Cara Pendaftaran Dan Keistimewaan OKU Berdaftar. Apabila sebut sahaja Orang Kurang Upaya (OKU) pasti kita akan terbayang mereka yang mempunyai pelbagai kekurangan. Tetapi tahukah anda cara pendaftaran dan keistimewaan OKU ini. Golongan Orang Kurang Upaya adalah seperti:-
- Kurang Upaya penglihatan
- Kurang Upaya pendengaran,
- Kurang Upaya Pertuturan
- Kurang Upaya Fizikal
- Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya)
- Kurang Upaya Mental
- Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.)
MAKLUMAT TERKINI!!
Mereka yang mempunyai masalah pembelajaran kini dikenali sebagai OKU pembelajaran.
Pecahan bagi OKU pembelajaran adalah:-
- Global Developmenl Delay (GDD),
- Sindrom Down
- Intelektual
- Autisme (Autism Spectrum Disorder),
- Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD);
- Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia
Orang kurang upaya ini bukan berlaku ketika baru lahirkan sahaja tetapi ada juga kes mereka menjadi kurang upaya setelah mengalami kemalangan atau disebabkan oleh penyakit.
Justeru itu, definasi orang kurang upaya mengikut akta undang-undang 2008 adalah “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
Cara Pendaftaran Dan Keistimewaan OKU Berdaftar
Sekiranya anda mempunyai anak atau ahli keluarga yang OKU, anda amat DISARANKAN untuk ketahui cara pendaftaran dan keistimewaan OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Hal ini disebabkan, pendaftaran OKU akan membolehkan mereka yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan. Mereka juga akan mendapatkan keperluan mengikut tahap ketidakupayaan yang dihadapi. Pada masa yang sama, mereka juga akan menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, NGO serta badan-badan kebajikan yang ada di Malaysia ini sekiranya mereka berdaftar sebagai pemegang kad OKU.
Cara Pendaftaran kad OKU
Setiap permohonan pasti mempunyai cara permohonan. Justeru itu, ketahui dahulu cara untuk memohon pendaftaran kad OKU ini.
Cara permohonan kad OKU adalah seperti berikut:-
A) Permohonan pertama kali
1) Syarat Pendaftaran
Warganegara yang tinggal di Malaysia
Pengesahan kekurangan upaya oleh pakar perubatan/ psikiatri kerajaan atau swasta.
2) Cara Memohon
- Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah yang berhampiran.
- Dokumen yang diperlukan ketika melakukan pendaftaran kad OKU adalah:-
√ Borang Permohonan pendaftaran yang telah lengkap
√ Salinan Mykad/ sijil kelahiran/ Mykid
√ Satu keping gambar bersaiz passport
3) Semak permohonan
Semak permohonan boleh dilakukan secara atas talian di lama web rasmi JKM
B) Pendaftaran Semula
Pendaftaran semula merupakan pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Bagi permohonan semula ini anda perlu melengkapkan borang BPPOKU pindaan 2019.
“Syarat permohonan sama seperti permohonan buat kali pertama”
C. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU
Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta.
“Ianya bertujuan bagi pengesahan perubahan kategori/ sub kategori OKU. Dan memastikan setiap perubahan itu tiada PENIPUAN berlaku”
D. Penggantian Kad
Permohonan penggantian Kad OKU adalah bagi keadaan seperti:
- Kad OKU rosak/ hilang
Perubahan alamat/ tempat tinggal pemohon - Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis
“Penggantian Kad TIDAK MEMERLUKAN PENGESAHAN PEGAWAI PERUBATAN kerajaan atau swasta”
Keistimewaan pemegang kad OKU
Antara keistimewaan OKU berdaftar termasuklah:
- Bantuan Kewangan (Bantuan Am) -bayaran bulanan berbeza mengikut negeri
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerja
- Bantuan penjagaan OKU Terlantar
- Bantuan Alat Tiruan / Alat sokongan
- Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada Kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan yang Diubahsuai
- Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
- Program Pendidikan Nasional
- Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
- Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
- Bantuan Kewangan Program
- Pendidikan Khas (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti
- Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA
- Pengecualian Bayaran dan
- Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
- Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
- Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
- Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
- Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
- Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
- Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)
Terdapat banyak lagi keistimewaan yang diterima bagi mereka yang memegang kad OKU ini. Walaubagaiamana sekalipun, setiap pemegang kad WAJIB mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan agar data yang di beri tidak menipu atau dimanipulasi oleh pihak yang lain.
“Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu kekurangan yang diberikan oleh Allah TETAPI sebenarnya ia merupakan satu kelebihan bagi mereka yang betul-betul menjaganya kerana setiap satu kebaikan yang diberikan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah”
Kini, anda tidak perlu risau akan cara pendaftaran dan keistimewaan OKU kerana sesungguhnya anak yang lahir sebagai OKU sudah mempunyai masa hadapan yang terjamin.
Rujukan:-
1) https://ecentral.my/jkm-pendaftaran-oku/
Saya ada pengalaman unik ..sebelum saya mendapat status OKU berdaftar jabatan kebajikan kerana masalah mental ,saya aktif ulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan , setelah dikaji pihak pakar psikiatri saya didapati alami Skizerfonia ,…Pada tahun lepas, waktu itu saya berada di terminal bas Melaka Sentral,saya telah merokok di terminal bas tersebut dimana larangan merokok..tiba tiba saya di tahan dua petugas penguatkuasa Kesihatan kerana merokok dikawasan larangan merokok.Mereka telah mengeluarkan surat saman kompaun keatas saya,
Pada hari sama saya ke pejabat Kesihatan Alor Gajah untuk urusan kompaun terbabit dimana saya memberitahu petugas disana bahawa saya bermasalah psikiatri .
Maka petugas terbabit meminta bukti bahawa saya bermasalah psikiatrik.Pada waktu itu saya belum lagi berdaftar sebagai OKU JKM,hanya memiliki kad rawatan pesakit luar dibahagian Jabatan Psikiatrik Hospital Melaka.dan menunjukkan kad rawatan terbabit.
Petugas terbabit meminta surat kompaun tersebut setelah melihat kad rawatan Pesakit luar Jabatan Psikiatrik milik saya dan mengatakan kompaun itu terbatal kerana diklafikasikan sebagai NOT Valid Action .
Dan mengatakan hanya pesakit psikiatri yang sah sahaja yang diberikan pertimbangan pembatalan kompaun kesalahan kesalahan kecil,dan beliau menasihati saya agar rajin dapatan rawatan dan daftar OKU pada JKM setelah cukup tempoh 2 tahun saya dapatkan rawatan psikiatri secara konsisten kerana akan dapat sokongan pemulihan dan pelbagai dari pihak kerajaan..
Dan beliau batalkan kompaun keatas saya dan bertindak mengambil semula kertas kompaun itu dan mengambil salinan kad pengenalan saya serta salinan kad rawatan pesakit luar bahagian Psikiatri untuk simpanan mereka.Petugas itu mengatakan saya tak perlu risau lagi akan kompaun itu dan membenarkan saya pulang rumah.
Sehingga kini saya ingat petugas Pejabat Kesihatan Alor Gajah bahagian penguatkuasaan(kompaun) seorang pemuda India yang bertugas disitu.Semoga Tuhan pula menolong petugas itu suatu hari nanti.