Cara Semak Penyata KWSP Dan Dividen Secara Online 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Semak penyata KWSP

Masih ramai pemegang atau ahli KWSP yang tidak tahu cara untuk semak penyata KWSP dan Dividen secara online. Justeru itu, kami akan mengajar cara semak penyata KWSP dan Dividen secara Online. Ianya lebih mudah kerana anda boleh menyemak dimana sahaja anda berada dan bila-bila masa.

Penggunaan online ini lebih menjimatkan masa anda dan TIDAK memerlukan anda untuk menghadirkan diri ke kaunter atau kiosk KWSP yang berdekatan. Semua ini hanya di hujung jari sahaja.

Dengan wujudnya I-akaun, ahli KWSP dan majikan boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP dengan lebih mudah. Kewujudan I-akaun lebih memudahkan urusan ahli untuk melakukan pelbagai urusan berkaitan KWSP.
Semak penyata KWSP


Antara urusan yang mudah adalah seperti pengeluaran atas keperluan seperti:-

  • Pembelian rumah
  • Pengurangan pembayaran Wang Pengajian PTPTN
  • Mendaftar Haji dengan Tabung Haji (TH)
  • Kesihatan
  • Pembayaran loan rumah secara bulanan

Cara Semak Penyata KWSP Dan Dividen Secara Online

Disini kami akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan cara semak penyata KWSP dan Dividen secara online. Antara caranya adalah:-

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

A) Daftar dahulu I-akaun di kaunter atau kiosk yang berdekatan.

Cara mendaftar I-akaun adalah dengan:-

1) Dapatkan Kod Pengaktifan

Bagi ahli yang pertama kali hendak mendaftar I-akaun, anda WAJIB menghadirkan diri ke kaunter atau kiosk KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan kod pengaktifan. Bagi mendapatkan kod pengaktifan, anda hanya perlu membawa kad pengenalan ahli.

PENTING!!!

Hanya AHLI KWSP yang sah (pemilik kad pengenalan) SAHAJA yang boleh mendapatkan kod pengaktifan untuk mengaktifkan I-akaun. Dan kod pengaktifan tersebut aktif selama 30 hari SAHAJA selepas tarikh permohonan kod pengaktifan. 

2) Login di laman web Rasmi KWSP

Bagi pengguna pertama yang baru sahaja mendapat ID dan kod pengaktifan sementara. Ahli perlu LOG MASUK laman web Rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my bagi tujuan pengaktifan I-akaun.

3) Tukar ID dan kata laluan

Setelah selesai membuka I-akaun menggunakan ID dan kod pengaktifan sementara, ahli WAJIB menukar ID dan kata laluan. Ianya bagi MENGELAKKAN daripada akaun anda dapat di akses oleh orang yang tidak dikenali.

Semasa anda menukar ID dan kata laluan anda boleh menentukan imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan I-akaun anda. Setelah selesai semua ini, anda akan diberikan link baharu untuk membuka I-akaun anda menggunkan ID dan kata laluan yang baharu.

4) Pengaktifan disahkan

Setelah anda selesai menukar ID dan kata laluan, anda akan menerima notifikasi pengaktifan anda selesai. Dan anda boleh log masuk dengan maklumat akaun baru anda. 

“Segala maklumat akaun anda adalah dibawah tanggunjawab anda”

B) Semak penyata/ baki akaun secara Online 

Menerusi I-akaun anda akan dapat melihat penyata akaun anda. Disini anda boleh ketahui berapa banyak baki akaun anda di akaun 1 dan akaun 2 selama 24 jam sehari. 

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

PERINGATAN!!!

Bagi ahli yang pertama kali hendak membuat penegluaran wang menggunkan wang KWSP, anda perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP berdekatan untuk mendapatkan pengesahan buat kali pertama.

Bagi menyemak baki akaun KWSP, anda boleh terus klik di pautan “PENYATA TAHUNAN SEMASA/ TAHUNAN SEBELUMNYA”. Pada masa yang sama, anda juga boleh print penyata tersebut untuk kegunaan permohonan pinjaman. 

C) Semak Dividen KWS/ baki terkini secara online

Bagi mereka yang mahu menyemak dividen KWSP yang baru sahaja diumukan pada 27 FEBRUARI 2021 yang lalu, anda boleh ketahuinya menerusi cara tersebut:-

  • Login I-akaun KWSP
  • Terus ke menu DIVIDEND
  • Klik view details
  • Maklumat bayaran dividen akan dipaparkan seperti dibawah ini
    Kelebihan Penggunaan I-Akaun

Semak penyata KWSP


Selain daripada anda boleh menyemak penyata KWSP dan Dividen secara online menerusi I-Akaun, anda juga boleh:-

  • Menyemak status pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan menggunakan akaun 1 caruman KWSP
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
  • Mengemaskini e-syariah bagi mereka yang mahu menggunakan caruman yang patuh syariah
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini

Penggunaan I-akaun lebih mudah berbanding anda perlu menghadirkan diri ke kaunter atau kiosk KWSP yang berdekatan. Hal ini disebabkan, dunia kini hanya di hujung jari justeru itu lebih mudah untuk anda mendapatkan segala maklumat tanpa menghadirikan diri menunggu giliran untuk berurusan dengan pihak KWSP. Terutamanya pada musim pandemik COVID-19 ini. 

***GUNAKAN WANG SIMPANAN KWSP INI SEBAIKNYA BAGI MEMUDAHKAN URUSAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG, ANDA MEMPUNYAI HAK KEATAS WANG SIMPANAN ANDA DAN ANDA JUGA MEMPUNYAI HAK UNTUK MASA HADAPAN ANDA***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *