Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Putra MARA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
MARA
MARA

Satu maklumat yang baik untuk dikupas, peluang yang baik bagi pelajar yang minat menceburi bidang usahawan. Satu permohonan pembiayaan Perniagaan Putra yang dikelolakan MARA sebenarnya salah satu kemudahan kepada lepasan pelajarnya untuk memulakan perniagaan yang mengalami masalah kewangan.

Mengikut maklumat yang diberikan, pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman konsep Qardhul Hasan. Di bawah kaedah ini, pelanggan tidak dikenakan sebarang kadar keuntungan untuk pembiayaan yang diberikan.

Kelayakan memohon pembiayaan perniagaan PUTRA

  • Bagi pelajar IPMa (GIATMARA, IKM/KKTM, KPTM, KPM, UniKL), permohonan boleh dihantar kepada pihak institusi pengajian masing-masing.
  • Bagi lepasan IPMa, permohonan boleh dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) di mana perniagaan itu dijalankan.

Pengenalan dan maklumat Permohonan

Nama Program

Program ini dinamakan sebagai Program PUTRA. Perkataan PUTRA menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah ‘pengganti pemimpin’. Dalam konteks ini, PUTRA adalah merujuk kepada usahawan generasi baru.

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Tujuan Program

Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda terutama pelajar IPMa atau lepasan IPMa yang mahu memulakan perniagaan buat kali pertama.

Bidang Perniagaan/Perusahaan

Semua bidang perniagaan (termasuk perniagaan online),kecuali pertanian dan penternakan.

Fokus

  • Pelajar / lepasan IPMa yang telah menamatkan pengajian di IPMa (<12 bulan).
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan berkenaan.
  • Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika berkaitan.

Skop Kemudahan

  • Pembelian aset perniagaan
  • Modal Pusingan

Permohonan

  • Bagi pelajar IPMa (GIATMARA, IKM/KKTM, KPTM, KPM, UniKL), permohonan boleh dihantar kepada pihak institusi pengajian masing-masing.
  • Bagi lepasan IPMa, permohonan boleh dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) di mana perniagaan itu dijalankan.
  • Muat Turun Borang Permohonan ( Muat Turun )
Info Tambahan :  MYSTEP 2023: Guru Ganti Selangor, Kelantan, Perak &amp; Sarawak

Had Pembiayaan

Had maksimum pembiayaan adalah berjumlah RM10,000.00 tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan.

Konsep Pembiayaan

Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan. Di bawah kaedah ini, pelanggan tidak dikenakan sebarang kadar keuntungan untuk pembiayaan yang diberikan.

Bayaran Balik Pembiayaan

Tempoh bayaran balik maksimum ialah tiga (3) tahun / 36 bulan.

Tempoh Bernafas

Tempoh Maksimum – Tiga (3) bulan selepas penerimaan pembiayaan.

Cagaran dan Jaminan

Kemudahan ini tidak memerlukan sebarang cagaran atau jaminan. Walau bagaimanapun, pemohon perlu mengemukakan seorang penyokong (referee) di kalangan keluarga terdekat.

* Semua permohonan adalah tertakluk kepada kedudukan dana program yang diagihkan kepada setiap negeri.

Sumber : Laman Rasmi Mara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top