Cara Mohon dan Syarat Permohonan ke Universiti Islam Madinah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mendalami ilmu agama terutama di Madinah dan tanah arab merupakan pilihan yang baik, untuk memohon belajar di Madinah semestinya perlu melalui cara dan proses yang betul supaya permohonan melanjutkan pelajaran ke Madinah berjaya. Kebiasannya belajar di Madinah akan lebih kepada soal agama, ia adalah pilihan yang bijak bagi memberikan lebih lagi ilmu agama islam dan berbakti kepada yang memerlukan panduan.

Maklumat yang ingin dikongsi ini adalah berkaitan info dan syarat permohonan untuk belajar di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. Terima kasih diucapkan kepada 2 orang pelajar Universiti bekenaan iaitu Mohd Danial Bin Mohd Saodi dan Wan Muhd Usaid Bin Wan Subki kerana telah menyediakan maklumat kemasukan dalam bentuk pdf yag boleh dimuat turun. Maklumat yang disediakan juga telah disahkan kesahihannya oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA).

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Kuliah di Universiti Islam Madinah Al-Munawarah :

  1. Kuliah Al-quran
  2. Kuliah Hadis
  3. Kuliah Syariah
  4. Kuliah Dakwah & Usuluddin
  5. Kuliah Bahasa Arab

Bagi yang berminat dan mempunyai cita-cita melanjutkan pelajaran seperti yang dinyatakan diatas bolehlah muat turun melalui link yang diyatakan dibawah untuk maklumat lengkap permohonan dan cara memohon belajar di Universiti Islam Madinah Al-Munawarah.

[like_to_read]Klik Sini, Muat turun Bahan dan Info Permohonan [/like_to_read] 

Diharapkan ia mampu memberikan sedikit ilmu dan membantu dalam proses permohonan bagi yang berminat.

14 thoughts on “Cara Mohon dan Syarat Permohonan ke Universiti Islam Madinah

  1. Assalamualaikum wbt,ustaz bagaimana ingin membuat pemohonan ke university ini??apakah bidang yg ada dlm university ini???apa subjek penting yg harus saya target A untuk lanjutkan pengajian saya di sini…

  2. Pembelajaran di u madinah adakah harus di bayar sendiri oleh ibu bapa atau blh dapatkan bantuan kewangan? Surat recommend tu dari lepasan u madinah juga atau blh saja dari u Al Azhar atau mana2 negeri dari Mesir?

  3. assalamualaikum, saya nak tanya perempuan boleh ke apply untuk universiti Madinah ni ke hanya untuk lelaki sahaja ? satu lagi biasiswa disediakan ke tanggungan sendiri ? mohon pencerahan . syukran jazilan 🙂

  4. saya merupakan pelajar lepasan STAM:

    1)Bolehkah saya menyambung pelajaran saya di Madinah
    2)Boleh emailkan saya borong berbentuk pdf tersebut kpd [email protected]

    *Jasa dan maklum balas Tuan dan Puan amatlah dihargai

    Sekian Terima Kasih

    1. salam….saya lepasan STAM nak mohon ke u madinah tpi x tau apa laman webnya jadi sy mohon supaya sy diberikan laman tersebut…secepat mungkin..tq

Leave a Reply to Mahfuzah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *