Cara Mengingat Pelajaran Agar Tidak Lupa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara Mengingat Pelajaran, semenjak dari tadika lagi, kita sudah diminta untuk menghafal angka dan huruf. Sehingga ke hari ini terdapat banyak matapelajaran yang memerlukan kita untuk menghafal seperti matapelajaran perdagangan sejarah dan tasawwur,cberikut merupakan beberapa tips untuk menghafal dengan cepat dan tidak lupa.

Cara Mengingat Pelajaran
Cara Mengingat Pelajaran

5 Cara Mengingat Pelajaran

1Tulis Semula Apa Yang di Hafal

Cara menghafal dengan cepat dan tidak lupa ialah dengan menulis semula apa yang ingin dihafal. Tulis sahaja apa yang sudah dihafal sedikit demi sedikit sehinggah semua telah di hafal. Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk mengingat dan tidak lupa .

2Berkongsi Kepada Seseorang /diri Sendiri

Apabila hendak mengahafal dengan cepat dan tidak lupa, anda perlu mengajar apa yang telah anda hafal kepada seseorang atau kepada diri sendiri. Contohnya, mengajar beberapa isi penting dan fakta. Kebiasaanya pelajar kita akan bertanya soalan yang kemungkinan sukar dan secara aoutomatik memaksa kita untuk mengulangkaji sekaligus meningkatkan ilmu sedia ada.

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

3Merakam Mengunakan Aplikasi Yang Terdapat Dalam Telefon

Semua orang mempunyai telefon bimbit, manfaatkannya untuk mengingat.  Sebagai contoh di setiap telefon terdapat aplikasi rakaman, anda boleh merakam semua yang hendak dihafal kemudian dengar semula rakaman tersebut dengan kerap. Cara ini sangat berkesan bagi mereka Yang mudah menghafal dengan cara mendengar

4Bangun Subuh Untuk Mengingat

Tidak dapat di sangkal lagi, belajar waktu subuh adalah cara yang paling berkesan untuk pelajar, waktu subuh juga adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal ini kerana keadaan yang tenang dan sunyi hingga boleh meningkatkan lagi daya fokus seseorang.

Info Tambahan :  TikTok Affiliate: Cara Daftar Dengan 0 Followers

5Membuat Nota Kecil

Cara paling mudah untuk menghafal dan tidak lupa ialah dengan membuat nota kecil seperti sticky note untuk menghafal. Contohnya menulis fakta penting di sticky note kemudian tampalkan di mana-mana tempat yang mudah untuk di lihat seperti di meja belajar, pintu dan di buku nota itu sendiri. Dengan cara ini, kita akan sering melihat nota tersebut dan memudahkan kita untuk menghafal.

Apa sahaja yang dilakukan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh pastinya tidak akan membuahkan sebarang hasil yang baik

Kesimpulan, mempunyai daya ingatan yang kuat dapat membantu mereka untuk lulus dalam ujian mahupun peperiksaan. Namun demikian, apa sahaja strategi yang diguna haruslah mempunyai keinginan dan kerajinan yang tinggi. Apa sahaja yang dilakukan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh pastinya tidak akan membuahkan sebarang hasil yang baik.

One thought on “Cara Mengingat Pelajaran Agar Tidak Lupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *