Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2021 Bagi Lepasan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara pengiraan markah merit UPU 2021 bagi kemasukan ke Univeristi Awam Malaysia yang masih ramai TIDAK fahami. Walaupun, keputusan UPU sudah dikeluarkan tetapi masih ramai bakal pelajar Universiti yang TIDAK faham mengapa mereka TIDAK terpilih akan bidang yang mereka ingini. Justeru itu, kami akan memberi penerangan sekali lagi berkenaan dengan pengiraan mata merit bagi pemilihan ke bidang yang tertentu. 

PERINGATAN!!!

Mata merit dan KELAYAKAN amatlah PENTING dalam pengiraan mata merit. Justeru itu, keputusan kemasukan ke Universiti Awam (UA) mengikut meritrokasi 90% dalam akademik dan 10% adalah kokurikulum.

Cara Pengiraan Markah Merit

Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2021 Bagi Lepasan SPM

Walaupun keputusan UPU sudah diumukan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi tetapi masih ramai yang tidak fahami mengapa bidang yang mereka idamkan tidak ditawarkan oleh pihak KPT. Justeru itu, penulisan pada kali ini mahu memberi penerangan yang jelas berkenaan dengan pengiraan markah merit UPU ini. 

PERINGATAN!!!

Menerusi pengiraan markah merit ini UPU ini juga merupakkan salah satu faktor penentu kelayakan untuk memasuki alirang bidang yang diingini.

Antara cara pengiraan markah merit UPU 2021 adalah seperti:-

1) Dasar dan Kriteria Pemilihan

Menerusi dasar dan kriteria pemilihan, ianya berdasarkan prinsip Meritokrasi. Justeru itu, setiap pelajar yang mahu memohon sesuatu aliran atau bidang WAJIB mengikuti kriteria ini :-

  • Pencapaian akademik dalam peperikasaan SPM/ STPM
  • Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  • Kombinasi matapelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon
  • Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan
  • Telah mengambil MUET dengan mendapatkan sekurang-kurangnya Band 1
  • Lulus temuduga/ ujian bagi program bertemuduga
  • Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
  • Melepasi tahap minimum Ujian MEDSI
  • Lulus Uijian Khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 
Info Tambahan :  Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksankan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Perinsip meritokrasi mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan pelajar ke Universiti Awam. 

2) Proses Penentuan Aliran

TAHUKAH ANDA!!!

Proses penentuan aliran bagi kemasukan ke Univeristi Awam dibahagi kepada dua Aliran iaitu Aliran Sains dan Aliran Sastera. Justeru itu, syarat kemasukan bagi kedua-dua aliran ini ada sedikit berbeza mengikut subjek yang diambil.

3) Nilai Gred Matapelajaran Lepasan SPM

Cara Pengiraan Markah Merit

Nilai gred matapelajaran bagi tujuan pengiraan merit. Cara pengiraan mata merit ini adalah seperti berikut:-

  • A + : 18 Markah
  • A : 16 Markah
  • A – : 14 Markah
  • B + : 12 Markah
  • B : 10 Markah
  • C+ : 8 Markah
  • C : 6 Markah
  • D : 4 Markah
  • E : 2 Markah
  • G : 0 Markah

Menerusi manual pengiraan ini, pelajar boleh mengira nilai gred matapelajar yang mereka perolehi. Walaubagaimana sekalipun, pengiraan mungkin sedikit berbeza dengan pihak Kementerian tetapi pelajar sudah boleh membuat angaran bidang atau aliran mana yang anda layak.

Info Tambahan :  Ringkasan Penting Live KPM PKPB

PERINGATAN!!!

Sekiranya anda sudah membuat pengiraan dan sudah ketahui bahawa anda TIDAK LAYAK untuk memohon sesuatu bidang maka anda DISARANKAN untuk memilih bidang kelayakan anda.

Pemilihan bidang yang salah akan merugikan anda. Pada masa yang sama ianya akan menyebabkan anda akan mendapat bidang yang bukan menjadi pilihan dan MUNGKIN bidang yang sukar untuk memperoleh pekerjaan.

Pengiraan mata merit bagi markah Akademik?

Cara Pengiraan Markah Merit

Bagi cara pengiraan markah merit bagi markah Akademik adalah 90 Markah bagi 5 matapelajaran UTAMA manakala 30 Markah pelajaran TERBAIK LAIN. Justeru itu, markah keseluruhan pengiraan mata merit bagi Markah Akademik adalah 120 Markah dan ianya akan dijadikan 90% setelah mendapat markah pengiraan akademik. 

“Ukur baju dibadan sendiri untuk membuat pemilihan bidang yang anda kehendaki”

Setelah anda mengetahui nilai gred matapelajaran lepasan SPM, maka mudah untuk anda membuat pengiraan markah merit UPU anda. Sekiranya masih sukar untuk membuat pengiraan mata merit, anda boleh [KLIK DISINI] untuk mengira mata merit menggunakan Kalkulator merit yang telah disediakan oleh pihak KPT.

Diharapkan dengan wujudnya perkongsian ini dapat membuka mata para pelajar faktor penyebab mengapa mereka TIDAK DITAWARKAN ke bidang yang mereka mahukan. Tidak salah kerana tidak berjaya ke bidang yang diingini yang PENTING anda perlu fokus akan bidang yang sedang diperolehi itu. 

“Sesungguhnya, setiap aturan ALLAH lebih cantik daripada aturan manusia”
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments