Cara Semak Pengiktirafan Kelayakan JPA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Semak Pengiktirafan kelayakan, tahukah anda, tidak semua bidang pengajian di Universiti mempunyai pengiktirafan kelayakan? Kebanyakan institusi terutama bukan popular masih mempunyai kursus pengajian yang masih belum mendapat pengiktirafan atau dalam proses memohon untuk mendapat pengiktirafan. Pengiktirafan ini penting bagi membantu penuntut mudah dan dipercayai kesahan pengajian yang dipelajari samaada diploma, ijazah, sarjana atau PHD.

Untuk sesebuah institusi mendapatkan pngiktirafan bukanlah senang, perlulah memenuhi syarat pengiktirafan yang akan disemak sebelum diluluskan demi menjaga kualiti pengajian dan memudahkan lepasan pengajian memasuki bidang pekerjaan nanti.

Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

Kami menerima beberapa soalan bertanya adakah pengajian yang mereka belajar sekarang diiktiraf atau tidak. Untuk mengetahui dan menyemak pengiktirafannya bolehlah melalui MQA atau melalui Aplikasi semakan yang disediakan oleh JPA.

Cara semak pengiktirafan kelayakan

Sila masuk ke alamat berikut : https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2

Klik pada “ semakan kelayakan “ pada atas web bekenaan.

Pilih Negara, institusi, bidang pengajian

Selepas semakan dibuat, satu maklumat lanjut termasuk nombor pengiktirafan akan dipaparkan mengikut kursus pengajian yang hendak disemak tadi.

Jika institusi anda dan pengajian diiktiraf, maka anda selamat dan berada di dalam aliran yang betul.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Diharapkan lepas ini anda akan senang untuk membuat pilihan institusi dan pengajian dan tidak bersusah apabila tamat pengajian nanti. Gunakanlah kemudahan semakan online yang ada demi masa depan yang cerah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top