Cara Pemohonan SPA, Tip Mengemaskini Permohonan SPA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara Pemohonan SPA, Tip Mengemaskini Permohonan SPA 1

Apa maksud SPA?

SPA adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kebiasaanya, permohonan SPA ini bertujuan untuk memohon jawatan penjawat awam mengikut kelayakkan masing-masing.

Cara mendaftar SPA?

1) Daftar dahulu nama melalui permohonan secara online. MYID baru bagi yang belum pernah mendaftar.
MYID : no kad pengenalan
Kata laluan : Buat sendiri
Setelah selesai mendaftar barulah boleh mengisi setiap satu ruang yang WAJIB di isi.

Cara Pemohonan SPA, Tip Mengemaskini Permohonan SPA 2

PERHATIAN!!

Setiap seorang hanya boleh mempunyai satu ID sahaja. Sekiranya, kita terlupa kata laluan kita hanya perlu menekan butang reset kata laluan. Kata laluan yang baru akan dihantar ke email yang diberikan.

2) Maklumat pemohon

Maklumat pemohon perlu di isi dengan betul supaya memudahkan penilai mengetahui latar belakang pemohon sekiranya pemohon lulus untuk di temuduga.

PERINGATAN!!!

Bahagian yang mempunyai tanda star (*) WAJIB di isi oleh permohon. Sekiranya pemohon tidak mengisi dengan lengkap pemohonan tidak akan dapat di simpan. Justeru itu, setiap yang bertanda (*) perlu di isi dahulu barulah butang simpan berfungsi. Kalau tidak, akan wujudlah tulisan merah menunjukkan ada yang belum lengkap.

3) Maklumat akademik

Terdapat pelbagai maklumat akademik yang perlu di isi, ada yang secara automatic sudah tersedia apabila kita memasukkan no kad pengenalan. Ada juga yang perlu di isi sendiri. Tetapi, jangan keliru sekiranya terlalu banyak yang perlu di isi di bahagian akedemik ini. Anda hanya perlu mengisi bahagian yang berkenaan dengan akedemik anda sahaja.

PERHATIAN!!!

Jangan mengisi di bahagian yang tiada kena mengena dengan akedemik anda. Sekiranya didapati anda menipu dalam mengisi borang SPA ini anda tidak layak untuk mendapat sebarang temuduga SPA ini. Setiap apa yang di isi perlulah mempunyai hitam putih. Bermaksud perlu ada sijil sekali di tangan pemohon.

4) Maklumat ko-korikulum

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Maklumat ini biasanya akan menjadi bahagian yang paling digemari pemohon yang aktif semasa belajar. Di bahagian ini kita boleh mengisi apa sahaja aktiviti yang di ikuti semasa zaman belajar di univeristi mahupun pada zaman sekolah. Di bahagian ini ianya dibahagikan kepada kumpulan yang berasingan. Justeru itu, kita boleh meletakkan pelbagai aktiviti di situ.

NASIHAT!!!

Letakkan jawatan atau aktiviti yang tertinggi dalam maklumat ko-korikulum ini. Selain itu, setiap aktiviti perlulah di susun cantik mengikut tahun penglibatan supaya terlihat pemohon orang yang professional dalam penyusunan data.

5) Maklumat tambahan

Maklumat tambahan ini boleh di isi sekiranya ada.

Antara maklumat tambahan yang disediakan:-​

© Bakat / kebolehan bahasa

Cara Pemohonan SPA, Tip Mengemaskini Permohonan SPA 3


​© Bekas tentera / polis
​© Penerima bantuan / kurang upaya
© ​Tiada maklumat tambahan

Antara sebab pihak SPA memohon pemohon yang merupakan bekas tentera / polis mengisi maklumat tambahan ini adalah disebabkan oleh mereka perlu memenuhi beberapa syarat sebelum meneruskan pemohonan mereka.

Cara Pemohonan SPA, Tip Mengemaskini Permohonan SPA 4

6) Jawatan yang dipohon

Jawatan yang dipohon haruslah mengikut kelayakkan akademik anda. Sekiranya, pemohonan tidak mengikut taraf akademik yang sesuai ditakuti pemohonan akan ditolak oleh SPA.

Jawatan yang di pohon terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
~ bahagian ijazah
~ bahagian diploma/STPM/ matrik
~ bahagian bakat.

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

7) Pengakuan pemohon

Semasa pengakuan pemohon inilah yang penting kerana sekiranya berlaku pembohongan atau mengelirukan ketika mengisi borang SPA ini, pemohon boleh di dakwa oleh SPA. Mereka boleh disabitkan hukuman penjara selama 2 tahun atau denda RM2000 atau kedua-duanya sekali dibawah seksyen 5 alta suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan 1957 (semakan 1989).

Bagaimana hendak mengemaskini permohonam SPA?

1) Mengemaskini data setahun sekali

Buat pengetahuan umum, pemohon perlu mengemaskini permohonan SPA setiap tahun. Hal ini disebabkan, pemohonan SPA mempunyai tarikh luput. Justeru itu, setiap pemohon perlu sentiasa mengemaskini data mereka setahun sekali.

Tetapi, kebiasaanya kita menyarankan supaya pemohon mengemaskini borang SPA setiap 6 bulan sekali. Hal ini, mampu membuatkan pemohon sentiasa alert akan syarat-syarat yang disediakan oleh pihak SPA.

2) Pastikan setiap data yang diberikan betul

Pemohon yang sudah mengemaskini data perlulah melihat semula setiap satu data yang diperbetulkan bagi mengelakkan daripada tersalah memberi data peribadi anda. Setiap kali mengemaskini data, gantikan permohonan anda kepada pemohonan yang baru mengikut kelayakkan pemohon. Maksimum jawatan yang boleh di pohon adalah sebanyak 15 jawatan. Justeru itu, letakkan pemohonan yang utama di tempat yang teratas dan di ikuti dengan pemohonan yang lain.

Secara konklusifnya, setiap pemohon perlulah bersabar sekiranya tidak berjaya atau TIADA PENGAMBILAN PADA MASA KINI. Rezeki semua sudah ditentukan, sekiranya sudah terletak rezeki anda bukan bersama SPA percayalah rezeki anda di tempat lain. Bangkitlah dan teruskan langkah anda untuk mencapai cita-cita anda.

3 thoughts on “Cara Pemohonan SPA, Tip Mengemaskini Permohonan SPA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top