Tahukah anda, cara semak kelayakan dan pengiktirafan pengajian? Pengiktirafan pengajian perlu bagi mengelakkan masalah masa depan jika pengajian tidak diiktiraf. Pengiktirafan pengajian diuruskan Kementerian Pengajian Tinggi dan satu aplikasi khusus dibuat untuk memudahkan semakan kelayakan dibuat.
Institusi pengajian terutama Universiti swasta terlalu banyak dan berkembang sekarang, banyak pilihan dan juga peluang pengajian diberikan. Setiap pengajian mempunyai daya tarikan sendiri tidak kira dari aspek perbelanjaan, pengajian mahupun kemudahan. Namun demikian, setiap tawaran yang diterima tidak kira dari dalam atau luar Negara perlulah di semak dahulu pengiktirafan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jika tersilap langkah, pengajian yang tidak diiktiraf boleh merugikan penuntut sendiri.
Cara Semak Kelayakan dan Pengiktirafan
Untuk itu, apabila ingin menerima tawaran adalah lebih baik anda membuat semakan di aplikasi yang disediakan : https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2
- Pilih Negara kursus tersebut
- Pilih Institusi
- Pilih Bidang
- Klik SEMAK
Selepas itu sistem akan membuat carian dan hasilnya akan disenaraikan kursus / pengajian yang diiktiraf kelayakannya . Cuba semak adakah kursus anda ada dalam senarai tersebut.
- Setelah semakan dibuat sistem, senarai kursus dan nombor pengiktirafan akan dinyatakan.
- Senarai institusi bukan sahaja dalam Malaysia malah luar negara.
Mengambil keputusan untuk belajar di mana-mana institusi bukanlah boleh diambil mudah. Hal ini kerana setiap pengajian dan institusi mempunyai baik dan buruknya. Kadangkala tawaran dan kelebihan yang diwujudkan memang memberikan kelebihan pada pasaran kerja dan kos yang relevan. Namun demikian, ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengenakan kos yang tinggi sedangkan kemudahan yang tidak memuaskan. Pilihan ini terletak kepada anda dan kebijaksanaan anda serta sasaran yang hendak anda usahakan.