Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara menyemak penyata gaji pencen
Cara menyemak penyata gaji pencen penjawat awam sebenarnya mudah sahaja tetapi masih ramai tidak ketahui caranya lagi.  Bila sebut sahaja pencen pasti ramai sudah ketahui bahawa seseorang itu sudah tamat perkhidmatan dengan pihak kerajaan. Justeru itu, akan bermulalah kisah hidup mereka sebagai seorang pemegang pencen kerajaan. Disini kami akan menyediakan cara bagi menyemak penyata pencen secara atas talian.

Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah salah satu portal yang diwujudkan khas untuk semua penjawat awam, pesara kerajaan dan orang awam. Terdapat pelbagai informasi yang boleh kita ketahui menerusi portal rasmi ini. Salah satu informasi yang digunakan di dalam portal ini adalah anda boleh membuat Semakan Penyata Pencen secara atas talian yang masih ramai tidak ketahui.

Tahukah anda?

Mulai 1 November 2015, kerajaan telah melantik Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] sebagai ejen bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Cara menyemak penyata gaji pencen

Tugasan yang dilaksanakan oleh pihak KWAP adalah merangkumi

  • Pengurusan dokumentasi fail persaraan,
  • ​Pengiraan faedah persaraan,
  • Bayaran faedah persaraan
  • ​Khidmat pelanggan.

Tetapi, bagi hal yang berkaitan dengan dasar persaraan serta kelulusan faedah persaraan masih kekal diuruskan oleh pihak Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA.

Panduan dan cara menyemak Penyata gaji Pencen Penjawat Awam secara atas talian

Berikut ialah panduan cara menyemak penyata gaji pencen penjawat awam, Aplikasi atas talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan atau pesara boleh menggunakan aplikasi menerusi laman sesawang KWAP.

Antara kegunaan aplikasi atas talian ini adalah:-

  • Semakan Status Permohonan Persaraan
  • Cetakan Surat Persaraan Pilihan
  • Semakan Pemberian Taraf Berpencen
  • Semakan Kelulusan Faedah Persaraan
  • Semakan Penyata Pencen (ketahui cara menyemak penyata gaji pencen)
  • Pemakluman Bayaran Ganjaran
  • Bantuan Mengurus Jenazah
  • Semak Pindaan Potongan
  • Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil
  • Sistem Maklum Balas
  • Surat Akuan Pesara
  • Kelulusan Pelantikan Wakil Diri
  • Status Permohonan Tuntutan Perubatan
  • Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

Aplikasi yang boleh digunakan bagi ketahui cara menyemak penyata gaji pencen adalah:- 

1) MyPortal

Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam 1

a) Layari portal rasmi dilaman web http://www.jpapencen.gov.my

Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam 2


b) Pada sebelah kiri halaman maklumat bagi pesara terdapat “Cetak Penyata Pencen” anda hanya perlu KLIK pada halaman tersebut.

c) Anda akan masuk ke halaman ini, isikan No kad pengenalan tanpa (-) dan no akaun pencen anda.
Akhir sekali KLIK hantar bagi mendapatkan maklumat penyata pencen anda.

“Penting anda perlu klik tahun untuk mengetahui penyata pencen pada tahun bila yang anda mahukan?”

Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam 3

 

Info Tambahan :  5 Alat dan Perisian untuk Kerja dari Rumah

Mudah bukan cara menyemak penyata gaji pencen menggunakan aplikasi myportal. Ianya lebih mudah berbanding anda pergi ke cawangan atau pejabat JPA bahagian pencen. 

Faedah penggunaan MyPortal adalah:-
  1. Meningkatkan kefahaman pemegang pencen terhadap Skim Pencen Sektor Awam di Malaysia
  2. Memudahkan dan meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
    kepada para pelanggan
  3. Rujukan bagi bakal pesara, pesara, waris atau pegawai di Jabatan Mengurus dan orang ramai
  4. Memudahkan bakal pesara dan pesara memuat turun borang-borang berkaitan persaraan.

2) MyPesara

Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam 4


MyPesara merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan. Ianya memudahkan lagi mereka bagi mengetahui secara detil penyata pencen menerusi aplikasi dunia dihujung jari.

Cara untuk memuat turun aplikasi MyPesara ini adalah:-

  1. Lancarkan (Android) / (iOS) di telefon pintar
  2. Buat carian aplikasi MyPesara di “Playstore” atau “Applestore”
  3. Klik Install / Muat Turun.
  4. Tunggu sehingga selesai muat turun.
  5. Klik ikon untuk melancarkan aplikasi.

https://youtu.be/SdMPI9rFwMo

“Akses kepada aplikasi MyPesara memerlukan penggunaan data mudah alih SAHAJA”

Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam 5

a) Pesara perlu mengisi maklumat diri untuk log masuk. Dalam erti kata yang mudah, pesara perlu isi maklumat dibawah bagi mendapatkan maklumat penyata pencen anda.

“Hanya perlu log masuk sekali sahaja selepas itu pesara boleh mendapatkan semua maklumat berkenaan dengan pencen secara mudah menerusi aplikasi ini”

Apakah kemudahan yang ada pada aplikasi MyPesara?

• Menyemak maklumat persaraan (maklumat diri)
• Informasi berkaitan FAEDAH PERSARAAN, TIPS PENGURUSAN KEWANGAN dan KESIHATAN.
• Tetapkan temujanji dan hubungi kami melalui aplikasi ini.

Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam 6

“Lebih mudah pada musim pandemik COVID -19 ini kerana membuat temujanji dahulu sebelum pergi ke pejabat atas urusan persaraan atau lain. Jadi, tidak perlu berkesan-sesak di pejabat”

• Pengumuman terkini mengenai aktiviti bagi pesara.
• Kalendar tarikh pembayaran pencen terkini

Rujukan:-
1)  http://www.jpapencen.gov.my.

One thought on “Cara Menyemak Penyata Gaji Pencen Penjawat Awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *