KPT
Belajar di Mesir juga pilihan bijak, namun demikian cara pemohonan dan syarat permohonan perlulah dipenuhi untuk memohon belajar di Mesir. Secara umum, permohonan dibuka adalah bagi mereka yang ingin belajar di Universiti di timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar, Universiti di Jordan, Universiti di Maghribi. Untuk memohon perlulah memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan serta mengisi borang permohonan yang disediakan. Untuk makluman, permohonan yang dibuka ialah bagi mengikuti pengajian ijazah pertama.
Senarai Universiti dan Tawaran Pengajian
Permohonan dibuka untuk permohonan beberapa pengajian mengikut Institusi pengajian seperti dibawah :
Universiti di Mesir
- Perubatan, Pergigian & Farmasi
Universiti Al-Azhar
- Pengajian Islam
- Pengajian Qiraat
Universiti di Jordan
- Perubatan, Pergigian
- Pengajian Islam
Universiti di Maghribi
- Pengajian Islam
Sila Lihat syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan, Untuk membuat permohonan borang permohonan boleh dimuat turun mengikut kursus dan Universiti yang dipilih ( Klik Sini ).
Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada alamat yang disertakan pada atau selewatlewatnya 31 MEI 2013 (Jumaat) di alamat berikut;
Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut anda digalakkan untuk menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
- 03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
- 03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud