Cara Mohon UPU, Kategori Permohonan dan Unik ID

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
IPTA
IPTA

Musim permohonan UPU bermula lagi, ramai yang bertanya cara mohon UPU dan masalah dengan Unik ID. Sebenarnya banyak maklumat yang kami bantu sebelum ini disamping menjawab berates soalan setiap hari. Oleh demikian, kami bantu sedikit sebanyak beberapa perkara atau info penting tentang cara mohon UPU.

Langkah 1 : Apa yang ada di permohonan UPU?

Sebelum mohon UPU, anda perlu tahu bahawa UPU adalah tempat dimana anda boleh memohon institusi-institusi seperti dibawah :

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) cth : UMK, UTM, UMS, UniMas, UMT
  • Politeknik Premier
  • Politeknik Konvensional
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Kemahiran Awam
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Jika anda berhasrat memilih salah satu diatas maka anda berada pada permohonan yang betul.

Langkah 2 : Apa kategori anda?

Sebelum anda memohon @ beli no Unik ID anda perlu tahu anda adalah dari kategori apa?

Kategori A

  • SPM
  • Sijil SKM
  • Sijil ILKA
  • Sijil Kolej Komuniti

Kategori B

  • STPM Setaraf
  • STAM
  • Asasi UITM
  • PASUM
  • Matrikulasi KPM
  • Diploma Setaraf
  • Lain-lain yang setaraf dengannya dan diluluskan senat IPTA

Langkah 3 : Beli no Unik ID BSN

Seterusnya anda perlu beli no Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional BSN Berdekatan anda ( Harga RM 15.60 ) . Anda boleh membeli melalui :

  1. Kaunter BSN
  2. Mesin ATM BSN
  3. Online BSN ( mybsn.gov.my )
  4. SMS BSN – 36898 Taip PIN < jarak > M-PIN < jarak > ORG < jarak > KP
Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Langkah 4 : Membuat permohonan

Bila anda dah mempunyai no Unik ID, anda bolehlah mula memohon di laman rasmi permohonan ( upu.moe.gov.my  ) dengan memasukkan no Unik ID yang dibeli tadi pada ruangan yang diminta ketika memohon nanti.

Maklumat penting :

  • Pembelian pukal adalah tidak dibenarkan
  • Pastikan kategori yang anda pilih adalah betul
  • No unik ID dijual bermula 19 januari 2015 hingga 6 April 2015

Semoga panduan ini dapat membantu anda membuat permohonan.

One thought on “Cara Mohon UPU, Kategori Permohonan dan Unik ID

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *