Cara Memohon PTPTN Untuk Sambung Pengajian

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara Memohon PTPTN untuk Sambung Pengajian Kemasukan pelajar baharu sudah bermula, dan masalah yang sentiasa membelengui ibu bapa golongan B40 adalah wang. Semua ini disebabkan kos pembelajaran yang semakin meningkat walaupun sudah mendapatkan subsidi daripada pihak kerajaan bagi mereka yang menyambung pengajian di Univeristi Tempatan.

Ptptn

Dengan adanya Skim Pinjaman Pendidikan ini, ianya mampu meringankan bebanan ibu bapa yang kurang berkemampuan sekali gus memberi peluang yang lebih kepada para pelajar untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi tanpa ragu-ragu lagi. 

PERINGATAN!!!

Skim Pinjaman Pendidikan ini adalah pinjaman yang perlu di bayar balik sekiranya SUDAH tamat Pengajian. Ianya bagi memudahkan pelajar yang mahu menyambung pengajian mereka mendapatkan pinjaman untuk sambung pengajian. 

Tawaran skim pinjaman pendidikan PTPTN ini terbuka kepada semula golongan yang ingin menyambung pengajian ke institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

NOTA!!!

Pinjaman di KHUSUSKAN kepada pelajar IPTS di UNITEN, UNITAR, Wawasan Open Universiti & Asia E Universiti.

a) Syarat Permohonan Skim Pinjaman Pendidikan 

  • Warganegara Malaysia
  • ​Berumur tidak lebih 45 tahun pada tarikh permohonan
  • ​Mendapat tawaran ke IPTA / IPTS dan memenuhi kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • ​Bidang yang diambil WAJIB mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berdaftar dengan PTPTN 

PERINGATAN!!!

Bagi pelajar IPTS kursus yang diambil mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih dalam tempoh sah laku semasa tarikh permohonan.

​Bagi pemohon yang ingin memohon pinjaman PTPTN ini tahun pengajian TIDAK boleh KURANG daripada 1 tahun

PENTING!!!

Setiap Permohon WAJIB membuka akaun SSPN/SSPN-i plus. Hanya pemegang akaun SSPN/SSPN-i plus sahaja yang layak membuat permohonan.

sspn-i

b) Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian:-

https://www.ptptn.gov.my/panduan-permohonan-pinjaman-side

c) Status Pengeluaran Pinjaman Pendidikan

Pengeluaran pinjaman pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab:-

  1. Mempunyai keputusan peperiksaan (PNGK) kurang daripada 2.0
  2. Menangguhkan pengajian (masalah dalam pelajar/sakit dll) atau
    ​Digantung pengajian oleh IPT

NOTA!!!

Bagi pelajar yang digantung pengajiannya, pengeluaran pinjaman hanya akan dibuat setelah pelajar sah mendaftar semula pengajian oleh IPT.

d) Tawaran Pinjaman Pendidikan

– Tawaran Pinjaman Pendidikan Kali pertama:-

  • Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PTPTN
  • ​Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
  • ​Status permohonan Klik disini:- https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

PERINGATAN!!!

Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh keluar tawaran

NOTA TAMBAHAN!!!

Peminjam yang ingin MENOLAK tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.


– Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:-

  • Tamat pengajian bagi pinjaman sebelum ini
  • ​Telah MENYELESAIKAN BAKI pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
  • ​KELULUSAN hanya akan diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

Sekiranya, pinjaman pelajaran ini telah diluluskan maka sebagai pelajar kita perlu bijak dalam menggunakan wang tersebut. Kita perlu beringat, wang ini diberikan sebagai pinjaman SAHAJA bagi memudahkan para pelajar menyambung pelajaran. Justeru itu, kita sentiasa bijak dalam menggunakan wang tersebut. 

Tiada alasan lagi bagi mereka yang tergolong dalam kalangan golongan B40 untuk sukar melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Buat pengetahuan umum juga, pinjaman PTPTN ini boleh bertukar menjadi biasiswa atau boleh mendapat subsidi (kurang bayaran balik) membayar pinjaman daripada nilai pinjaman sekiranya pelajar mendapat CGPA kelas pertama termaktub mengikut terma dan syarat.

Dalam erti kata lain, semakin cemerlang pelajar tersebut semakin cerah untuk mendapatkan tajaan dalam pembelajaran.

Walaubagaimana sekali pun, setiap pelajar perlu sentiasa beringat akan setiap apa yang kita perolehi adalah di atas keredhaan Allah. Justeru itu, sebagai seorang yang bergelar manusia WAJIB membuat pembayaran semula pinjaman sekiranya pinjaman ini BUKAN bertukar menjadi biasiswa.

Rujukkan:-
1) https://www.ptptn.gov.my/tawaran-pinjaman-pendidikan-side
2) https://www.ptptn.gov.my/panduan-permohonan-pinjaman-side

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )