Tetapi zaman sekarang ni tidak perlu bersusah payah. Internet sudah meluas, anda hanya perlu layari laman web MARA.gov.
Untuk permohonan ke tingkatan 1, pihak MARA telah menawarkan dua kursus iaitu biasa dan agama (Ulul Albab). Sekiranya ingin memohon, diingatkan supaya membaca syarat-syarat kemasukan dan juga yang penting syarat wajib.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web mara untuk permohonan dan terma-termanya.
Syarat Kemasukan Tingkatan Satu(1) MRSM Semenanjung.
Syarat Kemasukan Tingkatan Satu(1) MRSM Sabah & Sarawak.
Syarat Kemasukan Tingkatan Empat(4) MRSM Semenanjung.
Syarat Kemasukan Tingkatan Empat(4) MRSM Sabah & Sarawak.
Sesiapa yang berminat boleh sahaja memohon. Tetapi perlu menunggu sehingga permohonan dibuka.
Pendapat saya:
Walaubagaimanapun, semua ibu bapa harus ingat bahawa walau di mana jua pun anak kita belajar hasilnya, 99% terletak pada usaha anak dan ibubapa dalam mendoakan kejayaan mereka. Ingin saya berkongsi sdikit pengalaman sebagai pngajaran kepada ibu bapa. Janganlah memaksa anak anak belajar dengan terlalu keras. Mereka ini masih muda dan berilah peluang mereka belajar bersosial asalkan tidak sehingga melupakan agama dan adat ketimuran. Pernah seorang rakan saya mencederakan diri sendiri kerana tekanan belajar sedangkan masih muda dan hanya bersekolah di MRSM. Bagi saya dia tertekan bukanlah kerana belajar di MRSM , tetapi mungkin kerana harapan terlalu tinggin diletak keatasnya. Oleh itu semoga ibu bapa lebih peka dan mengambil berat perihal anak-anak sama ada anak itu masih muda ataupun sudah dewasa.
Sekian.
Disediakan oleh: niaron