Cara Semak Saman atas talian dan SMS

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Disebabkan dunia hanya di hujung jari, semakin mudah untuk kita membuat semak saman di atas talian atau SMS tanpa perlu menunggu surat saman sampai di rumah. Tetapi, sebenarnya masih ramai lagi yang tidak tahu cara untuk mengetahui bagaimana hendak semak saman di atas talian atau secara Sistem Pesanan Ringkas ini. Bukan sekadar semak saman sahaja, dengan menyemak saman secara dalam talian boleh menunjukkan siapa perlaku yang menyebabkan kenderaan tersebut di saman, mennerusi gambar yang mereka tangkap.

Antara jenis saman yang boleh di saman secara atas talian atau SMS adalah:-

1) Saman Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Antara kesalahan saman trafik PDRM adalah:-
– Memandu melebih had laju
– Memandu di lorong kecemasan
– Memotong di garisan berkembar
– Memotong Queue
– Tidak mematuhi lampu isyarat
– Menggunakan alat komunikasi semasa memandu

INFO!!!

Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan jalan raya seperti yang di atas akan mendapat saman maksimum RM300.00.

2) Saman Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)

3) Automated Enforcement System (AES)

Secara mudahnya, cara semak saman di atas talian atau SMS ini memudahkan penggunan untuk lebih prihatin akan saman yang dapat samaada dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Pada masa yang sama, dengan cara ini lebih memudahkan dan mempercepat proses pembayaran saman yang mereka ada. 

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Disini, kami akan berkongsi serba sedikit kaedah mudah semak saman PDRM, JPJ dan AES secara atas talian atau SMS.

Cara menyemak saman menerusi atas talian:-

MyEG Servise

Cara Semak Saman atas talian dan SMS 1

Menerusi MyEG anda boleh menyemak saman PDRM, JPJ dan AES. Berikut adalah cara-cara untuk menyemak saman menggunakan MyEG servise.

– Layari Laman web myeg

(https://www.myeg.com.my/)

PERINGATAN!!!

Bagi penggunan yang belum mempunyai akaun myeg mereka perlu mendaftar dahulu nama anda di dalam myeg.

– Selepas selesai mendaftar , login masuk dengan menggunakan nama serta kata laluan yang anda daftar

– Klik pada e-servise pada menu dan pilih jabatan apa yang anda hendak semak saman (JPJ / PDRM). Bagi AES anda perlu memilih JPJ untuk menyemak saman

– Pilih pautan berkenaan bagi mengenalpasti sama ada anda mempunyai saman atau tidak.

-Pada masa yang sama, anda boleh membuat pembayaran saman di myeg dan pada kebiasaannya, pembayaran menerusi atas talian akan mendapat potongan harga mengikut promosi yang diberikan pada setiap jabatan. 

INFO!!!
Bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, anda boleh set email di myeg bagi memudahkan penghantaran peringatan berkenaan dengan saman baru.

Portal Rasmi JPJ

Cara Semak Saman atas talian dan SMS 2

Di portal Rasmi JPJ ini hanya akan memaparkan saman yang di keluarkan oleh JPJ sahaja.

– Layari laman web rasmi JPJ

(https://www.jpj.gov.my/)

-Klik pada “Semak Saman”. anda boleh memilih samada menyemak saman menggunakan NO. IC SAHAJA atau NO. IC DAN NO. KENDERAAN.

Info Tambahan :  Jual Template Online 2023: Boleh Mengkayakan Ke?

-Selepas itu anda akan mendapat kod sekuriti (captcha)

-* adalah info yang WAJIB diisi
Akhir sekali klik “SEMAK” dan keputusan saman akan terpapar di skrin anda.

Sistem Rilek e-servise

Sistem Rilek e-servise ini hanya akan memaparkan saman yang anda ada. Cara penggunaan sistem ini adalah seperti:-

-Layari laman web RILEK

(https://www.rilek.com.my/)


PERINGATAN!!!

Bagi mereka yang baru pertama kali masuk ke laman web ini, mereka WAJIB mendaftarkan diri mereka dahulu

– Login masuk menggunakan nama & kata laluan yang telah didaftar

– Klik menu carian dan pilih kaedah semakan

-Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan “Seterusnya”

– Dan sekiranya ada saman, maka ianya akan terpapar diskrin anda

– Boleh membuat pembayaran di sistem ini tetapi hanya bank yang terpilih sahaja

Semak Saman menerusi SMS

( INFO!!! caj perkhidmatan sebanyak 15 sen dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej) :-

Semak saman PDRM

Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda,
POLIS<jarak> SAMAN <jarak> No. IC atau No. Kenderaan
SMS ke 15888

Semak Saman JPJ

JPJ <jarak> SAMAN <jarak> No. IC atau No. Kenderaan
SMS ke 15888


Ya, sekarang info hanya di hujung jari, di mana juga anda berada anda mudah untuk mendapatkan segala informasi. Tetapi, sebagai pengguna jalanraya yang berhemah, anda digalakkan untuk memandu kenderaan dalam keadaan yang selamat kerana anda insan tersayang yang menanti anda di rumah. Dan sayangilah wang anda kerana wang bukan datang melayang tetapi anda perlu berusaha mencarinya justeru itu, dengan pemanduan yang berhemah dan selamat anda mampu menyelamatkan wang anda.


Rujukkan:- 

1) https://www.rilek.com.my/

2) https://www.jpj.gov.my/

3) https://www.myeg.com.my/

4) https://www.permohonan.my/semakan-saman-trafik-pdrm-jpj-aes-online/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *