Dalam pembelajaran ini ada pelbagai cara mendapat keputusan yang cemerlang. Untuk kali ini ingin saya berkongsi beberapa cara untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.
Kita sendiri tahu yang peperiksaan itu merupakan perkara yang amat penting dalam hidup kita. Jika kita gagal dalam peperiksaan ia akan dapat mengubah hidup seseorang itu antara baik atau buruk.Tetapi jika seseorang itu mempunyai usaha yang kuat ia juga dapat memperbetulkan kehidupan seseorang pelajar.
Oleh yang demikian,semua pelajar perlulah berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang, untuk masa depan yang cerah. Kali ni saya ada 7 Cara untuk mencapai keputusan yang cemerlang yang perlu diamalkan oleh semua pelajar yang melanjutkan pelajaran kesemua institusi pendidikan.
7 Cara Mendapat Keputusan Yang Cemerlang
1Rajin Bertanya
Kita sebagai pelajar perlulah mempunyai sifat rajin, terutamanya bertanya. Oleh itu bertanya dapat membantu seseorang pelajar itu memcapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran,kerana dengan rajin bertanya,kita tidak akan mengalami masalah bila subjek yang diajar oleh cikgu tersebut difaham oleh pelajar hasil daripada pertanyaan yang dilakukan oleh pelajar
2Rajin Membaca
Semua pelajar perlulah rajin membaca, kerana membaca dapat membantu pelajar dalam menguasai semua subjek yanh diambil oleh pelajar. Membaca juga merupakan jambatan ilmu.
3Membuat Rujukan
Rujukan merupakan sumber utama bagi semua pelajar dalam menuntut ilmu, tanpa rujukan seseorang pelajar tidak akan dapat merialisasikan pembelajaran mereka. Rujukan juga dapat membantu pelajar dalam mencapai keputusan yang cemerlang, kerana dalam rujukan hanya isi yang penting sahaja yang boleh memberikan markah dalam menjawab kertas peperiksaan kelak.
4Membaca Sebelum Pergi Kesekolah
Sebelum pergi kesekolah, bacalah sejauh mana yang dimampu agar pelajar tidak lupa dan dapat membatu pelajar jika ditanya oleh guru ketika berada didalam kelas .Tidak kira banyak atau kurang yang penting membaca sebelum pergi kesekolah,
5Banyakkan Membuat Latihan
Selain itu,dengan memperbanyakkan latihan ia juga dapat membantu seseorang pelajar dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Latihan yang banyak mampu membantu seseorang itu untuk mencapai impian yang mereka kecapi. Oleh itu,dengan latihan yang banyak dapat memberikan banyak manfaat dan kesan yang baik kepada semua pelajar .
6Kuasai semua Topik Pembelajaran.
Sebelum melakukan pembelajaran dengan lebih serius lagi, pelajar perlulah menguasai semua topik dalam semua subjek yang diajar oleh cikgu. Kerana dengan penguasaan semua topik ia akan membantu pelajar dalam mencapai keputusan yang cemerlang yang di impikan oleh semua pelajar .
7Jangan Putus Asa Dalam Mencari Ilmu
Dalam apa perkara sekalipun sifat ini perlu ada kepada semua orang ,iaitu jangan mudah putus asa. Jika sifat ini kita simpan dalam hati ,inshaallah pelajar akan memperolehi kesan yang baik dan mampu memberikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Kerana sifat ini merupakan sifat yang sangat-sangat dititik berat oleh semua orang.
Pesanan daripada saya, jangan mudah perputus asa dalam mencari cara untuk memperolehi keputusan yang cemerlang demi masa depan yang cerah pada masa akan datang.