Cara Permohonan Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi sudah ketahui bahawa mereka akan mendapat bantuan pakej pelan data dan peranti seperti mana yang telah diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Tujuan bantuan ini adalah bagi memastikan semua pelajar IPT mendapatkan pembelajaran yang kondusif walaupun belajar di atas talian.
Bantuan pakej pelan data dan peranti ini adalah :-
- Berbentuk bantuan one-off iaitu RM50 kepada pelajar baru Universiti Awam (UA) bagi sesi akademik 2020/2021 bagi langan awal pelan data
- Bantuan pelan data berbentuk kad sim atau sumbangan tunai kepada pelajar UA dari golongan B40
- Bantuan memiliki peranti kepada pelajar UA dari golongan B40
- Bantuan pakej pelan dan peranti istimewa kepada semua pelajar IPT.
Cara paling mudah untuk pelajar mengetahui status kelayakan permohonan pakej pelan data dan peranti ini adalah dengan cara menyemak di Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar (HEP) di Universiti masing-masing.
1) Bagi pelajar bahru sesi 2020/2021 yang layak memohon bantuan one-off RM50
Pelajar perlu:-
a) Menghubungi pihak HEP di Universiti masing-masing dan perlu mengemaskini dokumen dan maklumat berikut:-
Salinan Kad Pengenalan
Nombor akaun bank dan nama bank
Salin penyata/buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
Nombor telefon bimbit/emel
“INFO PENTING, Tarikh kemasukan bantuan one-off RM50 pada pelajar adalah mulai pertengahan November 2020 sehingga 31 Disember 2020 oleh PIHAK UNIVERSITI. Pelajar boleh membuat semakkan melalui pihak kemasukan pelajar atau HEP universiti masing-masing”.
2) Bantuan pakej pelan data untuk pelajar B40
Jenis Bantuan ini adalah berbentuk pemberian kad sim kepada pelajar Golongan B40. Namun ada juga pelajar yang menerima bantuan dalam bentuk tunai (melalui akaun pelajar) TETAPI semuanya diuruskan oleh pihak HEP universiti. Pengkelasan B40 adalah mengikut pengkelasan pihak universiti masing-masing. Justeru itu, untuk mendapatkan keterangan lanjut pelajar perlu membuat pertanyaan pada pihak universiti.
3) Bantuan peranti – komputer riba (Besasar khas buat golongan B40)
Pakej bantuan peranti ini lebih kepada pemberian bantuan bagi memudahkan lagi urusan para pelajar B40 untuk belajar.
“Tujuan bantuan ini adalah bagi menyediakan suasana yang lebih kondusif semasa Pengajaran & Pembelajaran (P&P)”.
Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pemberian percuma komputer riba, pemberian wang tunai, pinjaman peranti sepanjang pengajian dan juga bantuan kewangan istimewa bagi pelajar yang memperolehi komputer riba.
“Pelajar yang layak/terpilih akan mendapatkan bantuan peranti secara berperingkat bermula November 2020. Semua urusan serahan akan diuruskan oleh pihak Universiti”
4) Pakej pelan data dan peranti istimewa
Semua pelajar IPT LAYAK memohon pakej pelan data dan peranti istimewa ini.
PEMBERITAHUAN!!!
Urusan pembelian pakej istimewa ini boleh dibuat terus dengan pembekal perkhidmatan.
Pelajar boleh buat permohonan Pakej pelan data dan peranti istimewa ini dengan harga rendah seperti yang ditawarkan oleh rakan strategik iaitu Celcom, Digi, Maxi, Unifi, Acer, Samsung (Bersyarat), Apple online.
1) Cara permohonan pelan data:-
“Dokumen sokongan seperti kad pengenalan, kad pelajar atau surat tawaran kemasukan ke IPT”
a) Celcom
Pendaftaran PREPAID boleh dilakukan di Blue Cubo Celcom yang berdekatan. Bagi memohon plan data ini, pelajar perlu membawa dokumen sokongan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian careline celcom: 1111 atau 019-6011111.
b) Digi
√ Pakej pelan postpaid
Pakej pelan postpaid (pendaftaran secara atas talian) dengan melayari pautan dibawah ini:-
http://digibiz.lpages.co/mohebb-kb atau http://digibiz.lpages.co/mohebb-maficomm/ dokumen sokongan diperlukan semasa pendaftaran.
√ Pakej pelan prepaid
Pendaftaran pelan prepaid ini menerusi cawangan digi store atau secara atas talian menerusi pautan dokumen sokongan diperlukan semasa pendaftaran dan sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohona pelan data ini boleh hubungi careline 016-2998888.
c) Maxis
Tawaran postpaid hanya bagi pelajar berusia 18-25 tahun SAHAJA. Permohonan pendaftaran boleh dilakukan di maxis center berdekatan anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi maxis customer care 1800-82-1123
d) TM(Unifi Mobile)
√ Postpaid: pendaftaran secara atas talian di http://unifi.com.my/studentpack bermula 16 November 2020 atau boleh mendaftar di TM point berdekatan anda
√ Prepaid: Pendaftaran di TM point atau melalui aplikasi mobil@unifi.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan TM boleh hubungi http://unifi.comel.nye/support/contact-us
2) Pakej pelan peranti
Bagi pelan peranti pendaftaran adalah berbeza mengikut tawaran rakan strategik.
a) acer
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian http://store.acer.com/em-my/promotion/students
Pelajar perlu memasukkan kod diskaun mengikut jenis komputer yang dibekalkan oleh pihak acer.
b) samsung
Tawaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh pihak SAMSUNG kepada pihak IPT. Pihak SAMSUNG hanya akan berurusan dengan pihak IPT dan pengurusan IPT yang berdaftar SAHAJA layak menerima diskaun Education Online Store menerusi https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
c) Apple Online store
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi atas talian di pautan https://www.apple.com/my/education/higher-education/
Segala urusan pendaftaran dan pemohonan pakej pelan data dan peranti istimewa boleh dilakukan atas talian KECUALI pembelian peranti SAMSUNG. Hanya IPT yang berdaftar boleh membuat pembelian SAMSUNG dan segalanya atas urusan IPT.
Segala usaha untuk meningkatakan keselesaan pelajar telah pihak KPT lakukan, jadi tugas sebagai seorang pelajar pula hanyalah tumpukan pembelajaran ketika P&P dan berjaya dengan jayanya dalam bidang yang anda ceburi.
Rujukan:-
1) https://www.mohe.gov.my/