Cara Mohon Matrikulasi Calon SPM 2018 / 2019

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 telah dibuka, ambil peluang ini dan pastikan anda tahu cara mohon matrikulasi dengan betul dan melalui saluran sebenar. Untuk pengetahuan, matrikulasi merupakan salah satu pilihan popular pelajar lepasan SPM selain dari memeilih ke diploma, tingkatan 6 dan asasi di universiti.

Cara mohon Matrikulasi
Cara mohon Matrikulasi

Matrikulasi menjadi pilihan kerana mempunyai kelebihan tersendiri termasuk lebih mudah mendapat tempat ke pengajian lebih tinggi. Ramai beranggapan belajar di matrikulasi merupakan persediaan terus dan mudah layak ke peringkat ijazah. Namun demikian, tidak ada jaminan untuk terus ke ijazah selepas tamat di matrikulasi.

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Walaubagaimanapun demikian, kebanyakan lepasan matrikulasi tahun sebelumnya memang mudah untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun ada kalanya tidak berjaya mendapat tawaran pengajian yang diminati akaibat keputusan akhir yang rendah.

Cara Mohon Matrikulasi sesi 2019/2020

Cara Mohon Matrikulasi Calon SPM 2018 / 2019 1

  1. Jika anda pemohon kali pertama, anda perlu membeli No pengenalan individu di Bank Simpanan Nasional berdekatan anda dengan harga RM 10.00 ( rujuk gambar resit diatas )
  2. Jika anda telah membeli no PIN, anda boleh terus ke https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/login.cfm dan memasukkan no kad pengenalan atau no lembaga peperiksaan masing-masing beserta no pengenalan individu PIN.
  3. Setelah anda klik seterusnya anda akan mula boleh memohon dengan memberi maklumat alamat dan maklumat penting lain termasuk program dan jurusan yang ingin dimohon.
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Tarikh penting permohonan matrikulasi

Setiap permohonan pasti mempunyai tarikh penting yang perlu anda maklum. Untuk makluman tarikh permohonan dibuka dan ditutup adalah :

  • Permohonan dibuka – 19 Julai 2018 jam 12 tgh
  • Permohonan ditutup – 30 November 2018 jam 11.59 malam.

Maklumat lain permohonan

Maklumat seterusnya ialah maklumat penting lain yang perlu anda maklum untuk membuat permohonan.

 

Program yang ditawarkan

  • Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
  • Program Matrikulasi Sistem emapat semester

Jurusan yang ditawarkan

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Cara Mohon Matrikulasi Calon SPM 2018 / 2019 2

Diharapkan makluman ini dapat memberi peringatan supaya pemohon yang berminat segera membuat tindakan untuk memastikan segala yang dirancang berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *