Bila mohon kerja, dan apabila resume bahasa inggeris diminta pasti ada yang mencari cara untuk muat turun atau membuat resume Bahasa Inggeris. Kalau dapat yang softcopy Microsoft word .doc lagilah seronok dan memudahkan kerja. Untuk maklumat kali ini, ingin kami kongsikan bagaimana cara yang mudah untuk membuat resume dalam bahasa inggeris.
Untuk membuat resume tersebut hanya perlu memuat turun aplikasi membuat resume bahasa inggeris secara percuma dari Career Igniter Resume Builder. Untuk membuat resume, setiap paparan akan perlu diisi maklumat penting peribadi, kelayakan dan perkara penting lain di kotak borang yang disediakan. Apabila siap mengisi borang yang disediakan, diakhir proses maklumat tersebut akan terus ditempatkan dalam format atau template resume dan ianya boleh disimpan save sebagai .doc yang mana ia boleh dibuka semula dalam Microsoft word dan diedit semula.
Cara membuat resume bahasa inggeris dengan cara ini lebih membantu kerana :
- Membantu dalam memberikan keselarasan maklumat perlu ada dalam resume anda.
- Meletakkan maklumat secara tersusun dan professional
- Memberikan softcopy dalam Microsoft word untuk diedit lain kali
- Memberikan hasil untuk resume yang boleh di cetak, diedit dan juga dihantar menerusi email.
Untuk menggunakan perisian ini, penggua perlu muat turun percuma Career Igniter Resume Builder . Selepas muat turun dan Install barulah perisian ini boleh digunakan di komputer masing-masing.
Sekiranya anda inginkan softcopy lengkap Resume BM di bankpks.com bolehlah hubungi/ sms saya di 0111-3228681 ( yuran keahlian 1 tahun hanya RM 5 ) Anda bebas mendownload resume, ebook dan banyak lagi )( Maklumat Lanjut )