Cara Mengira KWSP

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa itu KWSP, Bagaimana Cara Mengira KWSP?

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.

Terdapat tiga elemen utama dalam penentuan tanggungan mencarum kepada KWSP.

  • Majikan
  • Pekerja, Kontrak Perkhidmatan atau Perantisan
  • Upah

Anda perlu berdaftar dengan KWSP jika memenuhi maksud kesemua elemen ini.

Pencarum akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%. Maksudnya, dari jumlah keseluruhan (akaun 1 dan akaun 2), kalau kita baru kerja bersama kerajaan 3 tahun,
kita hanya dapat 45% sahaja dari nilai. Kalau sebelum masuk kerajaan itu anda sudah berkerja di swasta dan sudah membuat potong kwsp duit KWSP itu 100% kepunyaan anda.

Bagi yang musykil pasal pembahagian duit KWSP dalam akaun 1 dan akaun 2 tu sebab, dalam akaun 1 lagi banyak dari akaun 2, orang KWSP kata pembahagiannye begini:

Akaun 1: 70% daripada jumlah keseluruhan terkumpul
Akaun 2 : 30 % daripada jumlah keseluruhan terkumpul
p/s: ini pun kalo anda mmg 100% duit KWSP itu hasil kerja dengan kerajaan.

Pernahkah anda melihat penyatan KWSP anda? Kenapa akaun 1 dan 2 amat berbeza jumlahnya?

Bagaimana mahu kira?

Bukan gaji anda sahaja yang disumbangkan kepada KWSP.

Cuba tengok betul-betul slip gaji anda dan anda mungkin akan perasan bahagian “Employer’s EPF” (rujuk kepada contoh slip gaji di bawah). Ini kerana kebanyakan syarikat adalah diwajibkan oleh undang-undang untuk menyumbang kepada akaun KWSP anda, jadi makin bertambahlah duit pencen anda.

Kadar bagi majikan adalah dihadkan kepada tambahan 13% daripada gaji kasar anda (jika anda mendapat gaji di bawah RM5000) atau 12% (jika anda mendapat gaji lebih RM5000). Jadi jika anda rasa duit anda banyak dipotong kerana KWSP, sebenarnya anda menyimpan sebanyak 11% (atau 8%), malah dapat tambahan sebanyak 13% (atau 12%)

Majikan akan menyumbang sebanyak 13% daripada gaji kasar anda ke dalam KWSP. manakala anda hanya tolak 11% daripada gaji kasar anda ke dalam KWSP. Daripada jumlah tersebut 70% akan dimasukan ke dalam akaun 1 manakala 30% ke akaun 2. sebab itu jumlah sangat tidak seimbang. oleh itu berapa yang anda akan perolehi selepas memilih skip pencen?

Anda ada  rm28000
70% ke akaun 1
30% ke akaun 2

70/28000×100 = rm 19600

30/28000×100 = rm 8400

Begini caranya, anda bukan hanya memperolehi sumbangan dari akaun 2 sahaja, sebaliknya gabungan kedua-dua akaun. Caranya adalah anda hanya akan mendapat 45% sahaja dari jumlah keseluruhan dalam akaun KWSP tersebut. Bakinya 55% akan dikembalikan kepada kerajaan. ini akan digunakan untuk bayar pencen bulanan anda pula kemudianya.

rm 28000 x 45% = rm12600 (jumlah yang diperolehi)

Anda boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan wang daripada akaun KWSP anda.

Selagi anda pencen pada umur 55 tahun, anda boleh melakukannya dengan mudah. Walau bagaimanapun, ia bukannya satu-satunya cara untuk mengeluarkan simpanan anda. Anda tahu tak ada 17 jenis pengeluaran yang anda boleh pilih? Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang tersebut untuk pelbagai kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan ataupun untuk menunaikan haji, walaupun ada sesetengah orang memilih untuk tidak menggunakan cara ini.

Menurut pengarah eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, “Perlu diingatkan yang simpanan KWSP adalah bertujuan untuk kegunaan pencen, bukannya pelaburan. Prinsip menyimpan wang dalam KWSP adalah untuk memastikan ada wang yang cukup bila ahli-ahli bersara, dan mereka perlu melihat kepada jalan lain buat pendidikan atau perumahan, seperti Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi.”

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x