Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM) 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara pengiraan merit upu

Cara pengiraan merit UPU bagi kemasukan Universiti Awam sudah menjadi keutaman kepada semua pelajar TERUTAMANYA lepasan SPM/ STPM. Justeru itu, kami akan mengajar cara pengiraan merit UPU bagi kemasukan Univeristi Awam.

TAHUKAH ANDA!!!
Kemasukan pelajar ke Universiti Awam/ IPTA bagi program lepasan SPM dan STPM/ setaraf berpandukan prinsip meritokrasi. Meritokrasi bermaksud 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Cara pengiraan merit UPU

Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam (Lepasan SPM/ STPM) 2021 

Menerusi cara pengiraan Merit UPU kemasukan Universiti Awam bagi lepasan SPM/ STPM, calon perlu ketahui dahulu dasar dan kriteria pemilihan kemasukan ke UA. Selain itu, menerusi pengiraan merit UPU juga akan membantu proses penentuan aliran 

1) Dasar dan Kriterian Pemilihan

Menerusi dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai mengikut komponen 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan kemasukan bagi lepasan SPM/ STPM adalah sepertio berikut:-

a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM/ STPM
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
c) Kombinasi matapelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
d) Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan
e) Telah mengambil MUET dengan mendapatkan sekurang-kurangnya Band 1
f) Lulus temuduga/ ujian bagi program bertemuduga
g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
h) Melepasi tahap minimum Ujian MEDSI
i) Lulus Ujian Khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 

2) Proses Penentuan Aliran

Bagi proses penentuan aliran bagi kemasukan ke Universiti Awam, penentuan Aliran dibahagikan kepada dua aliran iaitu:-

  • Aliran Sains
  • Aliran Sastera
Info Tambahan :  Kerjaya : Hala Tuju Pelajar Lepasan Ekonomi STPM 2021/2022

Kaedah penentuan aliran ini adalah dengan menggunakan 4 daripada 5 matapelajaran utama seperti:-

I. Bagi Aliran Sains

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau mata pelajaran berikut:-
    • Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Reka Cipta
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Ekonomi Rumah Tangga 
    • Teknologi Maklumat
    • Prinsip Akaun
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asa
    • Sains Pertanian
    • Pengajian Agro Teknologi
    • Pengetahuan Sains Sukan 

II. Bagi Aliran Sastera 

  • Bahasa Malaysia
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pengajian Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral

Nilai Gred Mata pelajaran Bagi Lepasan SPM

Cara pengiraan merit upu

 

Nilai Gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan merit adalah seperti berikut:-

  • A+ : 18 markah
  • A : 16 markah
  • A – : 14 markah
  • B+ : 12 markah
  • B : 10 markah
  • C+ : 8 markah
  • C : 6 markah
  • D : 4 markah
  • E : 2 markah
  • G : 0 markah

Menerusi Gred permarkahan ini, calon boleh mengira sendiri secara dasar kelayakan untuk anda memasuki ke Universiti Awam mengikut keputusan yang diperolehi. Mungkin ada sedikit perbezaan pengiraan mata merit tetapi ianya boleh menjadi salah satu kayu ukur untuk mengetahui tahap kelayakan calon. 

“Kejayaan tidak akan datang bergolek ianya akan datang bersama-sama dengan keperitan dan kesakitan untuk berjaya”

TAHUKAH ANDA!!!

Kaedah pengiraan merti bagi markah akademik bagaimana? Bagi pengiraan merit markah akademik 90 markah bagi 5 matapelajaran UTAMA manakala, 30 markah adalah bagi 3 mata pelajaran TERBAIK LAIN. Dan markah keseluruhan merit bagi akademik adalah 120 markah.

Info Tambahan :  KPT : Prosedure Pergerakan Pelajar Pulang Ke Kampus

Kaedah Pengiraan Merit SPM

Pengiraan mata merit bagi pelajar lepasan SPM bagi melayakan diri ke UA adalah seperti berikut:-

Cara pengiraan merit upu

Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Lepasan STPM & Setaraf

Cara pengiraan merit upu

Bagi nilai Gred mata pelajaran bagi STPM & Matrikulasi/ Asasi bagi tujuan pengiraan merit akademik adalah seperti berikut:-

  • A : 4.00
  • A- : 3.67
  • B+ : 3.33
  • B : 3.00
  • B – : 2.67
  • C+ : 2.33
  • C : 2.00
  • C- : 1.67
  • D+ : 1.33
  • D : 1.00
  • G : 0.00

Bagi pengiraan merit bagi lepasan STPM 7 setaraf adalah seperti berikut:-

1) STPM : PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred 4 mata pelajaran terbaik TERMASUK Pengajian Am

2) Matrikulasi/ Asasi : : PNGK akan dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM/ Pusat Asasi Sains UM (PASUM) dan Asasi UiTM bagi membolehkan markah akademik dibuka.

3) STAM : PNGK bagi STAM adalah berdasarkan jadual ini

  • Mumtaz (cemerlang) : 4.00
  • Jayyid Jiddan (kepujian): 3.00
  • Jayyid (Baik) : 2.00
  • Maqbul (Lulus) : 1.00
  • Rasib (Gagal) : 0.00

4) Diploma/ setaraf : PNGK adalah berdasarkan keputusan akhir yang diperolehi. 

GUNAKAN calkulator-merit untuk membuat pengiraan merit upu

Menerusi keputusan PNGK, pihak UA akan mendapatkan markah merit akademik anda. Dan menerusi markah merit tersebutlah keputusan kelayakan anda akan dikeluarkan. Pengiraan markah merit bagi stpm DAN setaraf adalah lebih mudah berbanding pelajar lepasan SPM.

Diharapkan perkongsian cara pengiraan merit UPU ini membantu calon untuk lebih bersedia untuk mendapatkan tempat di UA. Pada masa yang sama, setiap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments