Untuk info, terdapat cara mudah untuk anda memilih kursus pengajian lepasan SPM dan STPM untuk ke UITM. Sistem yang dibuat oleh pihak UitM ini sangat membantu kepada pelajar yang memilih kursus yang kebanyakannya mengalami masalah :
- Perlu rujuk satu persatu syarat kemasukan
- Kadangkala tidak faham tentang syarat kemasukan
- Kebimbangan pelajar tersalah pilih kursus berdasarkan kelayakan akademik
- Memerlukan masa yang banyak untuk memilih kursus
- Kekeliruan dan masalah pilihan
Pihak UITM telah menyediakan satu sistem automatik memaparkan kursus-kursus yang boleh dipohon berdasarkan kemampuan kelayakan SPM individu. Calon hanya perlu mengisi beberapa maklumat penting dan keputusan masing-masing yang disediakan dan sistem akan membuat pilihan dan carian mengikut syarat kelayakan yang dipenuhi dan akhirnya sistem akan memaparkan senarai kursus-kursus di UITM yang layak dimohon oleh individu tersebut.
Sistem ini banyak membantu calon dengan hanya 3 langkah dan menjimatkan masa. Terima kasih kepada pihak UITM dan individu yang telah member kemudahan kepada calon yang memilih. Melalui cara ini, masa dapat dijimatkan dan pilihan kursus adalah betepatan dengan kelayakan akademik pelajar.
Dengan kemudahan yang disediakan ini, mungkin pihak lain berkaitan juga perlu membuat perkara sama bagi membantu serta meningkatkan lagi keberkesanan proses pemohonan ke IPTA.
Bagaimana ke Sistem Semakan syarat UITM ini?
Bagi yang masih baru dan belum menggunakan sistem ini anda boleh terus ke Sistem Selangkah UITM di alamat www.selangkah.uitm.edu.my
Anda hanya perlu mengisi maklumat anda dan keputusan semasa anda dan sistem akan buat pilihan kursus-kursus yang anda layak secara automatik.
Apa yang menarik, senarai kursus yang anda layak tersebut disediakan dalam bentuk PDF yang mana anada boleh cetak dan memudahkan anda untuk lebih masa untuk membuat pilihan berdasarkan kursus yang anda layak. Walaubagaimanapun sistem ini adalah terhad untuk kursus pengajian di UITM sahaja, bagi kursus di IPTA lain anda perlu membuat semakan secara biasa melalui buku panduan ataupun sistem epanduan UPU.