Cara Semak KWSP secara online 24 Jam

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

kwsp

Cara Semak KWSP secara online 24 Jam, Belanjawan 2021 telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Dan salah satu perkara PENTING yang diumumkan oleh pihak kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 1 BOLEH dikeluarkan sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan. Dan permohonan boleh dilakukan pada bulan Januari nanti.

Disebabkan oleh pandemik COVID -19 ini, pihak KWSP SANGAT menyarankan pelangan untuk membuat semakan ATAU pengeluaran wang caruman KWSP secara atas talian sahaja. Tetapi, sekiranya ahli-ahli memerlukan bantuan daripada pihak KWSP, ahli-ahli perlu membuat janji temu dahulu melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum ahli menghadirkan diri ke pejabat KWSP.

Kwsp


Justeru itu, disini kami akan mengajar pemegang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cara untuk membuat semakan penyata secara atas talian. Mari kita ikuti langkah demi langkah cara semakan KWSP secara atas talian:-

Cara Semak KWSP secara online

1) Ahli perlu mendapatkan Kod Pengaktifan

Bagi mengaktifkan i-akaun buat kali pertama ahli perlu mendapatkan kod pengaktifan i-akaun di kios-kios atau kauntet KWSP yang berdekatan dahulu. Cara mendapatkan kod pengaktifan adalah dengan mengunakan kad pengenalan ahli. Seterusnya, ahli akan diberikan ID dan kod pengaktifan sementara oleh pihak KWSP untuk membuat i-akaun.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

PERINGATAN!!!
Jangan Hilangkan ID dan kod pengaktifan sementara nanti tidak boleh buka i-akaun. Dan ID dan kod pengaktifan hanya boleh diaktifkan dalam masa 30 hari SAHAJA.

Bagi pengguna pertama i-akaun, anda perlu mendownload aplikasi i-akaun di aplikasi “play store”, “Huawei app gallery” atau “apple apps”.

2) Login di laman web Rasmi KWSP

Bagi pengguna pertama yang baru sahaja mendapat ID dan kod pengaktifan sementara, mereka perlu Log masuk laman web Rasmi KWSP http://(www.kwsp.gov.my) untuk aktif kan i-akaun. Klik pada ke ‘i-Akaun (Ahli),  Pengaktifan i-Akaun’.

Ahli perlu membaca terma dan syarat yang disediakan lalu tekan butang ‘SETUJU’ bagi meneruskan pengaktifan tersebut.

3) Tukar ID dan kata laluan

Setelah selesai sahaja membuka i-akaun, ahli perlu menukar ID dan kata laluan bagi mengelakkan maklumat peribadi dicuri oleh orang yang tidak sepatutnya.

Imej sekuriti (boleh dipilih oleh ahli) dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan i-akaun anda. Apabila sudah selesai menukar ID dan kata laluan anda akan diberi link untuk login semula i-akaun menggunakan ID dan kata laluan yang baru.

ID dan kata laluan adalah RAHSIA dan ahli SAHAJA yang mengetahui kata lalun tersebut.

4) Semak penyata / baki terlihat KWSP secara atas talian

Selepas selesai mengaktifkan i-akaun, anda boleh log masuk semula ke laman web KWSP untuk menyemak baki akaun KWSP anda. Anda boleh menyemak baki melalui Penyata Tahun Semasa / Tahunan Sebelumnya.

“I-akaun juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang di akaun 2. TETAPI ahli perlu diingati bagi membuat PENGELUARAN WANG di akaun 2 anda perlu mendapatkan pengesahan buat kali pertama di cawangan KWSP yang berdekatan dahulu. Selepas itu, pengeluaran kali ke-2 dan seterusnya anda TIDAK perlu lagi menghadirkan diri ke cawangan KWSP yang berdekatan untuk membuat pengesahan”

Antara keperluan yang membenarkan pengeluaran wang KWSP akaun 2 adalah pengeluaran bagi menglangsaikan hutang pinjaman pendidikan, pembiayaan pembelian rumah, atau ansuran pembiayaan pembayaran rumah.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025
Antara kemudahan i-Akaun KWSP ini selain daripada e-pengeluaran adalah:
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan menggunakan akaun 1 caruman KWSP
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat atau update e-syariah bagi mereka yang mahu menggunakan caruman patuh syriah
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini

Mudah bukan penggunaan i-akaun untuk menyemak baki caruman KWSP atas talian ini. Sekarang pasti ramai sudah fahami manfaat i-akaun pada musim pandemik COVID -19 ini, semua urusan boleh dilaksanakan hanya atas talian SAHAJA kerana dunia hanya di hujung jari sahaja.

Mudah dan selamat menggunakan i-akaun ini untuk mendapatkan maklumat dan menyemak baki akaun di KWSP anda. Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di http://www.kwsp.gov.my.

Rujukan:-
1) https://www.kwsp.gov.my/ms/home

One thought on “Cara Semak KWSP secara online 24 Jam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *