Cara Mohon PTPTN Untuk Ijazah / Degree

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Cara Mohon PTPTN
Cara Mohon PTPTN

Keputusan kemasukan UPU telah keluar baru-baru ini, pastinya anda perlu tahu bagaimana cara mohon PTPTN untuk ijazah atau dalam English Degree. Setelah mendapat tawaran melalui semakan UPU pastinya ada yang gembira dan ada juga yang keliru tentang proses pembiayaan terutama yang memilih untuk memohon PTPTN. Ada juga yang takut untuk mengesahkan penerimaan universiti kerana tawaran biasanya akan disusuli maklumat lanjut pengajian dan kos pengajian. Bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan pastinya bimbang untuk menerima tawaran kerana jumlah kos pendaftaran pengajian juga dipaparkan.

Tidak Perlu Bimbang

Sebenarnya pelajar tidak perlu bimbang dengan kos pengajian yang dipaparkan. Sekiranya pelajar mengurus untuk pendaftaran PTPTN, PTPTN akan memberikan wang pendahuluan dan membayar yuran pengajian ( sekiranya diluluskan ). Apa yang penting, pastikan pelajar segera mendaftar PTPTN sejurus selepas mendapat tawaran.

Cara Mohon PTPTN

Untuk lebih faham, kami cuba bantu anda dengan menyusun maklumat mengikut langkah-langkah :

  1. Pastikan anda teliti dulu syarat permohonan PTPTN di Laman Rasmi PTPTN
  2. Salah satu syarat mohon PTPTN adalah mesti membuka akaun SSPN-I, anda boleh mendaftar di mana-mana cawangan Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agrobank atau mana-mana cawangan PTPTN , Untuk pendaftaran SSPN-I kami cadangkan buat di maybank dan bank rakyat kerana anda boleh terus mendaftar PTPTN pada hari yang sama. Untuk bank lain anda perlu menunggu hari esoknya untuk mula mendaftar online PTPTN.
  3. Seterusnya anda perlu membeli no pin permohonan PTPTN di mana-mana kaunter cawangan BSN, ATM BSN yang berdekatan atau melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), no pin PTPTN berharga RM 5.00. Setelah pembelian, anda akan dapat no pin yang tercetak pada resit pembelian.
  4. Seterusnya, anda bolehlah memohon PTPTN melalui platform online yang disediakan ( Maklumat lanjut )
  5. Setelah memohon dan dimaklumkan status berjaya, anda perlu membuka akaun bank mengikut bank panel universiti yang ditetapkan PTPTN ( rujuk bank panel Universiti awam atau Universiti swasta )
Info Tambahan :  Pentingnya Kemahiran Soft Skills dalam Peningkatan Kerjaya Anda

Wang pendahuluan

Bagi yang tidak berkemampuan tidak perlu bimbang, pihak PTPTN kebiasaanya akan memberikan wang pendahuluan RM 1500 ( jumlah dan keputusan bayaran berubah mengikut tahun ). Wang pendahuluan tersebut bolehlah digunakan untuk perbelanjaan perjalanan terutama tiket penerbangan bagi yang jauh. Namun demikian, keputusan pemberian dan jumlah wang pendahuluan mungkin berubah , pastikan anda menghubungi PTPTN untuk mendapatkan pengesahan semasa.

Jumlah pinjaman yang diluluskan

Kebiasannya jumlah pinjaman adalah berbeza mengikut kelayakan pendapatan keluarga :

Peratus pinjaman Kelayakan
Pinjaman penuh 100%

 

Sekiranya anda atau penjaga anda disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

 

75% daripada pinjaman penuh 100%

 

Sekiranya pendapatan keluarga anda  tidak melebihi RM8,000  dan tiada dalam data BR1M.

 

50% daripada pinjaman penuh 100%

 

Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 dan tiada dalam data BR1M.

 

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu pengurusan pelajar untuk mendaftar universiti dan mendapatkan pinjaman PTPTN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *