share