Cara Menyemak No Pinjaman PTPTN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Menyemak no pinjaman PTPTn

Ramai yang masih tidak ketahui cara menyemak no pinjaman PTPTN walaupun sudah bertahun anda meminjam dengan pihak PTPTN. Justeru itu, masih belum terlambat untuk anda mengambil tahu cara menyemak no pinjaman PTPTN bagi memudahkan urusan anda pada masa akan datang. PTPTN bukan satu beban kepada bekas graduan TETAPI ianya lebih kepada tanggunjawab yang perlu digalas bagi memastika generasi muda akan datang juga mampu menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Hutang itu WAJIB dilangsaikan bagi mengelakkan diri daripada susah untuk meninggalkan dunia pada masa akan datang kerana sesungguhnya hutang itu WAJIB untuk diselesaikan”

Cara Menyemak No Pinjaman PTPTN

Pelbagai faktor mengapa ramai yang mahu ketahui no pinjaman PTPTN, salah satu faktornya adalah:-

Info Tambahan :  AI Generator: 5 Langkah Tutorial Buat Gambar Professional Kerja

1) Bagi memudahkan urusan perlaksanaan penangguhan khas pembayaran pinjaman PTPTN

Penangguhan khas pembayaran pinjaman hanya bagi mereka yang betul-betul terkesan akan masalah pandemik COVID -19 ini. Hal ini disebabkan pihak kerajaan dengan kerjasama pihak PTPTN menyediakan penangguhan khas pembayaran pinjaman agar rakyat dapat meneruskan kehidupan pada masa yang getir ini.

“Rakyat adalah tunggak kejayaan sesebuah negara”

2) Menjimatkan masa dan menyingkatkan urusan para peminjam sekiranya mahu melakukan pembayaran hutang secara atas talian

3) Memudahkan pemohon memohon pertukaran pinjaman konvensional kepada ujrah

“Ujrah bermaksud komisen atau yuran yang dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan”

TAHUKAH ANDA!!!

Sistem Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (KECUALI penerima WPP bukan peminjam)

WPP adalah wang pinjaman pendahuluan berjumlah RM1,500 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan politeknik. Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut bagi mendapatkan WPP ini.

Menyemak no pinjaman PTPTN

Antara kriterianya adalah:-

  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP
  • Pelajar adalah warganegara Malaysia
  • Ibu bapa/ penjaga/ pelajar adalah penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian diploma atau ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA dan politeknik SAHAJA
  • Pelajar TIDAK mempunyai hutang WPP

“Sistem ujrah PTPTN ini patuh syariah. Ianya diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam”

INFO!!!

Ujrah diperlukan bagi menampung kos upah pengurusan dan petadbiran setiap akaun peminja. Justeru itu, ujra 1% ini TIDAK wajar dimasuhkan kerana ianya adalah amat minimum dan BUKAN atas dasar mengambil keuntungan.

Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

4) Pengesahan baki pinjaman atau surat penyelesaian hutang

5) Memudahkan urusan pengemaskini maklumat peminjamn

Justeru itu, no pinjaman amat penting untuk peminjam ketahui. Cara menyemak no pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:

 

a) Hubungi Careline PTPTN

Hubungi Careline di talian 03-2193 3000. Nombor Careline ini tersedia di portal rasmi PTPTN bagi memudahkan peminjam mendapatkan segala maklumat berkenaan dengan PTPTN ini.

Maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan no pinjaman adalah:

  • No Kad Pengenalan Peminjam
  • Univeristi yang anda belajar (BUKAN semua akan bertanya akan soalan ini)
  • Tahun tamat pengajian

“Dinasihati, mereka yang meminta no pinjaman adalah si peminjam itu sendiri bagi mengelakkan kesalahan penggunaan maklumat diri”

Setelah mereka memperolehi maklumat yang dikehendakinya maka segala urusan untuk mendapatan no pinjaman adalah lebih mudah.

“Mudah untuk mendapatkan no pinjaman sekiranya anda mempunyai niat untuk mendapatkan no pinjaman bagi ketahui baki hutang yang tinggal TETAPI ianya akan menjadi sukar sekiranya anda tiada niat untuk membuat pembayaran hutang tersebut”

2) Layari laman web Rasmi PTPTN

Laman web Rasmi PTPTN 

Setelah anda memasuki laman web ini, anda WAJIB memasukkan no kad pengenalan dan password bagi peminjam yang sudah biasa menggunakan laman web ini.
Bagi mereka yang pertama kalinya memasuki laman web ini, mereka perlu memasukkan:

a) No kad pengenalan dan
b) Tekan butang lupa kata laluan
c) Kemudian, terpaparlah abdjek yang perlu anda isikan (ISIKAN dan tekan butang terus)
d) Anda akan mendapat email daripada pihak PTPTN untuk menukar kata laluan TETAPI sebelum itu anda perlu menggunakan kata laluan yang diberikan untuk membuka dahulu laman web bagi membuat kata laluan yang baru.

Hutang perlu dilangsaikan kerana hutang pinjaman pelajaran yang tidak dibayar akan menyusahkan generasi akan datang untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ianya juga akan menyebabkan peningkatan berbezaan taraf hidup dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kesukaran menyambung pelajaran yang mampu meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.

“Pelajaran itu penting bagi mereka yang mahu merealisasikan kehidupan yang sempurna pada masa hadapan”

Semudah ABC bagi mendapatkan no pinjaman bagi kegunaan pada masa hadapan. Jangan pernah berasa susah untuk melakukan sesuatu kerana kesukaranya yang dirasai itu mampu menghapudkan rasa keingin untuk melangsaikan hutang pembelajaran itu.

Rujukan:- 

1) https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-ujrah-pengiraan-ujrah

2) https://www.ptptn.gov.my/penawaran-pertukaran-ujrah-side

2 thoughts on “Cara Menyemak No Pinjaman PTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *