Cara Memohon IPTA/ TEVT dan ILKA UPU Online 2012

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Cara Membuat Permohonan UPU Fasa 1

Permohonan UPU bagi kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA untuk fasa 1 telahpun bermula. Bagi lepasan SPM yang berminat mengambil sijil, diploma atau asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam ataupun di politeknik, atau Institut latihan kemahiran bolehlah cuba memohon.

Sebenarnya saya banyak menerima soalan bagi yang baru memohon tentang cara ingin memohon di permohonan online upu ini. Walaupun permohonan adalah tidak terlalu sukar, tetapi masih ada yang tidak tahu dimana butang permohonan yang mana langkah pertama ingin membuat permohonan. Kadangkala ada yang sampai melenting kerana sudahpun membeli no ID di BSN tetapi tidak boleh membuat permohonan.

Untuk pengetahuan pemohon fasa 1 ialah permohonan UPU lebih kepada pengisian maklumat pemohon iaitu membuat daftar masuk, mengisi maklumat peribadi, maklumat pekerjaan ibu, bapa penjaga, maklumat akademik dan maklumat kokurikulum.

Untuk fasa 2 data yang diisi masih boleh dikemaskini ditambah lagi pengisian untuk pilihan kursus pemohon masing-masing.

Pemohon yang telah mengemukakan Permohonan FASA 1Β  WAJIB mengemukakan permohonan Fasa 2 yang akan dibuka untuk capaian mulai 09 Januari 2012.

Setelah saya kumpul maklumat pertanyaan, kebanyakan yang bertanya mengalami masalah untuk mencari butang untuk memohon, bagi membantu saya ada sediakan sedikit gambarajah dan cara untuk memohon, cubalah baca dan fahami betul-betul segala manual permohonan yang diberi oleh pihak UPU.

Cara Membuat Permohonan UPU ( First Step )

Selepas mendapatkan no PIN, Unik ID di BSN bolehlah untuk ke https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/

 

UPU 1

Pilihlah jenis permohonan anda seperti gambar diatas. ( jika keliru dengan jenis permohonan anda boleh klik apa itu IPTA? disebelah bulatan gambar diatas )

UPU 2

SelepasΒ memilih Jenis Program dan Program Pengajian, klik pada butang Masuk seperti dalam bulatan diatas.

UPU 3

Selepas baca dengan teliti maklumat penting permohonan bolehlah klik pada butang kuning tertulis Permohonan seperti dibulatkan diatas.

Untuk mendapatkan manual cara untuk mengisi permohonan selepas langkah diterangkan diatas berkaitan membuat daftar masuk, mengisi maklumat peribadi, maklumat pekerjaan ibu, bapa penjaga, maklumat akademik dan maklumat kokurikulum, bolehlah download dan baca di :

https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/panduan/panduan_allspm.pdf

Diharapkan sedikit perkongsian cara memohon IPTA, TEVT politeknik, dan ILKA ini sedikit sebanyak membantu dalam membuat langkah pertama untuk memohon. Jika maklumat yang saya berikan ini salah atau tidak tepat maklumkanlah kepada saya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

51
Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
24 Comment threads
27 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
25 Comment authors
Muhammad emirul faeizfitriAizicuriousfartin Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Muhammad emirul faeiz
Guest
Muhammad emirul faeiz

Assalam. Saya nk tnya, klau saya trsalah letak kod skolah, tp saya dh submit and print. Jadi tak boleh lg nk kemaskini. Ini boleh mnjejaskan prmohonan saya ke ?

fitri
Guest
fitri

salam,,tumpang tnya utk isi CGPA tue nk ltk markah full 98.5% ke atau nk ltk ikut GPA sekolah bg 9.85? sbb setahu saya mrkh full kokum sya 98.5%…….

Aizi
Guest
Aizi

Salam, saya mempunyai sedikit masalah. upu-ipta saya sudah disi, tetapi saya terlepas pandang untuk memohan politeknik, lepas tu saya kehilangan number id bsn saya, apa perlu saya buat. saya memerlukan number id untk mengisi politeknik. adakah saya perlu membeli yang baru ? dan jika saya membeli yang baru adakah saya perlu memohon semula upu-ipta saya ?

curious
Guest
curious

salam sy nak tanya.sy pelajar SKM, tp sy memohon UPU berdasarkan result spm sy.sy dah memohon upu sblom result keluar. skrg sy nak update result spm sy, tp x boleh sbb takde pom ruang result. ke kena submit dulu then result akan automatically ada?

fartin
Guest
fartin

assalamualaikum…
saya salah pilih kategori yang sepatutnya saya pilih.. adakah saya mesti boleh beli no pin yang baru? atau sebaliknya.. saya tak tau nk buat macam mne..

muslehzaini
Guest
muslehzaini

saya tidak boleh mengisi no.angka giliran,mungkinkah ini berkaitan kerana saya tidak mengisi no.angka giliran semasa fasa pertama??

cath
Guest
cath

Saya ingin tanya , bagaimana hendak buat kemaskini bagi UPU / Poli ??

aeman
Guest
aeman

bolehkah saya pelajar lepasan spm 2011 mendaftar untuk ke frasa 2 kerana saya baru membuat unik id pada akhir februari ini dan bilakah tarikh tutup pendaftaran pendaftaran frasa 2 ini?????

balqis
Guest
balqis

assalamualaikum , saya nak tanye , kalau kita tak isi fasa 1 , apa boleh ke bt fasa 2 , ada orang kata tak bole buat fasa 2 , kalau tak isi fasa 1 , saya betulbetul pening sekarang nehh ,, .. boleh ke tak sebenar nyerr nehh ??

aqida
Guest
aqida

Lagi satu saya tak faham kenapa ada pembelian no pin secara pukal dan apa beza dengan individu, memandangkan saya tidak beli lagi no pin. seterusnya mengenai kategori a, b, c, dan d. boleh tolong terangkan ?

aqida
Guest
aqida

assalamualaikum,
saya nak tanya, kalau tidak buat permohonan fasa satu, boleh tak terus buat permohonan di fasa 2?

pen merah
Guest
pen merah

assalam,, saya dah isi fasa2.. tetapi masa hntar ada sedikit masalah kpda lpt0p saya.. dan ttba jew dah dihntar.. lepas itu telah pun dikemaskini sebnyk tiga kali.. dah saya tidak boleh kemaskini skrg ni??
ada tak cara untuk saya hendak kmskini??

juliya
Guest
juliya

hihhhii3 !
CGPA tu camne? markah keseluruhan koko ke?

juliya
Guest
juliya

asslamualaikum….
selepas selesai isi borang ,kena print jugak ke?
print semua?
terima kasih !

syaza
Guest
syaza

assalamualaikum,

saya nak tanya, kawan saya ada yang tak buat fasa 1. adakah dia still boleh apply ipta??

solehah
Guest
solehah

boleh saye tny klu x ingt nk isi fasa 1 mcm mne ah

trex
Guest
trex

assalamualaikum . nk isi tp tiada butang MASUK . namun ini(PERINGATAN : Anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain.) . apa yg harus saya lakukan ? saya telah mencuba banyak kali , namun masih gagal . saya harap tuan boleh membantu saya dgn secepat mungkin , terima kasih πŸ™‚ segala jasa tuan amat saya hargai . salam

dayah
Guest
dayah

mcm mana nk kemaskini lau mklumat yg salah kt prmohonan tu..sy dh try tekan button semakan tu tp x blh pn…tlg sy…sy dh xtau nk wt mcm mna..

muhamad fizree
Guest
muhamad fizree

salam.. borang permohonan telah pun sye isi… masalah sye..
ealah bagaimana hendak sah dan hantar… tolong!!

nadiah
Guest
nadiah

as salam ,boleh saya tnye ,ape maksud fasa1 dan fasa2 ye ;/ ?

lina
Guest
lina

Assalamualaikum,ckgu saye cakap,..tak isi fasa 1 pun tak pe,terus isi fasa 2.. ataupun isi lepas dapat result spm je snng..betul ke?..boleh tak saye isi mase fasa 2 je..iaitu selepas mndapat keputusan spm..?

Shira
Guest
Shira

salam, saya sudah membuat permohonan dan dah sah dan hantar. tetapi saya baru dapat tahu bahawa kod sekolah yang saya isi itu salah. macam mana nak kemaskini ? Saya risau borang saya kena reject. kalau betul nanti ada fasa 2, betul ke saya boleh kemas kini borang fasa 1 sekali ? Terima Kasih πŸ™‚

khira
Guest
khira

kalau nak kemaskini nak cari kat ner?

Intan Iniz
Guest
Intan Iniz

Salam..nper nie!!!sye dh ikot step kat ats tp asal sye x jmpe perkataan MASUK!!!!geram btol la..dh bnyak kli sye try..Ngeeeee