Apabila sebut sahaja pertukaran pasti ramai para guru menantikan tarikh permohonan e-GTukar bagi tahun 2021. Hal ini disebabkan pada tahun 2020 pasti ramai para guru yang mengalami masalah kerana pandemik COVID -19 ini mereka sukar untuk pulang ke kampung halaman kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di istiharkan. Justeru itu, tarikh permohonan pertukaran akan menjadi suatu tarikh yang di nanti-nanti oleh semua para guru.
Bagi mereka yang baru sahaja bergelar sebagai seorang pendidik, perkara pertama yang mereka perlu ambil tahu adalah Permohonan e-GTukar 2021 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Sektor Penempatan dan Pertukaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini bagi memastikan setiap pendidik mendapat peluang yang sama untuk mendapatkan penempatan di kawasan yang mereka pohon.
Tarikh PERMOHONAN e-GTukar Bagi Tahun 2021
“Permohonan eg Tukar ini akan dibuka pada 17 Februari 2021 dan ditutup pada 17 Mac 2021 (Tarikh keputusan tertakluk kepada situasi semasa)”
Cara PERMOHONAN e-GTukar Bagi Tahun 2021
Bagi guru yang baru, mereka perlu ketahui cara permohonan e- GTukar ini. PERMOHONAN e-GTukar bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:-
a) Pemohonan menerusi online
1) Pemohon perlu pergi ke laman web rasmi e-GTukar
Selepas selesai memasuki laman web rasmi e-GTukar, skrin akan mengeluarkan maklumat seperti ini:-
2) Untuk pendaftaran pengguna, sila klik pada ‘ID Pengguna (PASTIKAN SUDAH MENDAFTARA MASUK KE SISTEM) dan Kata laluan Anda ’ pada bahagian sebelah ruangan daftar masuk. ATAU masuk pautan DISINI bagi mereka yang belum mendaftar masuk untuk menggunakan sistem
“Setiap satu laman web rasmi WAJIB didaftarkan agar setiap data pengguna dapat disimpan oleh pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia kerana sekarang dunia hanya dihujung jari”
***Dengan satu klik sahaja pihak KPM boleh ketahui data para pendidik***
Paparan seperti diatas akan muncul. Masukkan semua butiran yang diperlukan dan klik simpan.
3) Kemudian, kembali semula ke paparan utama, atau laman web rasmi KPM untuk log masuk bagi menunkar tempat mengajar.
4) Masukkan ID Pengguna, Kata laluan berserta Kad Pengenalan menggunakan kad pengenalan yang didaftar pada ruangan daftar masuk dan klik ‘OK’
Apa yang perlu dilakukan sekiranya terlupa kata laluan?
A) KLIK pada bahagian lupa kata laluan
- Klik bahagian ‘LUPA KATA LALUAN’ di ruangan daftar masuk ATAU
- Masukkan No. Kad Pengenalan yang di daftar dan klik ‘HANTAR’.
- Kata laluan pengguna akan dihantar melalui email yang telah didaftarkan.
B) Tukar kata laluan selepas mendapatkan pengesahan email
- Selepas mendapatkan kata laluan yang baru anda pasti mahu menukar kata laluan. Jadi, klik pada pilihan ‘TUKAR KATA LALUAN’ di ruangan daftar masuk ATAU
- Masukkan butiran yang diminta beserta kata laluan baru. Kemudian, klik ‘HANTAR’.
“Permohonan pertukaran semudah ABC TETAPI permohonan pertukaran lulus atau tidak, bukanlah semudah ABC kerana ianya memerlukan penilaian dari setiap satu sudut yang berbeza oleh pihak atasan”
b) Permohonan menerusi offline
1) Pemohon boleh download secara manual borang offline e-GTukar DISINI
Bahagian pertukaran yang bertugas bagi penempatan dan pertukaran guru adalah Sektor Penempatan dan Pertukaran, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rujuk Bahagian Pertukaran Sekolah Harian bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan visa & misi KPM.
Jadilah pendidik yang membakar dirinya seperti lilin bagi melahirkan anak bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dari pelbagai aspek. Kerana sesungguhnya anak bangsa adalah pelapis pada generasi yang akan datang.
Tanpa pendidik tidak wujudlah seorang doktor yang sedang menjadi frontliner bagi melawan COVID -19 ini,
Tanpa pendidk tidak wujudlah seorang ilmuan agama yang bijak dalam bidang agama bagi mengeluarkan pelbagai fatwa,
Tanpa pendidik tidak wujudlah ahli politik yang bijak pandai dalam menjaga ekonomi dan kesejahteraan rakyat,
Tanpa pendidik tidak wujudlah seorang jutawan yang dermawan,.
Bertapa besarnya jasa seorang yang bergelar pendidik dimata dunia, begitu jugalah besarnya tanggungjawab mereka. Sesungguhnya setiap satu kerjaya pasti akan melahirkan satu generasi yang penting pada masa akan datang.
“Guru umpama lilin yang membakar diri agar anak bangsa menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Justeru itu, lakukan sesuatu demi anak bangsa”
Rujukan:-
1) https://epgo.moe.gov.my/